Amboi..amboi kemalasan tahap gaban ni nak update blog. Sekarang nak dok Instagram je, hehehe. Lebih cepat dan lebih mudah kononnya. Tapi tak update tak bermakna aku tak baca entry korang. Baca je cuma tak tinggal jejak konon-konon silent reader la ~
Sekejap je dah hari Jumaat kan..Esok dah hari Sabtu, yahoo boleh dok rileks kat rumah sambil kemas-kemas.
Mrhubby dan Zarif pergi sekolah elok-elok ye esok, hehe. Kan sepatutnya ganti sekolah last week tapi ditunda ke hari esok kan? Anak korang pun sekolah ganti kan esok?
Tak tau nak cerita apa sangat, cuma nak bagitau kisah beberapa hari lepas. Aku suruh Zarif solat Asar sebelum dia nak main bola. Aku cakap kat dia cam gini;
Aku : Sebelum nak main bola tu pergi solat dulu eh..
Zarif : Ok
Aku : Kalau tak solat dosa tau, boleh kena rotan..
Zarif : Tapi cikgu kita kata, umur 10 tahun kalau tak cukup solat baru boleh rotan...
Aku : ??? ----- lepas tu bagilah tazkirah ringkas kat dia.
Korang nengok budak sekarang ni, menjawab je kerjanya. Memang kena sabar banyak la nak nasihatkan budak laki sorang ni. Dahlah hari-hari nak kena ingatkan benda yang sama, boleh dikatakan setiap masa laa..Penat memang penat tapi dah tanggungjawab ibu bapa kan...
Selamat Hari Jumaat ~
anak lelaki mmg camtu kan huda. nak solat mmg kena ingatkan tiap kali masuk waktu...
ReplyDeleteHhahahaha! Zarif, pandi je die jwb kan? Tp, pandai jwb ke atau budak-budak mmg jujur kot? Hahahahaha!
ReplyDeletehe..he.. dia menjawab sebab dia tahu.. kalau dia merapu lagi geram kita dibuatnya kan.. tp budak2 sekarang mmg bijak2.. Alhamdulillah..
ReplyDelete