20.7.12

Ramadhan kembali lagi

Insyaallah esok, semua umat Islam di Malaysia akan berpuasa. Di kesempatan ini aku nak ambil kesempatan ucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua kawan-kawan yang baca blog ini.

Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan Tuhan jua dalam bulan Ramadhan ini. Sebelum tu sekiranya ada antara kawan-kawan yang baca blog ni terasa hati ke, atau ada apa-apa yang ditulis secara tak langsung mengguris perasaan, mohon maaf yea..

Sama-samalah kita mengambil keberkatan di bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan segala amal ibadat dan keimanan kepada Tuhan..AMIN.

Takde apa yang aku minta melainkan Tuhan berikan kesihatan yang baik pada mak aku (especially) dan ahli keluarga yang lain supaya dapat melalui bulan Ramadhan ni seperti tahun-tahun yang sudah. Sepanjang puasa kali ni mak, abah dan 2 adik aku akan berada di Kesang Muar berpuasa bersama nenek, insyaallah aku dan keluarga akan datang melawat diaorang hujung minggu je. Minta semuanya ok-ok saja..:)

Kalau memasak untuk berbuka tu, share di blog ok..




9 comments:

  1. Assalamu'alaikum Huda.

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa ya. :)

    ReplyDelete
  2. Sy ambil kesempatan ini utk mengucapkan Salam Ramadhan buat Huda sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan manfaat.

    ReplyDelete
  3. he he he...bab makanan bulan pose ni memang banyak sangat pilihan...harap kita jangan berlebih-lebihan dengan makanan..

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan huda, selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa utk Huda sekeluarga....

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut ramadhan....
    moga ia beri keinsafan buat diri kita semua......

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa..
    mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa..ye..:)

    ReplyDelete
  8. Selamat berpuasa juga kak nurul..
    mudah-mudahan kita dapat puasa dengan seronok-seronok dan sihat...

    minta maaf ye kak kalau ada zakiah menyusahkan dan mengecilkan hati akak..

    ReplyDelete
  9. selamat berpuasa jugak utk akak sekeluarga.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...