27.6.12

Dahsyatnya ke doa ibu?


"Ibu, betul ke dahsyat doa ibu ni?" tanya Zarif petang semalam
"Memang dahsyat sangat, Yip.." terangku tanpa panjang lebar. Nanti-nanti aku akan ceritakan lagi pada dia..


Ibu,
Doanya adalah penawar
juga racun berbisa
Ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar
masa depan yang gemilang
buat anak tercinta,
juga dapat menghancurkan 
masa depan si anak derhaka


Pastinya semua ibu akan mendoakan yang baik-baik untuk anak mereka kan..Dan aku sentiasa berusaha dan belajar untuk menjadi ibu yang baik meskipun tahu diri ni banyak kekurangan..


13 comments:

  1. Seorang ibu yang baik akan sentiasa mendoakan yang baik2 sahaja buat anak2nya. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. seorang ibu juga kena jaga kata-kata dan setiap apa yang terdetik di hatinya...sedih sebab pernah jumpa ibu yang senang marah anak bodoh tuli, pekak.

    mudah mudahan kita jadi ibu yang sabar dan solehah....

    ReplyDelete
  3. Sebaiknya jgn doa yg tak baik buat anak-anak. Sebab itu kalau marah kena beringat kerana ucapan kita bagaikan satu doa...

    ReplyDelete
  4. macam best je buku tu ya huda...

    kata-kata tu satu doa, terutama dari seorang ibu kan. Adakala takut juga kita tak sedar berkata yg tidak2 untuk anak2 kita, semoga kita dapat menjadi ibu yang baik kepada anak2 kita sentiasa....aminnn.

    ReplyDelete
  5. pnah terbaca kat umah sape tah...

    mmg kan..kita sbagai ibu..doalah yg baik2 ngan anak..bercakaplah perkara yg baik juga kat anak2...insyallah Allah berkati :)

    ReplyDelete
  6. Kata2 ibu juga bagaikan doa. Sy rs, tak rugi dgr ckp ibu. Kan?

    ReplyDelete
  7. betul tu.mcm mana anak nya sekali pon.pasti akan di doakan baik baik oleh ibu kan.

    ReplyDelete
  8. ada ke ibu mendoakan yg tak baik utk anak2nya? mungkin ada kan.. tp biarlah kita sbg ibu doakan yg terbaik utk anak2.. :)

    ReplyDelete
  9. doa ibu mustajab...selalu mendoakan yang terbaik buat anak-anak..

    ReplyDelete
  10. apabila ibu sudah tiada nanti, maka akan hilanglah satu nikmat yang di beri oleh Allah iaitu keberkatan doa oleh seorang ibu kepada anaknya. hargailah ibu & beri sepenuh kasih sayang kepada mereka ketika masih hidup.

    ReplyDelete
  11. sama la kiter kak.. sedang berusaha jugak.. x mudah rupanya menjadi seorang ibu kan.. :)

    ReplyDelete
  12. doa ibu memang mudah termakbul...

    p/s: kak mia tag huda ya... http://www.mialiana.com/2012/06/award-terjah-maklady-of-month.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...