16.7.12

Selamat berehat abah

Ingat nak buat entry lain, tapi memandangkan hari ni hari last abah bekerja, so kita tulis entry pasal abah la yea. 

Hari esok sepatutnya abah last day bekerja, tapi dia akan ambil cuti. Abah sebenarnya dah pencen pada 26 Disember 2004. Tapi dia sambung kerja di Hospital Pantai sebagai MA (Medical Assistant) dan kemudian di Hospital Batu Pahat pula. 

Sebenarnya aku suka abah kerja sebab aku tau abah jenis tak reti duduk diam. Tapi atas faktor umur dan kesihatan, aku rasa dah sampai masa abah patut berehat dan tak perlu kerja lagi. Emak baru sms, bagitau yang abah ambil half day petang ni, maksudnya last day abah kerja di hospital adalah pagi tadi.

So, bermula hari esok adalah rutin abah sebenar-benarnya sebagai pesara yang tidak bekerja lagi. Tapi, percayalah, aku tau abah jugak tak reti duduk diam di rumah. Yang pasti abah mungkin akan menghabiskan minatnya gardening dan juga melukis.. (Yea, abah memang ada bakat terpendam yang bakatnya tidak menurun pada aku, hehe)

Since abah pun dah punya masa lapang ni, ingat nak suruh abah jadi cikgu tuisyen English pada Zarif. Kalau dengan aku asik nak main-main je kan, kali ni biar aku hantar kat abah aku, tapi confirm la abah mesti tak garang dengan dia macamana abah ajar aku dulu kan? 

Selamat berehat yea abah..:)

4 comments:

  1. dah bersara?? bestnya..kak Su lagi 20 tahun nak bersara..lambat lagi la..**pitam**

    ReplyDelete
  2. biasa nyer org2 tua nih even dah bersara pasti ada jer kerja mereka nak buat kan...

    ReplyDelete
  3. biasalah org tua kak.. mana reti duk diamkan.. selamat berehat jugak utk ayah akak.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...