3.8.12

Hari lahir mak

Hari ni 3 Ogos hari lahir emak. Selamat Hari Lahir yang ke - 60. Eh macam tak caya pulak mak dah 60 tahun, hehe..

Tiada apa yang aku minta melainkan berdoa pada Tuhan moga mak terus diberikan kesihatan yang baik dan lindungilah mak dari segala bahaya. Sekarang mak, abah dan dua adik aku masih lagi kat kampung di Muar. Insyaallah esok aku pun nak balik kampung dan bermalam sehari kat sana.

Ok, pagi ni aku dengar lagi lagu raya but still masih takde mood la, bak kata one of the lecturer semalam, "bulan pun masih penuh lagi" hehe..  Tapi aku dapat rasakan yang bulan Ramadan kali ni macam cepat sangat, korang dapat rasakan tak? Hari ni je dah 2 minggu kita berpuasa, pantas kan?


# Nasib baik final dejavudikinabalu semalam oklah..aku baru je lepas nengok final (alternatif), lagi kecewa kot rasanya..Kesimpulannya dalam dua-dua final, Ammar la yang malang..:(

11 comments:

  1. selamat hari lahir juga buat mak akak..



    pssst akak, sy cuti raya dri 18-26hb, dtg la seri medan ye..

    ReplyDelete
  2. happy birthday mak huda..:)

    p/s : lipstick collagen tu around RM25..tak berapa ingat harga dia la..

    ReplyDelete
  3. Memang cepat Huda. kakak pun rasa sama. Apa lagi kalau tolak ABC lagi puasa baru seminggu je. Tahu-tahu malam ini terawih dah nak baca Qunut kan..

    ReplyDelete
  4. hepi besday buat mak Huda...
    moga dipanjangkan umurnya...

    - ramai yg dok citer pasai dejavu ni, kasihan ammar..

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir utk ibu juga..
    semoga sihat dan selamat semuanya..
    best bila buka puasa jika ada org tersayang.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir buat mak huda... semoga sihat selalu... dan gembira hendaknya...

    tp Ammar saya x malang.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Memang terasa sanbgat bahawa waktu berlalu.

    Selamat hari ulangtahun kelahiran buat ibumu, semoga Allah mengurniakannya dengan segala kebaikan. Amin. :)

    ReplyDelete
  8. ai rasa macam biasa je. tak rasa cepat, tak rasa lambat. pejam celik pejam celik dah 2 minggu. salam kenal dan salam ramadan

    ReplyDelete
  9. Selamat hari lahir untuk Mak akak ye! Semoga makcik panjang umur dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  10. selamat ulangtahun ke 60 utk mak huda.jmput follow kmbali :))

    ReplyDelete
  11. birthday mak kita sama la..
    tapi mak saya sambut birthday yang ke 54 hari ni.....:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...