Korang nengok tak rancangan Romantika kat Astro Ria setiap Selasa jam 9 malam? Ok gak rancangan tu. Kadang aku terlupa gak nak nengok sebab sibuk nak nengok drama Cinta Qaseh kat TV3.
Romantika merupakan sebuah rancangan berkonsepkan drama realiti yang
menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia. Rancangan ini
memaparkan pengalaman mereka menguruskan rumah tangga dan kehidupan
realiti yang dilalui di sebalik lensa kamera dan kehidupan glamor
sebagai selebriti terkenal. Sepanjang 13 episod, Romantika yang
berdurasi selama 30 minit akan membawa penonton lebih rapat dengan
kehidupan sebenar pasangan selebriti yang mereka minati.
Nak tau lebih lanjut pasal rancangan ni, boleh rujuk ke sini - ROMANTIKA
Kadang boleh gelak nengok gelagat selebriti dengan pasangan masing-masing, mrhubby kadang layan gak dengan aku nengok rancangan ni -- terpaksa der..
Ada satu part dalam rancangan ni, pasangan kena bagi ucapan romantik sesama mereka. Wah, bila nengok part tu terus aku rasa alamak, kalaulah aku ada kat tempat diaorang boleh ke aku nak cakap jiwang-jiwang gitu???
Bila aku tanya mrhubby, "Bang..awak rasa boleh ke saya nak cakap jiwang ngan romantik cam tu?? Agak-agak kalau saya cakap cam tu awak gelak tak?"
Terus mrhubby jawab, "Kalau awak cakap romantik kat saya cam tu confirm saya dah gelak tergolek-golek masuk bawah meja..."
Teruk kaaaannnn...Tapi terus terang aku cakap kat korang, memang aku tak romantik tau, MEMANG TAK. Entah ek, tapi memang aku tak reti la. Aku care la, sayang tapi tak tau camana nak cakap ek..Jiwang-jiwang dalam bahasa melayu tak reti, dalam english ok kot, hehe.
Mrhubby romantik la kot, tapi bila dah layan dengan perangai aku ni lama-lama dia pun cam biasa-biasa je. So aku pun ok jelah. :)
Romantik ke tak romantik ke yang penting kitaorang sama-sama dapat terima kelebihan dan kekurangan yang ada, kan sayang? :)
Romantik ke tak romantik ke yang penting kitaorang sama-sama dapat terima kelebihan dan kekurangan yang ada, kan sayang? :)
tak tengok tp bunyi mcm menarik je program ni
ReplyDeleteMcm lebih kurang je situasi kite. Sy pnh ajuk blk ckp artis2 dlm romantika tu, then ckp pd hubby. Dgn gaya gedik sy....hubby menyumpah seranah baik punye. Hahahahahah! Kitorang pun tak romantik. Entah mcm ne ley kawen, pelik tol. Hahahahahha!
ReplyDeletehe..he.. setakat nak cakap ayat romantik light2 tu bolehlah.. klu nak cakap yang macam romantika tu mmg tak berapa nak reti.. malu ha..ha..
ReplyDeletetgk2...semalam kisah lisdawati ngan fauzi nawi kan....mcm plastik la dieorg tu...ops!
ReplyDeletetapi mase ayu raudah tu suke tgk...die mcm real sikit heheeheh
mungkin kita romantik bukan di luaran...malu kot...hehe
ReplyDelete