16.5.12

Terima kasih cikgu!

Kalau nak tulis satu-satu nama cikgu dari kecik sampai aku habis belajar, memang mencabar sebab tak semua nama aku ingat, tapi  jasa mereka akan dikenang sampai bila-bila... 

Selamat Hari Guru juga untuk mrhubby. Percayalah, selama ni aku rasa kerjaya cikgu tu sangat senang sehinggalah aku berkahwin dengan mrhubby. Then baru aku sedar yang kerjaya cikgu tu tak semudah yang difikirkan, satu kerjaya yang agak mencabar dan penuh dengan tanggungjawab lebih-lebih lagi di alaf baru ni..So pada sapa-sapa yang fikir kerja cikgu tu mudah, tolong yea..

Macam biasalah, sejak anak mula sekolah ni, dah macam wajib gitu kena bagi cikgu  hadiah..Tahun ni Zarif punya plan nak bagi cikgu pokok bunga ros sebab katanya cikgu suka menanam pokok. Amboi, tak agak-agak..Last-last belikan ni je;

 pen je, senang kan? pastu aku ikat je ngan riben tu..

pokok bunga ros takde, bunga ros ala baldu ni adalah..:)

Yang pastinya, selagi mereka yang bergelar pendidik dan mengajar di mana sekalipun, mereka berhak dihormati dan disanjung tinggi  kerana profesion ini sangat mulia dan memerlukan pengorbanan yang tinggi...Thank you teachers!

9 comments:

  1. comel pen tu. Anak akak bawa seorang satu je hadiah, masing2 nak beri guru kelas saja, fridge magnet setiap seorang..:)

    Selamat Hari Guru untuk semua guru2 di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pen tu saya buat tu je, sukahati zarif la nak bagi cikgu mana pun..

      Delete
  2. Malam tadi kakak pun ke Plaza Angsana semata-mata membeli hadiah utk cikgu-cikgu adik. Sanggup tak pergi tuisyen dan kakak terpaksa cutikan budak-budak mengaji Huda...

    ReplyDelete
  3. kreatifnya akak buat pen tu..nanti nak buat cenggini jugaklah..hihi..mak zakiah dulu selalu habis dakwat pen....

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru..pandai awk buat ye..

    johariblogger.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak, si abang baru bagitau tgh mlm tadi yg esok ada teachers day (hari ni), apa lagi, kelam kabut lah aku buat kad ngan hubby utk abang bawak gi sekolah...rupa kad mmg nan hado lah....design main bedal jer..haha...

      Delete
  5. salam...

    budak2 mmg seronok hari guru, sbb nak bagi hadiah kat guru y dia sayang..

    ReplyDelete
  6. Hadiah plg praktikal, kak Huda. saya x suke sgt dpt hadiah perhiasan kecik2 tu..1st year tu suke lah tp dh byk2 xtau nk letak mane dah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...