Terima kasih PM sebab bagi kenaikan gaji sekali lagi untuk tahun ni..:) Bulan Januari hari tu aku dah naik gaji, so tunggu la bulan Julai nanti eh, hehe..
Pagi ni ada perhimpunan kecergasan kat padang. Aku suka sangat aerobik, ikutkan hati memang nak join sangat. Yelah, tak semestinya pregnant tak boleh join kan. Tapi disebabkan sekarang ni aku rasa penat nak berdiri lama-lama ditambah dengan masalah varicose veins kat kaki ni buat aku rasa takpelah..Lepas due nanti kita aerobik puas-puas ok.
Sakit jiwa pulak nengok varicose veins (urat-urat timbul) kat kaki ni. Takdelah terlalu sakit sangat tapi kalau tersentuh urat timbul tu rasa geli semacam. So tak boleh pressure diri buat kerja terlalu lasak dan perlu rehat lebih.
Kat ofis pun aku letak kotak bawah meja supaya kaki terangkat bagi memudahkan proses aliran darah. Masa nak tido pun macam tu jugak kena letak kaki kat bantal bagi terangkat sikit.
Semalam beli losyen Mustajab - Rose Scent. Malam tadi dan pagi ni sapu kat bahagian urat timbul tu rasa lega sikit. Rasa berangin sesedap je..Aku bawak pegi ofis, senang kalau rasa lenguh dan sakit-sakit boleh sapu je dengan losyen ni.
Ingat nanti nak cari stokin khas untuk rawatan varicose veins ni la..Yelah kan, kalau boleh aku takmo la urat-urat timbul ni berkekalan lepas bersalin nanti sebab rupanya memang tak molek langsung, huhu..
Untunglah kakitangan awam kan. Macam kakak kerja swasta ni tak adalah nak naik gaji berkali-kali. Kalau PRU 2 tahun sekali lagi bagus agaknya kan Huda dapat selalu naik gaji....
ReplyDeleteKalau mustajab tu elok bolehlah terus gunakan..
Kakcik yang tak mengadung ini pun tak boleh nak gantung kaki lama2...
ReplyDeletetahniah huda...bestnya dpt kenaikan gaji lagi ye.
ReplyDeletelosyen tu mesti berangin je kan...
seronoknya dapat naik gaji...memang untung sesangat.....
ReplyDeletebagus juga losyen ni...