4.7.14

Follow up Aisyah

Semalam aku cuti sebab nak bawak baby Aisyah follow up pasal sakit BREATH HOLDING SPELL yang menyerang dia bulan 3 hari tu kan..Kalau nak baca kisah tu korang carik jelah kat entry bulan April 2014, ada 3 part kisah dia warded tu, kalau korang nak baca laa kan..

Kebetulan pulak mrhubby cuti ganti (sempena yang JDT menang bola tu pasal Khamis lepas dia sekolah) memang best la, so ber dating la kitaorang dengan budak Aisyah tu ke hospital.


So far alhamdulillah, tapi still kena jumpa doktor bulan 11 nanti. Dalam tempoh ni kena nengok lagi la kot ada tak nangis nak biru lagi ke. Ada je dia nangis nak lama-lama tapi takdelah part biru-biru tu. Hopefully takdelah lagi sebab trauma tu masih lagi ada sampai sekarang. Panik tak sudah kitaorang nanti..



Balik dari hospital tu singgah beli barang dapur sikit. Semalam aku masak nasi putih biasa, asam pedas pari, ayam goreng berempah dan kubis goreng je. Kira semalam aku memang makan lebih, tak pikir pun perut nak buncit ke apa ke, makan jer sampai ke tengah malam huhu..

Sebelum tido layan makan ni dulu, mrhubby tak reti makan camni - kesiannn


Sedap oh makan roti dengan asam pedas pari ni..Korang pernah tak makan camni?? Dah makan ni aku sambung makan manggis pulak, pun mrhubby tak makan, rugi oh rugi..Nasib tak sakit perut malam tadi hehe..

So hari ni korang nak buka apa? Aku harini buka kat rumah mak abah tapi aku nak buat mihun goreng je buat tambah-tambah.

Seram pulak baca kisah 4 sekeluarga tu masuk hospital sebab keracunan makan roti john kan? Roti john je, hmmmm........

Sekian tq sebab sudi baca.


5 comments:

  1. Macamana makanan kita semalam boleh sama Huda. Rumah kakak pun ada asam pedas pari, ayam berempah dan manggis. Cuma sayur kakak kacang bendi, Huda punya kobis..

    Roti cecah asam pedas style kita kot Huda. Org lain tak tahu. Kita memang suka kan..

    ReplyDelete
  2. Hah? Dah ada yg msk spital sbb keracunan? Tu yg x suka tu! Huhuhuhu!

    Moga Aisyah terus sihat ya!

    ReplyDelete
  3. Salam,
    kena sawan tangis..ke?

    Nmpk berselera je , yelh air tgn sendirikan..
    Bahaya n tkut beli kt param ni..msk sndiri puas hti..roti john pun boleh buat sendiri..lgi sd
    plh kut...

    ReplyDelete
  4. Kak yus pun suka makan roti dgn asam pedas huda. Pg Khamis smlm sahur dgn ni juga , roti dan asam pedas, hehe.

    ReplyDelete
  5. Kalau dah berselera makan tu mmg tak kira dah buncit ke tak buncit ni hehehe...cam sedap je asam pedas tu...yumsss...opsss puasa ekekeke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...