30.7.12

Kejap je masa berlalu kan..

Diam tak diam, dah 10 Ramadhan dah. Macam tak percaya je, serius aku tak percaya. Kejapnya masa berlalu. Hujung minggu ni dah masuk 2 minggu kita puasa. Ermm, minggu depan dah dapat bonus, erk, hehe.

Persiapan raya pun biasa-biasa je, mana nak fikir pasal rumah lagi, huhu. Aku pun baru je oder biskut raya dua hari lepas, nasib baik sempat lagi, tapi oder pun dua jenis je, al maklumlah semua pun bukan pemakan biskut raya. Seperti tahun-tahun sudah, kerepek je akan dilebihkan. Rambang mata sebenarnya nak beli kerepek ni. Dah nama pun dok parit raja kan, so memang rambang mata la nak cari kerepek yang sedap. On the list, kerepek pisang dah tentu wajib ada. Biarpun harganya mahal, tapi kalau dah jadi kesukaan, harga bukan jadi masalah..

Setelah berhari-hari masak di bulan puasa ni, ingat hari ni nak off day masak la. Badan ni letih yang amat sangat. Rasa macam dah cukup rehat tapi still rasa penat..Tapi masih tak tau lagi apa yang nak dibeli petang ni. Nengok dulu la. Sekarang aku cakap takmo masak, kang tetiba aku teringin nak masak pulak, so nengok la nanti yea..

Orait, aku nak buat kerja dulu, dah nama makan gaji, berderet ni kerja menanti...:)


11 comments:

  1. kak, beli la kerepek kt pt.sulong tu.. sedap!!

    ReplyDelete
  2. Kakak dari mula dah malas masak Huda (jgn ikut tau hihi...)
    Kuih pun kakak ingat nak beli aje di Azhar Foods di Rengit tu.

    ReplyDelete
  3. mmg cepat je rasa dah masuk 10 ramadan.. tinggal 20 hari lagi kan.. saya pun same je la kak kuih raya tunjuk2 je senang hhehe.. nak buat malas.. lagi2 tengah peknen ni.. selamat bekerja kak huda :))

    ReplyDelete
  4. Sy try bakar biskut sendiri thn ni. Heeee~ Tatau le jadik ke tak...

    ReplyDelete
  5. huda...
    mmg ramai kawan2 syer dibulan puasa menghadapi masalah kesihatan.. ayu mendoakan Huda, cepat sembuh.

    PS: ayu buat kek dan biskut, tapi tak banyak, hanya 2 jenis sahaja

    ReplyDelete
  6. salam huda,

    kak ati pun hari2 masak ...buka dan sahur ..letih

    hari ini dapat peluang berbuka di luar itu pun
    sebab...hari istimewa...hihi

    ReplyDelete
  7. sama la kak feveret kepek pisang nak2 pisang tanduk.. kepek2 lain selalunya sy borong kt azhar rengit tuh.. murah pun murah.. :)

    ReplyDelete
  8. saya ni hari2 malas masak..
    kerepek pisang memang wajib ada la time raya..
    biskut2 tu jamu mata je..
    tapi kat tekak rasanya lebih kurang sama je semua..
    sebab tu kerepek2 lebih menjadi pilihan,.

    ReplyDelete
  9. saya masak ikt mood.. sejak minggu lepas byk ari juga suami yg tlg masak..biar simple, asalkan ada makanan sudah, balik kerja dh penat, tk larat lg nk ke bazar yg penuh org..

    ReplyDelete
  10. puasa kali ni dah byk kali izan skip masak tau huda. malas rasanya nak berlama2an kat dapur tu. mujurlah en hubby tu okay aje layan kerenah bini dia ni... hehehe

    kerepek pisang mmg wajib ada kan! kitorg pun selalu je pegi pt raja kalau nak borong kerepek2...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...