2.5.12

30 minit Ustaz Don ke - 100

Malam tadi lepas layan drama 3 Janji, aku beralih pulak ke rancangan 30 minit Ustaz Don tapi special punya sebab malam tadi sempena episod yang ke 100. Seronoknya layan rancangan tu malam tadi.

Lagi-lagi bila pengacara telefon kakak Ustaz Don, nampak riak muka Ustaz tu terkejut dan terharu. Lagi bertambah terkejut bila TV AlHijrah buat kejutan dengan menjemput Cikgu Yazid (cikgu Ustaz Don masa kat Sekolah Maahad). Cikgu Yazid tulah yang mengajar Ustaz Don menghafal 30 juzuk Al-Quran. Nampak sangat muka Ustaz Don memang terkejut dan speechless bila Cikgu Yazid tu datang ke studio. Cikgu Inggeris Ustaz Don masa dia sekolah rendah pun ada dijemput sekali.

Antara pesanan Ustaz Don yang aku ingat malam tadi;

~ Hormatkan guru ~
~ Hargailah ibu bapa sementara mereka masih hidup lagi ~
~ Ayah Ustaz Don pesan waktu sekolah dulu : Belajar kerana Allah ~




12 comments:

  1. Moga aura uztaz-ustaz seperti ini sedikit-sebanyak dapat mengatasi masalah sosial negara kita sekarang nie Huda...

    ReplyDelete
  2. tak sabar tunggu al hijrah di batu pahat..umah zakiah tak pasang astro..macam rugu je tak dapat tengok pengisian yang baik2 di alhijrah...

    ReplyDelete
  3. Cara Ustaz Don mengajar sangat santai dan mudah difahami. Bukan sahaja untuk anak2, tapi juga untuk orang dewasa.

    ReplyDelete
  4. Sy selalu terlepas siri Ustaz Don nie.

    ReplyDelete
  5. :) saya pun suka ni...hehehe

    ReplyDelete
  6. mmg ustaz don tu tgk muka pun sejuk jek...penyampaian dia pun segar jek

    ReplyDelete
  7. nk jd mcm beliau jugak.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. salah satu yang best pasal ustaz don ni dia selalu nasihat kat kita apa yang ayah dia pernah nasihat kat dia..heheh

    ReplyDelete
  9. kt astro ye kak.. kiter x der astro la.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya x semestinye astro...channel hijrah ni sama cam channel tv x bbyr yg lain...cuba cari..

      Delete
  10. semoga lebih ramai ustaz muda mcm ustaz Don ni...

    ReplyDelete
  11. niat belajar kena betul. kena setting balik semuanya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...