26.7.12

Zarif dan puasa

Kelmarin;

Zarif : Apa hukum bangun sahur ibu?

Ibu : (Serius mula-mula aku macam blur, tapi relax dan tunjuk terer depan anak). Sahur tu hukumnya sunat, sunat yang dituntut - kalau kita buat kita dapat pahala..

Zarif : Tapi apa bezanya kalau kita makan sebelum tidur dengan bangun pagi-pagi?

Ibu : Sahur tu eloknya bangun pagi-pagi. Kalau sebelum tidur dah makan tu bukan sahur namanya, tak dapat pahala pun. Bagusnya kalau Zarif bangun pagi-pagi makan sikit, lebih elok kalau sahur ni kita lambat-lambatkan.

Zarif : Ohh, lambat-lambatkan? Kalau macam tu kita nak sahur pukul 7 pagi la..

Ibu : ?? (Dan kemudian berusaha menerangkan lagi hingga la dia faham..)

Ala..aku rasa dia dah tau, saja nak test ibu je kan..Nak bagi penerangan ni pun kita kena tunjuk pandai sebab dia ni tau nak corner sana sini bila aku salah cakap, huhu..


Setakat ni Zarif baru je berjaya puasa penuh dua hari masa weekend. Waktu sekolah ni dia mampu berpuasa setengah hari je. Balik sekolah tu barulah dia minum dan makan sikit. Aku pun takmo paksa la kan, didik perlahan-lahan. Abah aku backup Zarif baik punya..Nengok muka Zarif dah lain macam abah siap cakap, "Kesian dia ni kena puasa penuh, nengok muka dia dah pucat tu.."

Insyaallah setiap weekend aku akan pastikan dia puasa penuh. Hari sekolah ni aku bagi kelonggaran la sikit, yang penting dia dah tau tujuan puasa tu. Tapi nak melayan dia berdrama masa puasa hari pertama tu memang jenuh gak ler..

Mak aku pesan, nak ajar anak puasa tu boleh tapi yang penting pastikan dia solat..Kalau puasa tak solat pun tak guna..







13 comments:

  1. hehe..byknya soalan.. btl tu kak, klu puasa tp xsolat, xguna gak..

    ReplyDelete
  2. nak pastikan mereka solat tu pun banyak juga dugaannya. Aqil so far si good, Alia bab solat ni, memang ada liat, time Asar je, time lain dia ok. Masa Asar dia dah nampak penat kot, ingatkan solat je, meleceh je...

    Zarif dah makin pandai kan Huda...emaknya pun kena lagi bijak...:)

    ReplyDelete
  3. Zarif anak yang bijak.

    Memang tidak mudah melatih anak kecil berpuasa, tapi lagi payah untuk melatih mereka bersolat pada waktunya...

    ReplyDelete
  4. hihi, pandai zarif tu...kalau zarif dapat bangun sahur pepagi tu alhamdulillah.

    Nak kongsi tips dr wardina galakkan anak2 dia berpuasa. Dia kata sahur tu orang yang dah baligh saja dapat fadhilatnya..kalau macam anak kecil tak sahur sebelum subuh takpa tapi masa dia breakfast..tu kira sahur dialah..:)

    tapi baguslah zarif..rajin bangun sahur..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarif dah berapa hari tak bangun sahur pagi pun zakiah..kita suruh dia minum pagi sebelum pergi sekolah, dia taknak katanya nak puasa setengah hari, so kita pun ok jelah..

      Delete
  5. wah, pandainya zarif....tak pe bg dia belajar puasa pelan2, sikit2 dulu.. yg penting dia tahu perlu puasa.

    ReplyDelete
  6. bgus zarif brtnya.. nti lm2 dia phm.. budk2 skg kan bijak2 trmsuk la zarif ni :)

    ReplyDelete
  7. Betul Huda jgn paksa anak berpuasa. Kalau solat bolehlah paksa. Kakak takut paksa puasa sekali terjadi sesuatu siapa yg menyesal... Tunggulah sampai masa mesti dia ada rasa nak puasa sebab kakak dah nampak pada anak-anak kakak tak payah paksa dia tahu sendiri...

    ReplyDelete
  8. bagus zarif dah nak berpuasa..kena la pujuk sepujuk2nya.

    ReplyDelete
  9. Sy dulu ms kecik pun, tak denya pose penuh. Hehehehehe...

    ReplyDelete
  10. Betul tu.. Anak bijak, emak pun kena lebih bijak. Saya pun kalau anak murid tanya tapi tak tahu nak jawab, saya jawab je..nanti cikgu tanya dengan xxx (org yg dia lbh respect eg guru besar..hehe)

    Saya dulu pun dah darjah berapa baru puasa penuh..Mak takdelah paksa tapi kurang galakkan berbuka je kalau dh lepas waktu Zohor

    ReplyDelete
  11. betul tu, aku pun tak nak paksa sgt si abg tu puasa penuh...dpt separuh hari waktu sekolah dah cukup baik pada aku...yelah, penat tu...sekolah pagi petang, kelas pulak kat tingkat paling atas sekali, balik sekolah tgk muka dah pucat, baik lah berbuka je...kang pitam pulak anak aku tu...huhu...
    tapi weekend dia boleh puasa penuh ...Alhamdulillah....

    aku pun tgh pantau solat dia...aku rasa kita better didik solat dia sekali drp kita desak dia puasa penuh tapi tak solat kan....betul ckp mak ko tu...

    ReplyDelete
  12. kadang2 soalan bebudak skg ni sgt advance & boleh buat kita agak blur2 n mati kutu nk bg further explanation hehehe

    betul kata mak sis tu..better dr kecil didik bersolat .. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...