28.1.14

Pengukus Steam It!!!

Ok sekarang ini adalah gajet (haha, gajet ke??) Ok, gajet tak sesuai laa, apa ek nak cakap, ermmm barang laa..

Barang ni sekarang jadik kegemaran aku sekarang. Oh yea untuk pengetahuan aku adalah agent tupperware kat Batu Pahat tapi tak sempat lagi nak update kat blog ni. Asal nak buat tak sempat je nanti la tunggu sempat ok..:)

Cumanya aritu masa amik pesanan dari orang aku pun gatal nak terbeli jugak. So hati ni tertarik nak beli benda alah ni dari dulu lagi tapi tak terbeli-beli, so hari tu nekad beli jugak.

 Yeay, namanya Steam It!
Ok itu aku beli mini pau mau kasi kukus..

 Pengukus ni tak besar pun memang saiz sederhana je tapi senang la
Ha tu semua pau mini tu..

Ok kita tutup kasi kukus yea...
Sebenarnya kuali boleh letak apa-apa je tak semestinya jenama tupperware, aku pun tak pakai kuali jenama tupperware tu jenama biasa je..Kadang aku guna jenama Tefal, yang penting bila kukus ok jer boleh makan.


Sebenarnya aku ada pengukus lain tapi leceh la..Satu tu pengukus besar (style lama) yang mak-mak kita biasa pakai tu..Lepas tu aku ada satu lagi pengukus elektrik tapi leceh gak sebab besar jugak..Kadang-kadang nak kukus makanan yang kecik-kecik nak kena guna alat yang besar-besar memang leceh, sebab aku nak yang senang je..

KUKUS DENGAN REBUS LAIN OK.....Takut ada orang salah paham kata apa susah rebus je la, Rebus tu kena letak makanan dalam air tapi kurang elok sikit berbanding kukus..

Kata nak makan makanan sihat so nak mengukus tu leceh la kalau nak guna alat besar-besar so aku nak yang simple punya so Steam It jenama Tupperware ni la yang paling sesuai untuk aku. Lagi la pulak aku pun sibuk nak mengukus makanan Aisyah macam brokoli, kentang, epal dll. Lepas kukus tu blend kan je semuanya senang kan?? :)




Harganya sangat mampu milik untuk semua..:) Kalau ahli tupperware lagi la ada diskaun..

Terus terang aku memang pemalas nak mengukus makanan tapi bila ada Steam It, yang susah pun jadik mudah! Yelah kan sekarang kesihatan pun nak kena jaga so makanan makanan dikukus ni lebih elok dan terjamin.

Sekian..






6 comments:

  1. kita pun ada. guna dulu2 klu nak kukus mknn baby :-) now masih guna klu nak preheat mknn :-)

    ReplyDelete
  2. aahh sangat berguna.. leh buat kek pisang dalam ni.. tapi bekas kena comei2 la.. sangat comel.. sebab tak payah keluar pengukus yang besar tu.. hehehhe

    ReplyDelete
  3. mcm best je, blh beli nih dh alg2 jd ahli, hikhik

    ReplyDelete
  4. cool gile...cantik puncantik...lieya ade gak pengukus lame tu tapi dah bocor bhgn yg boh air tu....nak tampal tak bertampal2....tu lee dah lame tak buat kuih yg berkukus nieh....

    ReplyDelete
  5. Mudahlah bila nak mengukus dah sekarang ye Huda...
    Buat kuih lapis yg senang ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...