30.6.12

Dia yang ku suka dulu kala..


Sempena musim Euro ni, muka kat atas ni memang sangat familiar la di kaca tv anda, terutama bagi yang nengok chanel sukan la. Of course aku pun salah sorang die hard fan dia dulu kala..Sangat minat okeh, tahap bila dapat poster dia memang lekat kat dinding, tatap sebelum tido, hehe.

Yea, itulah Abbas Saad, bekas pemain import pasukan Johor tahun 1991..Pasukan bola sepak Johor time tu memang hebat, sampai menjulang Piala Malaysia, kalau tak silap la kan..Aku ingat sebab aku minat dia time tu, bukan ada Abbas Saad je, tapi ada Alistair Edwards dan Ervin Boban.

Ha, nilah skuad Johor yang terer dulu, dalam bulatan tu la Abbas Saad yang ku gila-gilakan tu..

Tetiba aku  tercerita pasal bola sepak la pulak kan dalam blog ni..Kalau pasal team Euro yang bakal berentap final nanti antara Itali dan Spain, aku nak sokong Itali, jangan tanya aku kenapa Itali sebab aku takde jawapan untuk itu. Siapa menang pun, ada aku kisah ke? Hehehe..


~ Happy Weekend ~







2 comments:

  1. eh eh..betulla..abbas saad..sy pun minat kt dia dulu..tp mana dia skrg ye.

    ReplyDelete
  2. ekekek aah lahh abass saad ..
    same name suami akk huhuh
    agak2nya dia apa khabar skrg kan ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...