26.6.12

Bila ambil report card Zarif

Ok, nak cerita pasal hari ambil report card di sekolah Zarif Jumaat lepas. Sebenarnya sekolah rendah mana ada ambil report card memandangkan budak darjah satu kan dah guna sistem yang dikenali sebagai SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah). So, jumpa cikgu sekolah pun just berbual-bual tentang anak, kalau nak tau pasal rekod pelajaran dia, tunggu akhir tahun baru tau rekod pelajaran dia.

Senang kata komen dari cikgu sekolah rendah yang positif saja..Nak cakap lebih pun susah jugak sebab tak tau progress subjek yang lain, tapi harapnya biarlah bagus kan.

Petangnya pulak ke sekolah agama. Kesimpulan yang aku boleh buat- Zarif ni kepoh dan banyak cakap kat kelas..Yang aku tak tahan tu bila cikgu kelas dia cakap, "Saya ni garang, tapi Zarif ni berani dengan saya, kalau dia tak datang, saya rasa sunyi kat kelas ni.." Boleh gitu?

Anak la anak..Keputusan sekolah agama dia dapat no. 6 dengan subjek Sirah dia yang tak lulus tu kan..Harap lepas ni boleh buat dengan lebih baik lagi la. Aku memang tak pandang nombor ni semua tapi aku lebih pandang markah yang dia dapat tu..

Yang aku geram kat Zarif ni, patutnya masa kita jumpa cikgu tu kan, kalau boleh biarlah dia duduk sebelah kita dengar sekali apa yang cikgu cakap, ni dia takde pun. Dia lebih herankan makanan kebab yang dijual kat sekolah agama tu..Dia punyalah susah hati kalau gerai kebab tu tutup, sabar je kan..Mana-mana pergi asik fikir makan je laa..




6 comments:

  1. Nampaknya ibu Zarif kenalah belajar buat kebab. :)

    ReplyDelete
  2. biasalah tu anak2 kan kak.. lg2 yg suka mkn tu mmg makanan ajelah yg dia ingat.. tp mmgberani kan zarif ni.. kalau Queen la cikgu garang confirm takut dah.. hehehe

    ReplyDelete
  3. hehehe... zarif byk ckp, mcm akak kot..

    ReplyDelete
  4. sekolah anak2 akak ni dia ada buat dua2 sistem huda. Ada fail besar tu untuk kita tgk perkembangann anak, pas tu ada juga dia beri nombor berdasarkan markah periksa kertas setengah tahun saja. Yang2 sistem ikut band tu dia terangkan juga. Cikgu pun kata, mak bapak ada yg tak puashati bila takde nombor, tulah dia buat juga dua2....


    Untuk Aqil takdelah, tp untuk Alia dan budak darjah 1 dia buat dua2 tu. Hmmm.....bagus yang mana pun entahlah ekk, tp puashat jugalah dapat tgk peratus peperiksaan dia dan ada nombor...:)

    ReplyDelete
  5. hehehehe..comel je dia...belum tau lagi makna serius tu apa tu yang macam tu kot...

    ReplyDelete
  6. zarif ni msti jnis y happy go lucky kan.. xpelah.. lps ni pasti akan buat lebih terbaik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...