28.6.12

Beg sekolah berat

Hari-hari hantar Zarif ke sekolah, aku perasan something. Perasan yang budak-budak sekolah rendah ni kalau bawak beg sekolah berat semacam je. Dahlah diaorang ni comel-comel belaka, rendah lagi (means yang darjah satu la kan) lepas tu bila bawak beg sekolah melurut jatuh..Kalau yang budak perempuan kecik lagilah kesian, kadang aku nengok ada mak yang tolong bawakkan beg sekolah diaorang..

TAPI, kalau budak yang sekolah menengah pulak bawak beg serupa macam takde isi, ringan semacam je beg diaorang (ni mrhubby pun bagi pandangan yang serupa -sebab dia mengajar sekolah menengah kan).

Yelah kesian kan kat budak-budak kecik tu yang bawak beg berat-berat. Aku yang tolong isi buku kat beg sekolah Zarif pun rasa macam kesian, padahal dah ikut jadual sekolah tapi still berat jugak. Mujur je Zarif ni badan besar, tapi kadang dia mengeluh jugak beg berat..Dan sebenarnya beg sekolah yang kitaorang belikan tu dah koyak rabak pun, masa beli tauke kedai tu kata, beg ni tahan la apa la, hmmm apa cerita? Nasib ada beg sekolah yang lain, entah berapa lama lagi tahan aku tak tau la..

Anak korang macamana? Berat tak beg sekolah diaorang?

12 comments:

  1. Budak sekolah rendah ni baik-baik semua, mesti nak bawa semua buku ke sekolah. Lagipun diorang tak belajar byk subjek, jadi hampir semua buku kena bawa. sek men lak, lebih subjek n kdg2 kena jdual murid kena bw skit je buku.Tapi takla sampai beg nampak nipis, yg nipis tu budak yg malas ataupun tak kisah kena marah dgn cgu...

    ReplyDelete
  2. Betul Huda kakak pun perasan. Tapi Huda kena jadualkan anak. Sebab contohnya buku math ada 2 teks dan 2 activiti. So kalau macam anak kakak sekarang yg jilid 1 dah tak payah bawa (dah habis belajar) just bawa yg jilid 2. Dulu bawa jilid 1 aje. Tapi ramai yg bawa semua contohnya science text jilid 1&2, activiti jilid 1&2, itu yg jadi 4 tak masuk buku tulis lagi. Bila besar sikit lama-lama dia tahu...

    Kesian melihat anak-anak pikul beg lebih 10 kilo agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, saya tau ada buku tu ada 2 jilid, saya asingkan kak, mana dah tak guna saya tak bawak..

      Delete
  3. akak baru belikan beg baru untuk Alia semalam sbb beg dia dah koyak. Apa punca tu? Berat sangatlah kan....huhu

    ReplyDelete
  4. anak buah sy pun sm kak.. kemain byk buku dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah!! aku suka sgt dgn n3 ko ni...
      aku pun setuju kata beg budak2 darjah satu ni berat melampau..padahal aku dah susun ikut jadual dah, tetap berat jugak...

      patutnya cikgu2 kena tgk balik lah jadual dorang ni..kesian tau kat budak2 ni...takut lama2 kang boleh bongkok dibuatnya...

      Delete
  5. berat mungkin tak tengok jadual dengan betul...
    anak yang besar ok lagi cian anak yang baru masuk tahun 1...kita tengok check juga

    ReplyDelete
  6. alamak.. anak blm sekolah lg la kak...

    ReplyDelete
  7. Sy teringat adik sy ms sekolah rendah dulu. Die kck tp kene usung beg berat. Kesian tgk die. Yg lelain pun mcm tu. Cinonet tp beg, mak aih. Gaban!

    ReplyDelete
  8. betulla..sampai senget bahu..ada yg beg sama besar dgn tuan

    ReplyDelete
  9. Betul. Budak sekolah rendah, beg berat ya amat.
    Budak sekolah menengah, beg anak saya, lebih ringan dari handbag saya!

    ReplyDelete
  10. Memang kesian tengok budak-budak kecik comel tu kena pikul beg yang orang dewasa pun terasa berat. Kalau di rumah, memang saya tolong bawa ke bawah. Bila lah keadaan ni nak berubah .....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...