31.7.12

She's my girl


Aku takde idea nak update sebarang cerita. So aku suka nak letak gambar my little Zara here. Entah kenapa suka sangat nengok muka dia ni, hehe. Dah besar dah anak dara aku ni, mulut pun boleh tahan gak ni..:)

Malam tadi aku window shopping online ngan dia, ajak nengok dress yang cantik-cantik mana tau ada yang dia berkenan ke, tapi hampeh, abis semua dia kata seksi, camana tu? Belum pun masuk 4 tahun tapi dah pandai memilih, hehe..:)

Eh, tadi kata takde idea kan, ok dah..

30.7.12

Kejap je masa berlalu kan..

Diam tak diam, dah 10 Ramadhan dah. Macam tak percaya je, serius aku tak percaya. Kejapnya masa berlalu. Hujung minggu ni dah masuk 2 minggu kita puasa. Ermm, minggu depan dah dapat bonus, erk, hehe.

Persiapan raya pun biasa-biasa je, mana nak fikir pasal rumah lagi, huhu. Aku pun baru je oder biskut raya dua hari lepas, nasib baik sempat lagi, tapi oder pun dua jenis je, al maklumlah semua pun bukan pemakan biskut raya. Seperti tahun-tahun sudah, kerepek je akan dilebihkan. Rambang mata sebenarnya nak beli kerepek ni. Dah nama pun dok parit raja kan, so memang rambang mata la nak cari kerepek yang sedap. On the list, kerepek pisang dah tentu wajib ada. Biarpun harganya mahal, tapi kalau dah jadi kesukaan, harga bukan jadi masalah..

Setelah berhari-hari masak di bulan puasa ni, ingat hari ni nak off day masak la. Badan ni letih yang amat sangat. Rasa macam dah cukup rehat tapi still rasa penat..Tapi masih tak tau lagi apa yang nak dibeli petang ni. Nengok dulu la. Sekarang aku cakap takmo masak, kang tetiba aku teringin nak masak pulak, so nengok la nanti yea..

Orait, aku nak buat kerja dulu, dah nama makan gaji, berderet ni kerja menanti...:)


28.7.12

Menu buka puasa semalam


Ni menu buka puasa petang semalam. Sebenarnya dah jemu la pulak hari-hari makan nasi, tu yang terlintas idea nak buat menu ni je. Ayam tu ayam bakar/panggang ala kenny rogers. Korang google je, berlambak keluar resipi tu. Serius sedap.

Kentang putar dan coleslaw tu pun first time aku buat, main belasah je, macam biasa google resipi jugak, kata semua di hujung jari  kan..Alhamdulillah kenyang dengan rezeki yang diberikan Tuhan...

27.7.12

Zara dan telekung baru


Lambat update hari ni sebab cuti. So aku letak gambar jelah yea. Ni budak kecik yang excited nak solat lepas dapat telekung baru. Tapi dia solat cara budak-budak la kan..:)

26.7.12

Zarif dan puasa

Kelmarin;

Zarif : Apa hukum bangun sahur ibu?

Ibu : (Serius mula-mula aku macam blur, tapi relax dan tunjuk terer depan anak). Sahur tu hukumnya sunat, sunat yang dituntut - kalau kita buat kita dapat pahala..

Zarif : Tapi apa bezanya kalau kita makan sebelum tidur dengan bangun pagi-pagi?

Ibu : Sahur tu eloknya bangun pagi-pagi. Kalau sebelum tidur dah makan tu bukan sahur namanya, tak dapat pahala pun. Bagusnya kalau Zarif bangun pagi-pagi makan sikit, lebih elok kalau sahur ni kita lambat-lambatkan.

Zarif : Ohh, lambat-lambatkan? Kalau macam tu kita nak sahur pukul 7 pagi la..

Ibu : ?? (Dan kemudian berusaha menerangkan lagi hingga la dia faham..)

Ala..aku rasa dia dah tau, saja nak test ibu je kan..Nak bagi penerangan ni pun kita kena tunjuk pandai sebab dia ni tau nak corner sana sini bila aku salah cakap, huhu..


Setakat ni Zarif baru je berjaya puasa penuh dua hari masa weekend. Waktu sekolah ni dia mampu berpuasa setengah hari je. Balik sekolah tu barulah dia minum dan makan sikit. Aku pun takmo paksa la kan, didik perlahan-lahan. Abah aku backup Zarif baik punya..Nengok muka Zarif dah lain macam abah siap cakap, "Kesian dia ni kena puasa penuh, nengok muka dia dah pucat tu.."

Insyaallah setiap weekend aku akan pastikan dia puasa penuh. Hari sekolah ni aku bagi kelonggaran la sikit, yang penting dia dah tau tujuan puasa tu. Tapi nak melayan dia berdrama masa puasa hari pertama tu memang jenuh gak ler..

Mak aku pesan, nak ajar anak puasa tu boleh tapi yang penting pastikan dia solat..Kalau puasa tak solat pun tak guna..







25.7.12

Semua pun kebetulan je.

Semua pun kebetulan. Pindah rumah baru memang dah dekat sebulan lebih, kira memang dah nak dekat bulan puasa. So barang dan perabot kat rumah memang banyak tak complete lagi. Infact memang aku dan mrhubby merancang untuk beli beberapa barang baru.

Tapi serba salah rasanya. Sebab orang mungkin akan fikir "oh sakannya dia ni, nak raya kan, tu pasal tukar semua baru.."

Sebenarnya takde pun macam gitu tau. Sepanjang berkahwin, tak pernah la nak raya kitaorang ni tukar barang-barang baru, guna benda lama je. Kalau nak karpet atau langsir nampak cantik dan baru, aku hantar je kat dobi.

Benda yang berlaku ni kebetulan je. Kebetulan dah pindah rumah baru, kebetulan memang nak beli barang baru, kebetulan dah masuk bulan puasa, kebetulan lagi nak raya. So kebetulan ada rezeki yang Tuhan bagi, so memang kebetulan sokmo ni.

Haraplah semua dipermudahkan dan aku pun takdelah nak membeli sakan, seadanya mengikut kemampuan (itupun kalau boleh nak beli barang takmo jiran nampak, hehe)..

Dan paling penting, biarlah ibadah puasa sekarang ni dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

24.7.12

Ambik mood

Sebenarnya aku takde mood nak blogging this week, ingat nak start tulis entry minggu depan. Tapi malam tadi mrhubby dah tanya, "takde entry baru ke?" Alamak...so untuk mukadimah, nengok gambar jelah dulu..:)

 Kitaorang dah pasang wallpaper baru semalam.





20.7.12

Ramadhan kembali lagi

Insyaallah esok, semua umat Islam di Malaysia akan berpuasa. Di kesempatan ini aku nak ambil kesempatan ucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua kawan-kawan yang baca blog ini.

Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan Tuhan jua dalam bulan Ramadhan ini. Sebelum tu sekiranya ada antara kawan-kawan yang baca blog ni terasa hati ke, atau ada apa-apa yang ditulis secara tak langsung mengguris perasaan, mohon maaf yea..

Sama-samalah kita mengambil keberkatan di bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan segala amal ibadat dan keimanan kepada Tuhan..AMIN.

Takde apa yang aku minta melainkan Tuhan berikan kesihatan yang baik pada mak aku (especially) dan ahli keluarga yang lain supaya dapat melalui bulan Ramadhan ni seperti tahun-tahun yang sudah. Sepanjang puasa kali ni mak, abah dan 2 adik aku akan berada di Kesang Muar berpuasa bersama nenek, insyaallah aku dan keluarga akan datang melawat diaorang hujung minggu je. Minta semuanya ok-ok saja..:)

Kalau memasak untuk berbuka tu, share di blog ok..




19.7.12

Masa | Resipi yang sihat

Masa la masa..kenapa la aku selalu rasa tak cukup masa ye? Padahal ada 24 jam sehari? Rasa hidup seharian asik la terkejar-kejar dengan masa, penat la..Harap bulan puasa yang akan datang ni aku dapat aturkan masa dengan lebih teratur lagi, insyaallah.

Ok, so sorry aku memang tak dapat nak baca blog korang disebabkan kekangan waktu, ye memang tak tipu. Nanti ada masa aku baca entry korang ye..:)

Tapi ni nak share resipi mudah. Walaupun kita nak berpuasa iallah dalam tempoh sehari lagi, tapi resipi ni tetap boleh dicuba. Manalah tau lepas solat terawih kot dah lapar balik ke kan, ataupun time sahur (bagi yang tak makan nasi) nak cuba resipi ni, jom...


EPAL OAT

BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau | potong dadu
2 sudu besar oat
3 sudu besar kepingan badam
3 sudu besar kismis hitam


CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan oat, kepingan badam dan kismis hitam
2. Kemudian, masukkan epal hijau, gaul rata dan hidangkan.


Dah siap...senang kan? Ni lebih kurang macam snek la kan..Untuk bfast pun ok.  Aku share resipi ni sebab aku sendiri ada 4 biji epal hijau. Dah le aku pun kurang makan epal gitu je, so ingat nak cubalah resipi ni, hehe...Jom kita cuba sama-sama eh..


Sumber Resipi : Buku Menu Sihat (Pilihan Majalah Saji)



18.7.12

# Wordless Wednesday 25


Apa yang korang nampak? True..aku terjumpa kedai ni kat Muar waktu nak makan mi bandung. Aku rasa jurugigi tu dentist la kan..Unik sebab first time aku dengar perkataan jurugigi okeh..:)

Selamat pagi dan salam ceria untuk semua..


17.7.12

Perangai masing-masing


"Zarif, bukak la butang baju atas tu, biar nampak stylo sikit, butang sampai atas tu kan macam skema je.. "

"Takpe..kita suka butang sampai atas..biar nampak skema.."



"Zara pakai baju hijau ni eh?"

"Adik tak suka pakai baju hijau ni, seksi nampak ketiak.."

Sabar jelah kan. Tapi aku paksa gak pakai sebab baju tu dah nak sempit, lepas ni macam dah tak boleh nak pakai lagi..

Macam-macam gelagat budak-budak ni..:)

16.7.12

Selamat berehat abah

Ingat nak buat entry lain, tapi memandangkan hari ni hari last abah bekerja, so kita tulis entry pasal abah la yea. 

Hari esok sepatutnya abah last day bekerja, tapi dia akan ambil cuti. Abah sebenarnya dah pencen pada 26 Disember 2004. Tapi dia sambung kerja di Hospital Pantai sebagai MA (Medical Assistant) dan kemudian di Hospital Batu Pahat pula. 

Sebenarnya aku suka abah kerja sebab aku tau abah jenis tak reti duduk diam. Tapi atas faktor umur dan kesihatan, aku rasa dah sampai masa abah patut berehat dan tak perlu kerja lagi. Emak baru sms, bagitau yang abah ambil half day petang ni, maksudnya last day abah kerja di hospital adalah pagi tadi.

So, bermula hari esok adalah rutin abah sebenar-benarnya sebagai pesara yang tidak bekerja lagi. Tapi, percayalah, aku tau abah jugak tak reti duduk diam di rumah. Yang pasti abah mungkin akan menghabiskan minatnya gardening dan juga melukis.. (Yea, abah memang ada bakat terpendam yang bakatnya tidak menurun pada aku, hehe)

Since abah pun dah punya masa lapang ni, ingat nak suruh abah jadi cikgu tuisyen English pada Zarif. Kalau dengan aku asik nak main-main je kan, kali ni biar aku hantar kat abah aku, tapi confirm la abah mesti tak garang dengan dia macamana abah ajar aku dulu kan? 

Selamat berehat yea abah..:)

Ini je?

Ini saja yang sempat dibeli di IKEA Sabtu lepas. Punyalah ramai manusia kat sana, mentang ada sale kan. Aku pergi sana pun sebenarnya nak belikan abah punya barang..

tersangatlah jimat bajet (tengah bulan ok)

15.7.12

Serunding Snack Roll


Nengok ada perisa ayam, daging dan ikan keli. Aku dah makan dah perisa ikan keli tu, tapi rasa cam ikan biasa je, boleh laa..Ni kira produk tempatan, produk IKS..Pernah ke korang makan ni?

13.7.12

Cemerlang ke aku?

Mula-mula nak ucap TAHNIAH pada kawan-kawan aku yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ni. Aku tau ada yang baca blog ni, tahniah ye korang..

Belum rezeki aku lagi, takpe..tak mengharap (ayat klise), yang penting biar kita kerja ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan (memang klise sangat, haha). Yang sebenarnya aku memang tak cemerlang pun, haha..

Takpe..yang penting aku cuba jadi isteri dan ibu yang cemerlang, chaiyok!! (tak klise kan? hehe)


Untuk kamu semua..

Aku terima ini dari kawan di fb dan aku tujukan juga buat semua kawan-kawan blogger yang baik hati dan untuk semua teman yang mengenali aku, moga hubungan yang terjalin terus kekal berpanjangan selamanya...:)

Percayalah aku sangat menghargai hubungan yang terjalin meskipun di alam maya je. Insyaallah andai berpeluang, kita akan bersua muka yea..



12.7.12

Sekolah dia ada blog ler..

"Ibu..tolong bukak blog ni.."

"Ok.." sambil aku menaip alamat blog tu..

Tiba-tiba.."Ibu tau ke nak taip tu? tu ada tulis blogspot la.."

Eh, dia tanya aku reti ke tak? Alamak Zarif, ni ibu la, blogger..(cakap dalam hati je, blogger kelas bawahan je pun..haha)

Ala..nak tunjuk la sekolah dia ada blog..Bangga tau nak tunjuk kat aku sekolah dia ada blog. Siap bersungguh baca blog tu. Mesti dia cakap dalam hati - "Ingat ibu sorang je boleh baca blog?" Hehehe..

Reason lain nak suruh bukak blog tu sebab nak tunjuk;

dia nyanyi lagu "Rain..rain..go away.." - oh ada maksud tersirat rupanya..:)

Zaman sekarang ni siapa je takde blog kan? Semua orang pun boleh buat blog ye tak. 

Gambar dari blog sekolah Zarif.

Nak kuih pink pulak...

Pagi ni nak belikan Zara kuih buat bekal ke taska. Bila ditanya nak kuih apa, dia jawab "kuih pink"

Kuih pink tu maksudnya kuih lapis merah putih tu, tau kan? Malangnya akak tadi takde pun jual kuih pink hari ni, yang ada kuih kaler lain, tapi beli jelah. Bila dibuka plastik, menangis nak jugak kuih pink..Jenuh jugak la dipujuk baru ok.

Memang agak taksub jugak dengan kaler pink budak Zara ni. Padahal baru je semalam baca blog Diana perihal anak dia Maisara yang suka kaler pink tu kan..

Bukan setakat kuih je Zara nak kaler pink, kalau ada biskut ke apa ke semua pun kalau boleh nak kaler pink..Yelah kan, pink tu kan agak sinonim dengan perempuan, hehe. Tapi aku tak suka pink, nampak cam 'girly' sangat, hehe..

Aku pun tak biasakan Zara pakai baju kaler pink je, nanti aku yang boring. So suai padankan dengan kaler lain so nampak la hidup dia ni warna warni kan, takdelah pink sokmo..:)








11.7.12

Dah tengok baru tau best! -Hoore! Hoore!

Malam tadi rasa boring. Dan tangan gatal ni tiba-tiba tekan kat Astro First (sebelum tu dah bagitau mrhubby dulu) dan terus beli movie Hoore! Hoore!

Sebenarnya kan dari awal tau pasal movie ni tapi tak teringin langsung nak nengok sebab dalam hati cakap, "ala ntah apa-apa je cerita ni kan, dahlah pelakonnya semua pun tak berapa kenal except beberapa muka la.." So memang takde hati langsung nak nengok.

Minggu lepas setelah baca di blog Ben Ashaari mengenai filem ni, hati terus tergerak nak nengok plus aku dah baca beberapa review kat beberapa blog kata filem ni ok..So cair gak la hati ni malam tadi.


Aku tak nak buat review pun tapi terus terang aku cakap yang filem ni memang menarik dan layak ditonton bersama anak-anak. Filem muzikal arahan Saw Teong Hin ni memang menghiburkan apatah lagi disulami dengan lagu-lagu dari Allahyarham Sudirman buat aku rasa seronok menonton. 

Pelakon perempuan yang bawa watak Aiman tu memang best. Karakter yang selamba dan suara yang best. Jujurnya aku dan Zarif meleleh air mata nengok filem ni, dasar cengeng la kitaorang ni, huhu..

Kata orang don't judge a book by it's cover..Kena nengok dulu baru la tau best ke tidak..:)

Apa tu?

Hari itu waktu nak basuh kain di rumah mak;

Aku : Zara, pergi ambik gebar pada Tokzu, ibu nak basuh..

Zara : Apa?

Aku : Gebar la..pergi ambik gebar...

Zara : Apa tu?..

Aku : Ohh, sorry, selimut ok..

Maklumlah dah terbiasa aku sebut gebar kat rumah mak aku. Bagi yang tak tau jom kongsi ilmu..Merujuk di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) gebar itu bermaksud;


Aku memang suka pakai gebar waktu tido, kalau takde gebar rasa macam tak best je..:)







10.7.12

Siapa Juara Masterchef Malaysia?

Pagi ni serentak satu Malaysia akan diadakan senamrobik kat sekolah kan? Aku pelik gak bila mrhubby pakai tshirt dan dia kata ada senamrobik. Then Zarif yang memang ada senaman hari ni pun kata ada senamrobik...Ok, then mrhubby kata semua sekolah hari ni serentak buat senamrobik, oklah tu kan. Macam tahun lepas kalau tak silap larian perdana yang serentak tu kan?

Ok-ok..malam tadi sapa nengok Masterchef? Ok, serius aku baru tau result penuh pagi ni sebab malam tadi aku macam nengok tak nengok je.


Wah, semua pun layak ke final eh? Tahniah! Tahniah! Tapi kalau ada Tomok mesti lagi best kan, haha..Ok korang agak-agak sapa yang boleh jadi juara? Cer teka, cer teka...(walaupun aku tau ada yang dah tau pun juara masterchef ni), tapi takpelah kita main teka-teka..

Aku rasa macam Soo Wincci ataupun Dato' Fazley yang akan jadi juara..Tapi aku more to Soo Wincci, sebab aku nengok prestasi dia konsisten, so korang?


9.7.12

Eh, dah mula lapang..

Sebelum nak pindah masuk rumah baru ni kan, aku cukup risau dengan keadaan belakang rumah memandangkan ianya kawasan kebun kelapa sawit. Taulah kan, kelapa sawit ada binatang apa, so memang seriau sangat ler.

Jadik macam-macam protection la yang aku nak buat, nak beli pokok limau nak letak belakang rumah (katanya cik u... tak suka bau limau, member yang cakap), grill kat pintu belakang tu mesti nak bertutup make sure takde binatang pun yang boleh masuk melalui pintu dapur..Pening tukang buat rumah dan mrhubby nak melayan karenah aku ni.

Sekali kan, dalam beberapa minggu aku dok rumah baru ni, tak sangka pulak diaorang dah mengerjakan belakang rumah aku jadi macam ni;


Kalau ikutkan gambar yang the latest, dah bertambah lapang dah belakang tu..So pokok kelapa sawit tu dah makin menjauh, sukanya aku..Yang pasti belakang rumah aku akan ada rumah lagi, hehe..Azablah aku nanti bila diaorang mula nak piling, huhu..




Cara membersih dan memutihkan baju sekolah

Ok, entry ni dibuat untuk dapatkan pandangan dari semua. Setiap minggu aku rasa agak penat memberus dan menyental baju sekolah Zarif. Faham jelah kan, budak lelaki...Kalau diaorang pakai baju sekolah tu macamana.

Dok memberus dan menyental baju tu memang mengambil masa jugak. Tu belum masuk nak nila baju tu lagi..Baju sekolah putih ni bukan boleh campak terus je kat mesin basuh (tapi kan, kalau aku penat sangat..aku campak jugak, huhu...). Biasanya aku memang berus dulu la..

Kalau cara aku, memang akan rendam dulu baju sekolah tu semua dengan sabun dan clorox, lepas tu barulah aku start memberus dengan gigihnya segala kekotoran tu, fuhh memang penat yang amat la..Habis tu baru bilas, lepas tu baru aku masuk mesin basuh (hanya baju sekolah putih je tak campur dengan baju lain). Last sekali, barulah aku nila kan semua baju tu dan sidai macam biasa.

Ok, so boleh tak korang-korang yang ada anak sekolah ni, bagi idea. Bagaimana caranya nak bersih dan putihkan baju sekolah anak-anak ni? Kot aku boleh guna cara macam korang jugak ke kan..

Terima kasih yea..:)

6.7.12

Asyik sama je

Semalam,

"B, kenapa tak update blog, entry yang sama je dari pagi.."

"Eh, awak baca ke blog saya?" -- dah tau tapi saja buat-buat tanya

"Baca ler..kan saya memang baca blog awak..

"Tapi tak follow saya pun..tak pernah komen pun.."

"Saya silent reader je.."

Hehehe..terima kasihlah sayang sebab sudi baca blog yang merepek tak tentu hala ni..Ok, bukan takmo update entry baru tapi SERIUS (caps lock dan bold lagi) memang busy yang amat sampai tak boleh nak update entry. Nak buat auto publish entry pun tak berkesempatan bila kat rumah. Sibuk mengalahkan apa je.

Baca blog korang pun laju-laju sampai tak dapat nak tinggal jejak..Kalau ada 1 entry tu pun dah kira baik ok..:) Nantilah weekend ni kalau rajin, aku buat entry banyak-banyak (tu pun kalau idea), pastu auto publish je..:)

Sebenarnya terharu gak, walaupun entry ntah apa-apa tapi follower aku makin bertambah, :) Thank you pada semua yang follow dan yang komen yea..:) - Ikhlas dari hati.

5.7.12

Harmoni

Aku memang suka baca majalah dan antara majalah kegemaran aku adalah HARMONI. Hari tu aku nak beli keluaran yang terbaru, tapi baru perasan yang aku dah ketinggalan 2 keluaran sebelum ni, so bersungguh aku tanya kat tuan kedai, carikan yang keluaran sebelum ni, hehe. Nasib ada..:)


Aku tak boleh tak beli sebab cover yang menarik plus isi yang menarik jugak..:) Biasa kalau aku dah habis baca semua majalah ni semua, aku akan hantar la ke klinik atau bagi member-member yang nak magazine..Tak pun recycle jelah ~ 

Antara gambar yang menarik minat aku adalah 2 personaliti TV3 ini;

 Ally Iskandar dan isterinya..sweet ~

Ahmad Fedtri Yahya serta isteri dan anak perempuannya

Manis kan kedua-dua personaliti ini dengan kehidupan yang baru bersama pasangan masing-masing..:) Mudah-mudahan Ally Iskandar juga akan dikurniakan anak yang comel satu hari nanti..Moga rumahtangga yang dibina kedua mereka akan berkekalan selamanya, AMIN.

4.7.12

Bila Zara cabut gigi


Malam tadi bawak Zara pergi cabut gigi. Sebenarnya gigi atas dia berlubang je, tapi aku suruh cabut je terus sebab macam dah teruk je..Sebenarnya ada lagi gigi yang berlubang, ingat nak tampal terus malam tadi, tapi dr kata satu-satu, sebab budak-budak kan..Sebenarnya aku dah pergi dentist ni dari petang, tapi asik penuh je, so aku pergi malam je lah. Habis maghrib terus ke klinik, nasib takde orang.

Tapi Zara ok je maintain, tak nangis. Sebab aku dah psiko dia dari awal lagi, hehe. Yelah kan, korang bayangkan umur dia baru 3 tahun lebih kot, dah nak kena cabut gigi, mau tak sakit kan. Sebenarnya aku yang phobia tau sebab aku kena pangku Zara, so aku nampak la segala peralatan dr tu nak cabut gigi Zara, serammm..

Yang Zara pulak dah settle boleh jakun nak gigit kapas, abis cabut je nak makan roti canai la pulak. Padahal dr dah pesan suruh makan aiskrim dulu, tapi dia dah bising kata lapar, belasah jelah makan roti canai..

Isshh, bila Zara dah cabut gigi ni, rasa macam terlepas satu beban kat kepala tau..Sebab aku sebenarnya dok risau karenah Zara first time jumpa dentist, tapi nasiblah dia sangat ok..lega ~


3.7.12

Video kahwin Irma Hasmie dan suaminya

Aku tak tau nak cakap macamana. Tapi biarlah berulangkali nengok pun gambar kahwin Irma Hasmie dan suaminya aku tetap tak jemu. Dan kali ni aku nak letak jugak video pra kawin dan masa pernikahan diaorang. Aku rasa inilah antara majlis perkahwinan artis yang aku rasa seronok nak nengok berulangkali..Macam dalam filem dan rasa tenang sangat...:)



Al-Fatihah, moga kamu tenang di sana

Kalau tak kerana aku baca entry dari blog Ben Ashaari, serius aku takkan tak tau. Terkejut dan rasa sedih sangat. Meskipun tak kenal dan tak pernah bersua muka, tapi kita semua sahabat di alam maya kan?

Al-Fatihah untuk blogger lieynanilaz. 

Berita kematian dia betul-betul mengejutkan. Rasanya ramai blogger yang dah pun buat entry tentang arwah. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya mati itu pasti cuma kita tak tau bila tibanya masa kita.

Last aku dapat komen dari arwah melalui entry ini.


Swisspro

Hari tu saja-saja nengok blog lama aku, lama tak jengah. Masih ok lagi, hehe. So bila nengok kat bahagian komen, ada jugaklah komen yang nak di approve, walaupun tak banyak tapi semua berkisar pada topik SWISSPRO. Nak tau apa tu SWISSPRO, korang baca kat sini yea.



Klik bagi besar sikit

Ada antara korang yang gunakan SWISSPRO tak?

2.7.12

Cuti sambil bekerja dari rumah

Memang dengan sengaja lambat update entry hari ni. Kesedihan sebab Italy kalah dengan Spain dan Tomok terkeluar Masterchef, hehehe..Eh, takdelah, gurau je.

Aku cuti hari ni, tapi ada kat bandar (rumah mak) jaga emak sementara menantikan adik aku dari UiTM Shah Alam balik petang ni. Zara pun ada sekali ni, aku tak hantar ke taska. Walaupun cuti macam biasalah, telefon ofis aku divert kan ke hp. Kedengarannya macam poyo dan macam nak tunjuk baik sangat kan..Hakikatnya tak pun, jangan salah paham.

Memang rutin aku, kalau takde kat ofis je, aku akan divertkan phone ofis tu walaupun aku bercuti. Entah lah ye, mungkin aku tak suka menyusahkan orang. Lagi satu bila dah namanya secretary, aku lebih suka apa-apa hal aku tau dulu, senang nak berkomunikasi. Aku tak rasa menyusahkan pun sebab aku enjoy buat kerja banyak dalam satu masa (konon..hehe). Ala, senang kata tak menyusahkan pun sebab aku suka..:)

Eh, tapi aku rasa memang patut la kalau diberi peluang kerja dari rumah. Contoh pergi ofis selang sehari ke kan, lain-lain hal tu kita communicate through email dan phone je. Rasa macam best je kan..:) Sambil buat kerja ofis, sambil dapat uruskan kerja rumah dan sediakan keperluan suami dan anak-anak, indahnya hidup..:)

Ok, dahlah..aku nak masak nasi ni, jap lagi nak sambung lipat kain, lepas tu nak tido kan Zara, lepas tu nak blogwalking, lepas tu......lepas tu......Tata....


1.7.12

Sedih bila Tomok terkeluar juga akhirnya..

Fine..fine..fine..Aku redha..

Setelah 7 kali di pusingan penyingkiran, akhirnya Tomok terpaksa mengalah dan angkat kaki pada episod malam ni yang menyaksikan dia bersaing dengan Angah dan Farouk.. Aihh, dah la dia comel pastu time nak bagi ucapan akhir tu, dia sebak, nampak sweet gitu. Sedih memanglah sedih tapi bangga jugak sebab dia dapat sumbangkan RM5500 pada badan kebajikan yang diwakilinya - Womens Aid Organisation.

Nak buat macamana kan, dah takde rezeki. At least dari seorang yang tak reti memasak, dia dah ada ilmu kan..Good job n good try Tomok..

 Tomok punya

 Farouk punya

 Angah punya






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...