20.6.12

Buku rekod


Sebenarnya masa cuti sekolah hari tu Zarif dok bagi aku buku ni, dia cakap cikgu suruh isi. Tapi aku ni kan buat endah tak endah je, ingat buku apa..Sampailah dia naik sekolah last week barulah aku bukak buku ni dan barulah tau isi kandungannya. 

Tak pastilah kalau kat negeri lain ada buku ni ke tak, yang pasti semua sekolah agama di negeri Johor memang ada buku ni kan? Senang kata macam rekod tentang solat, bacaan surah dan segala amalan-amalan yang dilakukan waktu cuti sekolah, kalau tak silap la..Aku pun tak nengok sampai habis. Tapi yang aku kena isi hari tu bab solat Zarif sepanjang waktu cuti sekolah. Setiap waktu solat tau, tak boleh tipu-tipu. Kat buku tu dah tulis ibu bapa kena telus, so takmo tipu-tipu.

Memang mencabar sebenarnya nak isi benda ni. Yelah kan, kita tau perangai anak kita sendiri, so macam malu je nak tulis segala komen kat situ. Tapi ada baiknya jugak buku ni, sekarang aku lebih alert dengan segala tingkah laku dan amalan Zarif terutama bab solat..

Lagi mencabar nak tulis kat bahagian komen. Boleh je kalau nak tulis rumi, tapi aku segan la, dok johor takkan la tak reti tulis jawi ye tak? So hari tu aku tulis dalam tulisan jawi tapi buruknya tulisan aku, serius..Ni yang nak buat latihan tulisan jawi semula bagi cantik, hehe..





















13 comments:

  1. bagus sbnrnya buku ihya' ni... boleh pantau semua aktvt anak2 esp solat, hafalan, bacaan quran masa cuti skolah. cuma tu lah... johor je yg buat camni, kalau negeri lain mmg takde rasanya...

    ReplyDelete
  2. Segan ke klu tak pndai tulis jawi? Jgn segan. Org sane pun mst fhm kan?

    Org Johor tatau tulis Jawi, memalukan? Tapi lagi malu bile kerajaan sana tak terapkan bahasa Jawi utk umum mcm di pantai Timur, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya boleh je kalau tulis rumi tapi memikirkan diri saya sendiri yang sekolah agama dan lama tak terapkan penulisan jawi ni terasa segan pada diri sendiri, lagi pulak bila kawan2 yang ada buku ni semua tulis jawi lagi la rasa segan..So nak tak nak memang kena tulis jugak la...

      Delete
  3. saya pun dah lama tak menulis jawi...

    ReplyDelete
  4. mmg bagus buku ni, tp tulah kadang akak rasa mereka bersemangat tak tinggal solat sbb nak buku rekod nampak cantik, bukan sb kerana Allah....huhu. Tapi untuk mengajar nak mempraktikkan, bagus, moga mereka lama2 faham tanggungjawab dan kewajipan bersolat yg sebenar.

    ReplyDelete
  5. mmg bagus sgt buku.. salah satunya bagus juga utk anak2 kita.. kalau anak2 x solat atau mengaji of coz nnt org tahu so kalau dia x mahu malu confirm dia buat.. biar mula2 dia buat krn terpaksa nnt dah lama2 ia akan menjadi rutinkan... errr sya lglah lama x tulis jawi.. tp alhamdulillah masih boleh membaca jawi.. :)

    ReplyDelete
  6. huda kat sekolah syahmi dia akan ingatkan ibu bapa...dia akan tulis dan tandakan apa yg perlu diisi klu cuti sekolah..so budak2 mmg kena alert..

    kita mmg tulis jawi nk mahirkan jawi tapi ada gak yg susah bantai rumi jek hahahaha

    ReplyDelete
  7. kita pulak memang tak reti tapi tulah kita tulis jawi refer kan ejawi.net, hehehe..siap tukar dari rumi ke jawi sebab ejaan jawi sekarang kan dah lain kan..

    ReplyDelete
  8. memang bukan senang nak tulis jawi ni.. mak dara kalau tulis kadang kadang mak dara sendiri pun tak faham tulisan mak tu hehe

    ReplyDelete
  9. dl ms sy skolah xde pun buku ni..

    ReplyDelete
  10. Sekolah agama tempat kita memang ada buku al-ahya' ini Huda. Sebab nak catat sejauh mana anak kita solat, baca quran. hafaz doa ketika cuti sekolah. Itulah kalau budak perempuan Huda kemana bercuti dia nak bawa quran sebab nak catat kat buku rekod...

    ReplyDelete
  11. ayu akan alami lagi 2tahun bila umai sekolah agama..

    namun, pengkkongsian dr huda.. buatkan ayu rasa terharu, sbb huda bkongsi.. sekurangnya.. ayu dah tahu apa y bakal blaku bila umai sekolah agama nanti

    ReplyDelete
  12. bagus jugak ni. boleh ajar anak walaupun terpaksa. paksa2 lama2 insyaAllah akan jadi kebiasaaan. dai dah besar mesti dia faham kenapa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...