14.8.12

So, I want a baby..

Sehari lepas balik dari KL, aku plan nak belikan budak-budak kasut. Bila tanya kat diaorang, "Kat mana nak beli kasut raya?"

Dengan girangnya diaorang jawab, "BATA!!!"

"Takmo kat tempat lain ke?" (padahal aku sendiri nak ke tempat lain selain kedai BATA).."Taknak...kitaorang nak beli kat BATA jer.."

Ok..fine, so aku ikutkan je. BATA pun BATA jelah kan, jimat sikit duit, hehe..Maka bila sampai kat Kedai BATA ni, sibuklah dok pilih-pilih kasut..

Masalahnya, Zarif dan Zara pulak tak suka dengan pilihan aku dan mrhubby. Masing-masing ada pilihan sendiri. Bila aku kata nak kasut jenis A, Zara nak jenis B, hmm..

Yang Zarif pun sama jugak, bila mrhubby kata apa yang dipilih tu tak cantik, kita pilih yang lebih molek pun tak mau jugak, abis sedepa muncungnya.

Finally, kitaorang ikutkan je la pilihan anak-anak ni, yang penting diaorang happy dan aku pun save la bajet, hehe.


Cumanya..aku rasa Zara masih awal lagi untuk buat pilihan sendiri. Kenapa cepat sangat dia membesar. Zarif pun sama jugak. Masa aku kecik-kecik dulu seawal umur diaorang, masih lagi ikut pilihan mak dan abah, huhu..

In this case, aku rasa pengaruh dari keadaan sekeliling buatkan mereka berani buat pilihan sendiri (means bukan kasut je, segala benda) dan mereka cepat matang dari usia sebenar.

On the way balik rumah, "Sayang, kenapa diaorang dah takmo ikut pilihan kita lagi? Diaorang dah makin besar..."

"Memanglah diaorang dah besar..so?"

"So..I want a baby..:) "


5 comments:

  1. BATA adalah jenama kebanggaan kakcik satu ketika dulu. Macam 'gah' sangat bila dapat pakai kasut BATA. :)

    Kitaran hidup begitulah... anak2 semakin besar, akan semakin lari citarasa mereka berbanding kita.

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. elokla kak, zara dh besar..so, elok sgt ada baby

    ReplyDelete
  3. Tapi meamng cantiklah pilihan zara tu Huda. Kakak suka:)
    Budak sekarang bukan macam masa kakak dulu Huda. Dulu kalau dapat Bata is teh bestlah..

    ReplyDelete
  4. Hahha...elok tmbh ahli bila kakak dan abg dh semakin pandai berdikari.. Lgpun budak2 sekarang mmg bijak2, kalau bg nenek kita tgk mesti diorg ckp yg jauh beza bdk dulu dgn bdk skrg..

    ReplyDelete
  5. KB pun pakai kasut bata gak g keja hari2..sungguh tahan lasak..dok tunggu bila nak rosak, bleh buat alasan nak beli kasut baru. tapi macam tak da chance jer....hihihih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...