Tak tau nak mulakan hari Isnin ni macamana..Belum mula tugas lagi mata aku dah layu sangat ni, heii Monday Blues ke?? Silalah bertahan mata...
First of all, aku nak ucapkan takziah sekali lagi kepada anggota keselamatan kita @ perwira-perwira kita yang telah gugur semasa bertugas (terkini 6 orang telah meninggal dunia tak termasuk 2 yang meninggal Jumaat lepas). Ya Allah selamatkan lah mereka-mereka yang sedang bertugas di sana. Kalau ikutkan emosi ni memang la nak cakap, "Bila tentera ni nak serang musuh kita tu? Bila? Bila? Kan ke dah dapat mandat dari PM..?" ---- ni bila emosi la.
Tapi aku faham mungkin tak semudah tu nak melaksanakan dan harapnya biarlah apa yang sedang berlaku sekarang ni dapat diselesaikan dengan izin Tuhan jua. Nak komen lebih-lebih pun tak berani sebab aku pun baca dan dapat maklumat dari media yang ada. Hakikatnya kita sendiri tak berada di Sabah sekarang, moga semuanya baik-baik belaka.
Nak update lebih-lebih pun macam malas, serius aku mengantuk sangat ni, so aku bagi gambar terkini penyokong tegar JDT;
Luaskan kuasamu...:)
Selamat memulakan tugas untuk semua!
Kakcik pun mengantuk juga ni. Pagi tadi bangun seawal 3.00 pagi...
ReplyDeletekesian sgt yg terkorban tu.. xsanggup dh nk bc psl isu ni..
ReplyDeletetumpang mood sama.. tengah selsema ni alasannya..
ReplyDeletesama sama kita doakan keadaan kembali aman ye..
hanya menunggu berita terkini je dari berita TV...
ReplyDeletepagi-pagi ni mood layu jugak ni...
mengantuk jugak. semlm letih sgt tertido awal dari biasa, yg tak bestnye pukul 12 mlm terjaga semula, rasa segar lak tu...alahaiiii
ReplyDeletemmg seddih dengan ahli2 polis kita. alfatihah buat mereka :(
ReplyDeleteNak menonton Al-jazira pun nampak gaya macam banyak halangan.
ReplyDeleteKakak pun sekadar membaca online atau berita radio - kita doakan pasukan keselamatan kita semua. Kesian pada keluarga mereka yg kehilangan org tersayang.
berdoa moga pertempuran cepat tamat...
ReplyDeletemoga krisis tersebut cepat2 diselesaikn..tak sanggup baca anggota kite terkorban lg...
ReplyDeletesimpati dengan mereka yg terkorban dan famili mereka..moga cepatlah semuanya berakhir dengan tenang
ReplyDeleteRasa x sanggup dah baca dengar mengenai isu ini, moga semua yang di tugaskan di sana selamat dan sentiasa di lindungi allah....
ReplyDeleteHari isnin mmg sumenye blues.. Paling best sekali hr jumaat.
ReplyDelete