11.6.12

Kelam Kabut

First day naik sekolah, so far so good apatah lagi malam tadi pertama kali tido di rumah baru..Lena betul tido macam takmo bangun je, :)

Dan pagi ni tengah bersiap-siap, hujan rahmat turun, nasib dah naik sekolah kalau tak, confirm sambung tido balik..Seawal pagi aku dah bangun sebab nak sahur, insyaallah kalau takde halangan aku puasa hari ni. Dari malam tadi aku masak makaroni baked cheese, so itulah jadi santapan sahur aku tadi, alhamdulillah dan itu jugalah yang jadi bekalan Zarif dan Zara ke sekolah hari ni.

Sebenarnya pagi ni agak seram jugak nak kejutkan dan hantar Zara ke sekolah sebab sepanjang cuti sekolah hari tu dia tak pergi taska..Biasanya dia akan berdrama takmo ke taska, macam-macam alasan la dia bagi, lagi-lagi haritu dok rumah mak aku kan. La ni memang takde alasan lagi, kejut dia terus masuk dalam kereta. Dia menangis jugak, tapi nangis tak memberontak la, sebab dah berhari-hari aku psiko yang dia kena pergi taska.

Jadik apa yang kelam kabutnya? Kelam kabut pasal nak buat Hari Keluarga ofis ni..Adoi, lecehla, ni lah masalahnya kalau deal dengan sales yang lemau kat tempat XXX tu. Bayangkan, nak buat Hari Keluarga kat tempat XXX (sapa yang baca entry aku sebelum ni taulah kat mana tempatnya tu kan) sepatutnya Ahad ni, tapi Jumaat lepas baru dapat tau beberapa perkara/masalah yang akan timbul. Seriously ni bukan masalah kitaorang tapi dari tempat XXX tu la. So pagi ni member aku dah ke tempat lain untuk deal pertukaran tempat, bayangkan 6-7 hari lagi sebelum majlis, dah nak kena tukar tempat lain, aihhh stress aku tau..

Hopefully semuanya akan ok, kalau boleh aku nak lari dari semua masalah ni, tapi lari jauh mana pun, masalah tetap takkan settle, so redah jelah..Korang doakan yang terbaik untuk aku n team yea..




10 comments:

  1. Adoi! Chill ok. Klu deal dgn org yg mcm nak tak nak bt keje ni, mmg leceh. Tp nak bt mcm ne. Sabar jelah.

    Wow! macaroni cheese bakar? Yummeh!

    ReplyDelete
  2. dan bermulalah jalan jem

    jem kah kat situ ..huda?

    ReplyDelete
  3. biasa la hari pertama... mslhnya cikgunya ni pun liat/ kelam kabut di pagi hari pertama sekolah..hehe

    ReplyDelete
  4. memang kelam kabut sikit mana anak naik sekolah balik, kerja opis....harap semua ok dan berjalan lancar....

    ReplyDelete
  5. lorr tukar tempat ke huda....huhuhu

    ReplyDelete
  6. Semoga semua urusan akan dapat diselesaikan juga dengan sempurna. :)

    ReplyDelete
  7. semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah... chaiyok2...

    ReplyDelete
  8. Itulah Huda... maslah anak-anak setel masalah tempat kerja pulak... ada je yg nak menguji kesabaran...

    ReplyDelete
  9. huuhu sabar ye huda ..
    semoga dipermudahkan ;)

    ReplyDelete
  10. huda......

    sorry sangat2 sbb dh lama tak singgah blog kamu

    moga kamu baik2 sahaja

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...