Yeayyy Rabu..Bestnya, bestnyaaa...
Apa yang bestnya Rabu ni? Takdelah best apa, kecuali ada pasar malam je hari ni, huhu. Sebenarnya aku sendiri pun dah boring nak g pasar malam. Dapur tak siap lagiiiii...Tinggal piping sinki je ni, aduhh stress!! Katanya nak datang hari Khamis atau Jumaat, silalah cepat ok, aku dah penat ulang alik masuk bilik air nak basuh segala barang.
Nak masak berat-berat memang tak la..Almost 2 weeks kot dapur tak berasap sangat, so semalam aku dah cakap ngan cina tu tolong siapkan piping tu minggu ni jugak, dan jangan la sampai minggu depan. Dah tak boleh tahan dah ni..
Ok back to pasar malam. Dah tak tau nak makan apa kat pasar malam, sekilas nengok je dah tau semua rasa makanan kat situ, haha. Mungkin aku nak mrhubby belikan buah mangga je, tu lagi sedap. Cuaca panas-panas ni tak berapa selera sangat la nak makan.
Ok cakap pasal cuaca panas ni, memang panas kan kebelakangan ni..Fuhhh, tak tahan ko...Bawak bekal air masak sebotol pun tak cukup tau. Aircond kat rumah dengan kipas semua rasa dah full bukak tapi cam takde rasa je. Macam nak dok berendam dalam air je.
Bagusnya cuaca panas ni kain yang bersidai semua cepat kering tapi tulah bila cuaca terik gini pun tak elok untuk kesihatan. Zara dah lah selsema la ni kena batuk pulak, so far dia ok la masih boleh g sekolah lagi. So dengan cuaca macam ni better kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak yea..
Dah g buat kerja, nanti kalau aku rajin aku bw korang yea..:)
tdr mlm pun bahang kak.. dh mcm bersukan smbil tdr.. eh, tdr smbil bersukan.. hahaha
ReplyDeleteDulu ms sy bersalinkan aydin, ms bln 3 mcm ni la....pantang lak kat bp. amek ko. Mmg panas. Hahahahaha! Berpeluh-peluh. Tp kene gak pki baju tebal. Sarung kaki. Bygkan...umah mak ayah tak pasanng aircond. Maka, bersauna kite ya. Si kecik tu, ms kecik mmg tak le nak berbedung. Panas!!! Heheheheh....
ReplyDelete