31.1.13

Happy 8th Birthday Muhammad Zarif

Diam tak diam kejap je kan masa berlalu dan sekarang dah 8 tahun. Sikit hari lagi dia lebih tinggi dari aku. Dan sikit hari lagi dia boleh jadik bodyguard aku jugak. Sikit hari lagi mungkin orang akan ingat aku kakak pada dia (haha, takmo kalah ok).

Kalau ibu marah-marah tu tandanya ibu sayang dan ibu amik berat pasal Zarif tau. Mana ada ibu yang tak sayang anak. Logiklah dah nama pun budak laki takkan nak expect dia dok diam je kan, mestilah lasak dan kalau tak kena marah sehari memang tak sah..:)

Ibu doakan supaya Zarif diberikan kesihatan yang baik, terus aktif, dengar nasihat ibu abah, rajin solat dan saling hormat menghormati orang lain..

Hari ni takde buat apa kot sebab plan nak buat majlis kecik hari Sabtu ni. Cuma malam tadi dia request nak kek batik, ala senang je tu..:) Nanti petang ibu buatkan ok..


30.1.13

Wordless Wednesday...


Kata mrhubby ni namanya Khat Khufi. Alang-alang ke KL haritu mrhubby singgah di Gajirkaligrafi di Seksyen 7 Bangi. Sebenarnya nak beli khat yang lain tapi harganya di luar kemampuan kami. Yang ini pun dah memadai. Orang seni ni matanya lain sikit..:)

Ini surah Al-Ikhlas yea..Bagi yang minat khat dan ada kemampuan tu mungkin berminat dengan hasil karya dari Gajirkaligrafi ni...Boleh check di Gajirkaligrafi atau di facebook Nur Gajirkaligrafi.

Hasil karyanya memang awesome!!

Dinner di Kedai Makan Upin Ipin

Wah korang, aku takdelah amik gambar masa shopping kat IKEA tu tapi nanti aku amik gaklah gambar apa yang dibeli setelah barangnya siap dipasang oleh mrhubby ok..

Ni ha nak letak gambar masa kitaorang makan malam kat Kedai Makan Upin Ipin kat  Seksyen 7 Shah Alam Sabtu lepas. Asalnya nak makan kat kedai lain, tapi bila budak-budak ni nampak Upin Ipin, memang selamat laaa..Aku dah fikir apa la nak makan kat kedai ni, kot ada ayam goreng je ke kan? Tapi sangkaan meleset, jom nengok gambar...

 Ni buku menunya

Besar gambar Upin Ipin kat belakang tu

 Zarif dan Abah

Ni favourite Zara - ayam goreng

 Nasi ayam untuk Zarif

 Mi goreng mamak untuk mrhubby

 Mihun soto untuk aku

Ni la kedainya - gambar kurang clear

Dah masuk sini bukan boleh keluar tangan kosong kena pulak beli something untuk diaorang, ikutkan jelah (duit abah dia boleh laa..hehe)

 Zarif punya

 Zara punya

Kesimpulannya oklah makan kat sini, sesekali nak treat anak-anak bolehlah tapi bukan selalu sebab harga boleh tahan la jugak.Mujur takde restoran ni kat Parit Raja, hehe...







29.1.13

Jom mewarna..

 Mewarna sambil dipantau abah

 Hasil Zara tapi ada part yang di edit oleh mrhubby


Buat sendiri tapi punyalah lambat dia nak habiskan mewarna ni

100% hasil kerja Zarif tapi mrhubby kata kasar cara warnanya

Tapi ni salah satu cara latihan mewarna yang bagus dari kecik. Dapat benda alah ni semua senyap dok ralit mewarna kat hotel. Aku sokmo rehat atas katil je, hehe. Well taulah kan aku tak suka benda kaler-kaler ni (lagilah yang guna water color) nasiblah kawin dengan cikgu seni, hehe.

Intro dulu..

Salam pagi Selasa untuk semua. Sekian lama tak update dah mula rasa rindu, hehe. 

Ni intro je dulu ye memandangkan ada gambar-gambar yang nak di upload ke blog ni belum di transfer kan lagi. Korang ke mana cuti yang lepas?

Dari Jumaat hingga Ahad aku ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi yang perlu diselesaikan. So selesai segalanya rasa syukur sangat. Alang-alang dah ke KL tu pastilah aku ke IKEA..Ada beli barang sikit untuk dekorasi rumah.

Ke mana-mana pun waktu cuti hari tu memang ramai je orang terutama kat shopping complex la..Maklum jelah kan dah gaji dan bonus. Untuk CNY nanti rasanya memang takde ke mana kot, nak rileks je kat rumah...(haraplah takde sebarang plan).

Semalam pulak ada final discussion pasal nak buat kitchen kabinet. Sian aku, dah pindah rumah nak dekat setahun baru nak buat kitchen kabinet. So gitu gini uruskan macam-macam dah lewat petang. Rasanya dari semalam sampailah hari ni, masa cepat sangat berlalu..Walaupun cuti tapi still masih banyak kerja.

 Orait tadi kata intro je kan..:)


23.1.13

Ringkasan cerita aku

Cerita 1: 
Hari ni hari $$$$, hehehe..


Cerita 2: 
JDT menang 3-1 semalam, walaupun takde live kat tv tapi happy sangat nak-nak si Safee tu ada jaringkan gol, yeayyyy!


Cerita 3:
Malam tadi aku mimpi Shahz Jaszle, ni gara-gara nengok drama Cinta Qaseh (TV3) dengan Sehangat Asmara (134), para pelakon semua hampir sama..Senang sangat le aku ni nak mimpi sejak-sejak pregnant ni..


Cerita 4:
Esok cuti sempena Maulud Nabi, tambah seronok aku sambung lagi cuti hari Jumaat, yeeeehaaa..


Cerita 5:
Mrhubby MC hari ni sebab cabut gigi ngan kena jahit malam tadi, eeeeeuuuu ngilu ok..Sampai pagi ni satu badan dia bau ubat padahal yang kena cabut gigi jer..


Ok, cerita dah tamat..Nanti aku update lagi k..:)

22.1.13

Segalanya di hujung jari..

Semalam agak layu nak berblog memandangkan aku sibuk nengok segala barang baby secara online. Yeahh online ok, mentang esok dah gaji + bonus..

Memang syiok kalau shopping online ni tapi semalam aku survey je pun atau nama lainnya window shopping..:) Lepas 5 tahun mengandung ni memang teruja nak cari barang-barang baby. Checklist pun aku dah sediakan maklumlah kalau takde list memang payah. Ikutkan hati dan nafsu semua pun nak beli ye tak? Tapi semua bergantung pada bajet dan takdelah nak shopping semua barang. Infact ada je barang Zara 5 tahun lalu yang boleh digunakan semula..

Ok sebut pasal online ni, agak-agak korang pun suka shopping online ke? So far aku bukanlah tegar sangat shopping online ni tapi pernahlah buat. Dan setakat ni tak pernah kena tipu lagi dan barang-barang yang aku dapat pun semuanya ok-ok. Korang macamana?

Lagi satu bayar bil online..Jangan tak tau zaman sekarang pun ada jugak kawan-kawan aku yang lebih suka bayar secara manual (beratur kat pejabat pos dll). Well, bukan aku la kot. Aku sanggup buat akaun Maybank semata-mata nak bayar bil online. Yang pastinya lebih mudah :) Setakat ni proses pembayaran bil online aku pun ok je takde apa masalah pun.

Korang punya cerita pasal online? Tak kisahlah shopping online ke atau bayar bil online..Cer citer..




21.1.13

Ragam orang, biarlah...

Semalam ramai orang di sana sini. Ingat nak beli barang-barang dapur kat Carrefour tapi punyalah ramai orang langsung takde parking. Hmmm, wondering "sudah gajikah?"

So tukar plan, beli barang dapur kat pasaraya area rumah aku ni jer. Jarang sebenarnya kalau nak beli banyak-banyak kat sini. Most of the time memang aku ke Carrefour saja sebab hujung minggu memang balik rumah mak abah di bandar. Carrefour pulak memang belakang rumah mak je so memang takde hal la.

Jadinya malam tadi ke pasaraya **** dan belilah beberapa barang, banyak tak banyak tapi adalah dalam dua ke tiga plastik. So masa aku nak bayar kat cashier tu, ada la sorang hamba Allah kat belakang aku ni, bisik kat mak dia ke kakak dia ke macam ni,"Orang tu beli barang sikit je tapi harganya 100 lebih.."

Wah ingat aku tak dengar ke? Sebelah je kot, masa dia bisik tu aku baru nak hulur duit kat cashier. Aku senyum dan diam jelah. 100 lebih tu, 6 ringgit je pun lebihnya. Aku ni ada anak-anak nak sekolah tu pasal beli macam-macam. Nampak je macam sikit tapi harganya nengok la..

Tu pasal aku suka beli kat bandar macam kat Carrefour pasal orang tak busy body. Kadang kalau kat Carrefour tu ada orang beli harganya jauh lebih besar dari yang biasa aku beli tapi kita fahamlah kan beli untuk stok seminggu atau mungkin sebulan.

Hmm ragam orang memang macam-macam nak buat macamana...

 




18.1.13

Mood ke laut | Rezeki

Aku bukannya manusia sempurna yang pasti melakukan kesilapan samaada dengan sengaja ataupun tidak. Pastinya perkara yang dah berlaku biarkan berlalu..Hari-hari aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk diri dan pastinya untuk orang lain.

Mood merundum sikit hari ni. Cuba untuk fikir positif dan pandang ke depan. Selera nak makan pun takde. Tapi sedikit terubat dapat ini dari member ofis;

Dukong ke Langsat? | Terima Kasih atas rezeki..

17.1.13

Badan letih | Supplement

Semalam badan rasa letih sangat, tido pun awal tapi sebelum tu dah settle kan segala kerja-kerja rumah semua siap lipat baju lagi..

Jadi ibu yang bekerjaya ni bukan mudah, balik rumah bukannya boleh lepak rehat macam tu je, sambung lagi buat kerja rumah non-stop sampailah settle segalanya. Mujurlah tempat kerja aku ni dekat (takdelah tekanan nak tempuh jam ke apa ke), mrhubby pun cikgu (balik awal) so adalah kelebihan kat situ. Dia pun boleh tolong-tolong buat kerja terutama bab gosok baju tu..

Kadang terfikir nak amik maid. Tapi bukanlah nak amik maid yang dok kat rumah ni. Rumah aku pun kecik, takdelah banyak mana pun kerja yang maid boleh buat. Cuma terfikir bila dah ada anak 3 nanti nak amik weekend maid..Ala setakat buat kerja biasa-biasa je, datang rumah sekali dalam seminggu (hujung minggu la) dalam 3 jam ok kot. Tolong-tolong yang perlu je. Ok kan?

Kepuasan bila kita boleh buat semua kerja sendiri tapi tulah kadang kena fikirkan kemampuan diri. Umur pun bukan makin muda, kerja lagi. Mak aku kata bila dah berumur 30-an ke atas ni kena amik supplement untuk tambah tenaga..Yelah memang betul pun, tapi aku ni memang liat sikit nak makan, bukan tak suka tapi malas. Tapi tulah tak boleh malas-malas sebab supplement tu penting dan perlu sangat untuk diri kita. Korang makan supplement apa? Cuba share..

Setiap hari aku cuba agihkan masa yang ada untuk semua orang walaupun adakala rasa tak mampu. Thanks untuk mrhubby, Zarif dan Zara sebab memudahkan tugasan di rumah setiap hari, hehe.

Aku mengaku yang aku cerewet, semua benda nak nampak kemas dan rapi, mujurlah mereka yang kat rumah ni faham dan boleh ikut rentak aku walaupun sukar pada mulanya, hehe..

Tiap -tiap malam Zara dah mula tido awal...

16.1.13

Kisah benar 'tagging' di facebook


Ini kisah benar kawan mrhubby..Boleh baca dan jadikan iktibar.



Dulu sya selalu marah2 bila org tagging2 saya...sampaikan saya buat setting,cuma sy jer yg blh nampak produk2 yg org tag pada saya....sampailah satu hari saya tergerak utk klik pd satu produk yg ditag pd saya.Ianya cumalah sejenis alat bantuan mengajar maths....saya pernah ternampak alat ni sblmnya tapi tak taulah,hari tu tergerak pulak hati saya nk klik kat gmbr alat tu...hati ni berkenan,saya komen n pm dgn penjualnya..dek kerana bz ...seminggu kemudian baru saya dpt amik brg tu...tu pun kerana tak sengaja lalu jalan ke rumah penjual tu...

Nak ke rumah penjual tu pun byk kali saya n hubby sesat smpi hubby pun dah dekat2 nk jadi hulk (he3)..
Bila sampai kat umah penjual tu,hati kecik saya tersentak...bukan saya berniat utk menghina keadaan rumah penjual tu,tp saya tetiba rasa sedih...rumah dia bersih,kemas,teratur..cuma keadaan sekeliling x brp selesa utk diri saya...penjualnya seorg wanita hamil,ada anak masih kecil2...ibu tunggal...masa saya pergi tu,dia baru balik dr hospital,kandungan dia dah cukup,dah kuar tanda tp hospital suh balik sbb katil penuh (lbh kurang gtulah)..bila saya tanya , pegi hospital naik apa? dia kata teksi...ya allah,masa tu saya rasa betapa beruntungnya saya dan anak2,saya masih ada suami yg hantar saya ke hospital masa saya tgh sarat nk bersalin,saya masih ada kereta yg boleh digunakan utk ulang alik ke ke klinik/hospital...anak2 saya sgt selesa,nk apa jer dapat...

Airmata saya dh nk bergenang tp saya tahan,ibu penjual tu pun ramah...saya cpt2 ambil barang yg saya beli (sblm saya jd Neng Yatimah kat situ) dan mintak diri...bila nk balik saya terpandang salah seorang anak penjual tu,tgh duduk kat kerusi..demam...alahai,lagilah saya sedih...
Bila masuk kereta,airmata saya dah bergenang2...ya allah,zalimnya saya selama hari ni tak izinkan org utk CEROBOH wall saya dgn produk2 yg dorang tag...

Sbb rupanya tak semua kita yg bisnes di FB ni sekadar suka2 atau nak cari duit lebih sikit...ada yg mmg jadikan FB ni sole income...pendapatan utama utk menyara anak2...

Saya mintak maaf pd semua yg saya dah marah2 sblm ni sbb tag pada saya...
Saya tak marah dah skrg,tp pleaseee...taglah produk2 yg berkualiti,tagging ni pun ada etikanya...and pesanan saya,jgnlah tagging pada rakan2 produk2 yg turut dijual oleh rakan2 anda tu juga...klu org tu jual basikal,jgnlah awak tag basikal yg awak jual kat wall org tu jugak yaaa.....
Selamat mentagging....


Wordless Wednesday...Lipstik


Aku lebih suka lipstik dari compact powder. Kalau tak pakai lipstik rasa macam lain. By the way jenama yang aku beli pun biasa-biasa je dan di dalam kemampuan. Takde yang mahal pun. Tapi kalau ada rezeki terlebih tak salah kalau nak beli yg mahal ye tak? Mostly warna lipstik aku ni lebih kurang je, macam kaler natural umpama macam "ni pakai lipstik ke tak?" Kalau mrhubby pulak cakap, "Baik takyah beli lipstik.." Hehehe...

Yang pasti aku memang tak boleh pakai lipstik jenama Avon. Sebab alergik dan bibir akan jadi bengkak tak tentu pasal. Nak buat macamana kan?

So korang??? Pakai lipstik tak? Eh kata wordless ni dah 3 perenggan dah...


Darul Takzim seri dengan Kelantan 1-1 malam tadi, okeh aku puas hati..:)


15.1.13

Lawatan ke rumah semasa mengandung

Ok..aku baru je terima call dari Klinik Kesihatan kat sini. Nurse tu cakap nak buat lawatan dan checkup aku kat rumah. So aku pun macam, "Eh, saya tak bersalin lagi la, kenapa nak datang ke rumah?"

"Memang kak, tapi ni prosedur sekarang..Kalau ibu mengandung pun kita akan buat lawatan ke rumah dan check keadaan ibu kat rumah..Akak bayangkan macam check kat klinik tapi kita buat kat rumah.."

Oh ye ke? Serius aku baru tau..Maklumlah mengandung Zara pun lima tahun yang lepas takdelah sampai check ke rumah..Nurse datang ke rumah pun lepas bersalin, ni masa pregnant nak datang rumah, kira oklah kan..Macam special treatment, hehe. Mau aku tak suka, mestilah suka..:)

So aku dah set appointment hari Khamis ni pukul 2.30 petang. Jadinya lewat sikit la aku masuk ke ofis. Eh kesihatan ibu mengandung lagi penting tau, hehe.

Korang-korang ada tak nurse datang check kat rumah masa mengandung ni? Cuba cerita sikit...




Mengidam nasi lemak pulak

Selamat pagi semua...Moga semua ceria dan positif pagi ni yea (wah bajet macam dj radio pulak kan, hehe).

Makan apa pagi ni? Disebabkan aku dah 2 minggu tak makan nasi lemak since dari semalam dah terbayang-bayang nasi lemak, makanya pagi ni aku bertungkus lumus la kat dapur (sebenarnya dari malam dah sediakan bahan-bahan so takdelah tungkus lumus mana pun).


Timun takde so ganti salad jelah. Homemade nasi lemak ni biasa-biasa je rasanya. Daun pandan pun takde janji ada rasa lemak-lemak pun oklah, hehe..Time pregnant ni memang aku kuat makan, lapar sokmo je. Kang dah makan nasi lemak, aku cari bahan kunyah lain pulak. Jemputlah semua yea..

 
Dan setiap pagi jugak aku akan mengadap muka budak yang takde perasaan ni. Almost everyday yea..Memula hangin gak tapi lama-lama lali dah. Memang setiap pagi dia buat perangai so hadap jelah. Memang aku tak layan so yang perlu layan adalah abahnya aka mrhubby, hehe..

Ok, nak makan nasi lemak dulu nanti aku jalan-jalan ke tempat korang yea...:)

 


14.1.13

Beguk ke?

Petang Sabtu lepas Zarif mengadu sakit kat area pipi kanan & kat bahagian tengkuk sikit. Aku nengok macam takde apa-apa je. Bila mrhubby check dia tanya kat aku, "Perasan tak macam bengkak sikit?" sambil tunjuk kat area yang bengkak tu.

Disebabkan Zarif ni 'comel dan gebu sangat' so aku tak perasan pun part yang bengkak tu sebab aku rasa sama je keadaannya bila normal, hehe.

Tapi aku dah tak sedap hati dan rasa kalau sakit bahagian tu macam kena beguk je kan..Tau apa tu beguk? Rujuk dan baca kat sini.

So petang tu jugak pergi jumpa doktor dan doktor bagi 3 jenis ubat. At least it takes 2 or 3 days nak sembuh. Tapi aku suruh Zarif makan ubat je. Korang nengoklah gambar ni (gambar diambil oleh Zara). Punyelah terseksa dia ni nak makan ubat macam nak suruh telan apa je. Makan ubatnya sikit je pun tapi kena sediakan sampai 2 gelas air, apa daaa...

Ingat hari ni kalau dia tak sihat nak suruh rehat kat rumah dan pegi klinik lagi tapi dari semalam dia aktif siap boleh berjalan-jalan, makan pun macam biasa (tak macam orang sakit) so sekolah la ye..:)

Aku cakap kat dia, "Ketua Darjah kena kuat, kalau sakit kena sihat cepat ok..Kalau sakit sapa nak jaga kelas?" Kira dia termakan la psiko aku tu sebab tu dia pergi sekolah, hehe.



Bila Siti Nurhaliza berimej baru

Hari ni terasa keletihan yang amat, lepas tu mata ni asyik mengantuk je, huhu. Monday kan, hehe. Ok sebenarnya nak update cerita lain tapi nanti dulu.

Jarang aku nak letak cerita artis kat blog aku tapi sebab dia, aku letak jugak..Yea, aku peminat Dato Siti Nurhaliza. Tegar tak tegar la minat dia tapi dari zaman anak dara sampai sekarang masih lagi setia..:) Happy Belated Birthday Siti pada 11 Januari lalu.

Yang menarik dan aku suka sangat bila Siti dah mula berimej baru sempena hari lahirnya yang lepas..Orang cantik pakai apa pun tetap cantik kan lagi lah bila dah berimej baru ni, alhamdulillah. Semoga terus berkekalan hingga ke akhirnya.
 
Cantik kan, pakai tudung ala Hana Tajima..:)
Sumber gambar : murai.com

12.1.13

B tu kan A, B, C.........

Satu malam antara Zara dan aku;

Zara : Ibu, kenapa abah panggil ibu B?

Aku : Kenapa?

Zara : Yelah kenapa B?

Aku : B tu dari perkataan baby, ibu pendekkan jadi B je..:)

Zara : Oh..(tapi still confuse tu) tapi kenapa?

Aku : Apa masalahnya?

Zara : B tu kan A, B, C.....

Hahaha..takpelah dia still tak faham, nak buat camana kan..Memang aku dah terbiasa bahasakan diri B as shortform to baby, haha..Never mind, budak-budak kan suka berfikir, baguslah kalau dia tanya macam tu, hehe.

11.1.13

Check up & Minum air gula

Kelmarin aku ada pregnancy checkup termasuk kena minum air gula. Well nowadays siapa-siapa yang pregnant memang kena minum air gula terutama bagi yang umurnya dah 30-an ke atas.

Pregnant anak ketiga ni lah first time aku minum air gula ni tau. Rasanya? Dah tentulah manis nama pun air gula. Satu gelas besar tu kena minum, berapa kali teguk baru habis. Konon macam nak sekali teguk je tapi serius tak boleh.

Ada seorang kakak dari Indonesia dia boleh minum sekali teguk je. Bila ditanya cepatnya dia minum, dia jawab, "Aku haus tu pasal minum sekali teguk je.." Waaaa..haus minum air gula ke? Oh no..Tapi dia memang hebat!

Ok bila check gula dalam darah masa puasa adalah 4.3mmol/L. Tapi lepas minum air gula dan rehat 2 jam bacaannya adalah 7.3mmol/L. Kira tinggi jugak tu tapi masih dalam kategori normal lagi sebab bila jumpa doktor dia tak cakap apa pun, hehe. So aku assume memang oklah kan. Lagi best bila Hb aku tinggi kali ni - 12.4.

Apapun aku kena jaga makan dan minum sepanjang mengandung ni, kalau boleh takmolah ada penyakit-penyakit lain. So far semua pun ok saja dan harapnya biarlah minum air gula ni sekali ni jelah, huhu.

Oh ye dr scan jugak hari tu. Dr kata perut besar, ermm. Mungkin jugak kot sebab aku rasa kali ni macam lebih cepat besar berbanding mengandung 2 orang sebelum ni. Alhamdulillah baby dalam keadaan baik dan jantung pun ok je.

Sekarang aku macam dah mengah dan cepat penat. So aku rasa kena la cari barang-barang baby secepat mungkin sebelum aku tak terdaya nak membeli. Selalu orang suka beli last minute kan tapi aku suka beli awal macam ni sebab kalau lambat-lambat aku dah malas nak berjalan. Yang over excited nak beli barang baby pastinya Zarif dan Zara..So bagilah diaorang peluang pilihkan barang-barang untuk bakal adiknya ni..:)


10.1.13

Fobia

Setiap pagi aku akan rasa fobia bila nak kejutkan Zara bangun dari tido. Boleh dikatakan setiap hari dia memang meragam. Kadang dia menangis, merengek, dan macam-macam karenah dia buat setiap pagi bila nak ke sekolah.

Memanglah aku admit dia manja, anak perempuan lagi kan. Tapi tulah pasal, bila dah terlebih manja ni lah padahnya. So aku tak boleh nak layan sangat kehendak dia. Mungkin Tuhan nak duga kesabaran aku waktu mengandung ni maka aku muhasabah diri untuk jadi lebih penyabar dan tabah melayan Zara. Mujurlah si abangnya Zarif sangat mudah serba serbinya.

Dari cara lembut sampailah cara yang paling tegas aku layan Zara. Kalau dia nangis sekalipun aku tetap tinggalkan dia kat tadika.  Sebenarnya dia memang takde masalah pun kat tadika ni sebab dia ada kawan baik dari taska yang sama-sama sekolah kat situ. Tapi tulah dia meragam waktu pagi je, kalau balik sekolah tu ok je.

Disebabkan rasa fobia tu, aku rasa lama sangat nak menunggu dari hari Isnin ke Jumaat. Kalau boleh macam "cepatlah hari Jumaat.." Dan kedatangan hari Sabtu dan Ahad pulak kalau boleh aku nak "pause" hari tu jangan bergerak cepat sangat ke Isnin, huhu.

Mungkin ni dugaan yang Tuhan nak bagi pada aku. Setakat ni aku masih bersabar, tapi kalau aku dah penat, aku serahkan kat mrhubby untuk settle kan semuanya. Mujurlah mrhubby ni penyabar..Haraplah dengan kedatangan baby nanti akan mematangkan Zara untuk jadi seorang kakak..:)





9.1.13

Mimpi Safee Sali

Gara-gara pasukan Darul Takzim kalah bolasepak malam tadi dengan pasukan Pahang, aku boleh termimpi.

Aku mimpi jumpa Safee Sali tau. Lepas tu aku tanya dia;

"Fandi Ahmad marah tak pasukan Darul Takzim kalah?"

Safee jawab, " Tak marah..biasalah game mesti ada kalah dan menang.."

"Ok lepas ni mesti buat baik-baik tau, takper hero mesti kalah dulu.."

Hahahaha..Tak agak-agak ok aku mimpi. Tapi not bad la game malam tadi, Pahang pun main best..:)

8.1.13

Bekalan hari ini

Maaflah jika korang hanya mampu nengok je, hehe. Nak buat macamana kan, nama pun mengandung so sentiasa rasa lapar. Jadi bekalan harus dibawa lebih untuk menampung perut ni.


Semua homemade kecuali buah jambu tulah..Nasi goreng sukahati (yang pasti perencah ada cili api, ikan bilis semestinya..). Yang bekas merah tu adalah murtabak krakers. Aku ikut resipi dari sini. Korang pun boleh cuba nanti.

Murtabak krakers tu aku dah buat dari malam tadi so mudahlah sikit. Pagi ni tinggal potong dan bawak bekal je. Nasi goreng tu dah tentu aku buat pagi ni cuma rencahnya aku dah sediakan dari malam. Aku bangun jam 4.50 pagi untuk sediakan semua ni padahal yang bawak bekal cuma aku dan Zarif je..:)

Penat memanglah penat tapi kepuasan lebih terasa kalau kita masak sendiri. Lebih lagi bila Zarif rela nak bawak bekal dari beli kat kantin, so aku kena lah kerah tenaga sikit demi anak tersayang..

7.1.13

Hari-hari....

Cuaca yang ala-ala panas dan redup petang ni buat aku mengantuk tambahan pulak takde apa yang boleh dikunyah-kunyah..:)

Oklah aku cuma nak tunjuk ubat yang aku kena makan setiap hari, kata ibu mengandung kan.


Folic Acid dah semestinya. Yang Iron Tablets ni memang aku kena makan jugak nak-nak lagi bila Hb dah rendah kan. Kalau tak silap masa dulu pil nya besar sikit tapi sekarang dah kecik sikit. Tapi oklah suka ke tak memang kena telan jugak, demi anak dalam perut ni kan.

Nurse bagitau nak makan Iron Tablets ni mesti 2 jam selepas sarapan atau 2 jam sebelum sarapan. Biasanya aku nak sarapan dulu lepas 2 jam baru makan pilnya. Reason makan 2 jam sebelum / selepas makan adalah nak memastikan badan kita dapat menyerap zat-zat besi tersebut.

Mujurlah aku ni jenis senang nak makan ubat so takde hal sangat cuma kadang-kadang malas je, hehe.

Bila terkena urat simpul

Salam pagi Isnin. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang AJL 27 malam tadi. Walaupun hakikatnya aku tak nengok keseluruhannya disebabkan dah tido awal, hehe.

Sejak semalam aku discover something pada diri aku since pregnant ni. Ermm, rasanya pregnant yang sebelum ini takde berlaku macam ni tapi beza dengan kali ni. Apa dia? Yup aku ada urat simpul atau nama lainnya Vena Varikos dekat kaki...Tau apa tu urat simpul?

Lebih kurang macam ni ler;

Sumber Google

Walaupun tak banyak sangat urat simpul tu tapi ia berlaku dia kedua-dua belakang kaki aku. Setakat ni takdelah sakit ke apa biasa je tapi rupanya memang tak cantik la kan..

Untuk dapatkan kepastian tentang urat simpul ni maka aku pun google;

Bayi anda yang sedang membesar, plasenta (uri) dan uterus (rahim) anda menekan salur darah pada bahagian pelvik anda. Ini termasuklah salur darah besar (vena kava inferior) pada bahagian kanan badan anda.

Salur darah utama ini terpaksa bekerja keras. Ia menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah dan kebanyakan organ dalam pelvik dan perut. Tekanan yang diterima oleh vena kava inferior membuatkan lebih sukar bagi darah dari kaki anda untuk pulang ke jantung.

Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak darah mengalir di seluruh badan anda ketika ini dan hormon progesteron pula merelakskan dinding salur-salur darah ini.

Kesemua ini membawa maksud salur darah pada kaki anda lebih berkemungkinan untuk membengkak. Urat simpul adalah biasa dalam kehamilan, tetapi ia akan beransur baik selepas anda bersalin.


Ok, bagi sesiapa yang mengandung dan mengalami keadaan urat simpul ni macam aku bolehlah terus membaca di http://www.babycenter.com.my/a1053034/urat-simpul-vena-varikos. Harap keadaan ini bersifat sementara jelah yea.

Sekarang pun aku dah mula ambil produk Salindah dan harap semua pun ok saja..:)


4.1.13

Adab Memilih Nama Anak

Mengetahui bahawa nama yang bakal diberikan kepada anak akan sentiasa memberi kesan kepada anak sepanjang hidupnya. Boleh jadi nama yang tidak sesuai dan tidak elok yang dinamakan itu akan menyebabkan si anak menghadapi pelbagai kesusahan, kurang senang dan tidak selesa dengan kehidupannya.


Menilai nama yang bakal dipilih dari pelbagai sudut seperti kesesuaian nama itu sendiri dan keelokan maksudnya serta mudah untuk disebut.


Memilih nama yang disepakati oleh kedua-dua suami dan isteri. Pada dasarnya, memberi nama anak ialah hak seorang ayah menurut syarak. Hal ini disebabkan bahawa nama anak tersebut akan dinisbahkan kepadanya. Namun demikian sangat digalakkan si ayah agar melibatkan sekali si ibu dalam urusan memilih nama anak.


Memilih nama yang baik maknanya menurut syarak dan bertepatan dengan sebutan yang betul dalam bahasa Arab. Maka adalah sewajarnya kepada ibu bapa agar meminta nasihat daripada seorang yang alim dan arif dalam ilmu agama dan Bahasa Arab sebelum memberikan nama kepada anak yang baru lahir.


Petikan dari : Majalah Al-Ustaz Isu No.09


3.1.13

Kerana telefon pintar

 Berita 1


Berita 2

Apa pandangan korang? Cuba bagi pendapat...Sumber berita dari Utusan Malaysia.

Cerita hari ke dua sekolah

Baru hari kedua sekolah, Zara buat perangai pagi tadi. Katanya mengantuk sambil buat muka dah nak nangis. Ikutkan hati aku ni memang cair dah..Tapi terpaksa keraskan hati, ni baru hari kedua belum sampai seminggu lagi. Setelah dikaunseling akhirnya dia ke sekolah juga. 

Zarif pulak dilantik sebagai ketua kelas untuk sekolah pagi. Katanya dia dilantik sebab muka yang garang..Huh, garang ke? Yeaa, Zarif memang garang menurun perangai aku tu kot, hehe. Tapi garang-garang pun dia baik tau, hati lembut cam mrhubby..:)

Korang dah sarapan? Aku buat sarapan sendiri je, jimat masa. Dah kenyang pun, alhamdulillah ~ Moga hari ni lebih baik dari semalam..




2.1.13

Cerita pagi 2 Januari 2013

Alhamdulillah hari ni segalanya berjalan seperti dirancang. Tuhan permudahkan segalanya. Yang pasti aku menangis bila hantar Zara ke tadika, huhu. Hantar anak perempuan dengan anak laki lain tau, yang pasti Zara ok je nasib dia tak nampak aku yang nangis ni..:)

Aku bangun seawal 5 pagi sebab nak prepare bekal untuk Zarif. Dia nak bawak nasi putih dengan telur tapi aku tambahkan sardin dengan ikan bilis sikit. Tu merangkap bekal aku sekali, hehe.

Zarif punya excited nak ke sekolah, pukul 6.30 pagi dia mintak hantar dengan cuaca gelap gelita, sabar jelah. Kitaorang keluar rumah pukul 6.45 pagi. Mujur tadika Zara ni satu taman je so senang sikit..Aku tak tunggu Zara kat tadika sebab aku takmo rasa sedih dan sebak tak tentu pasal. Biarlah dia berdikari dan rasa enjoy dengan kawan-kawan lagipun cikgu dia pun tak galakkan menunggu so aku ok jelah.

Harap Zarif dan Zara termasuk anak-anak korang semua rasa bersemangat dan positif bersekolah hari ni. Yelah cuti pun dah lama mestilah rasa gembira nak jumpa kawan-kawan semula kan..:)

 Si abang yang baik hati pakaikan kasut sekolah untuk adiknya..

Semangat 020113
 




1.1.13

Inside Pregnancy : Week 15-20


Cantik betul kejadian Tuhan..

Baby dah bergerak?

Alhamdulillah Tuhan masih lagi beri peluang untuk bernafas di tahun 2013 ini. Sebelum pukul 12 tengah malam tadi aku dah pun terlelap dulu. Hari ini umpama hari-hari biasa saja sebab aku pun bekerja yang beza cumalah tahun saja.

Ok, takdelah nak cerita apa cumanya dari semalam aku macam dapat rasakan ada pergerakan dalam perut. Hmm, mungkinkah dah mula rasa pergerakan baby? Tapi takdelah gerakan yang kerap atau ketara, tapi adalah sekali dua gitu. Ikutkan kandungan aku sekarang dah 16-17 minggu.

Merujuk kepada keratan entry ini;

Sumber

Uhh, mungkin dalam seminggu dua nanti baru dapat rasa pergerakan yang lebih jelas kot..:) Dan bermula hari ini juga aku dah mula pakai baju pregnant, yeay..Untuk semua baju kurung, selamat tinggal yea buat sementara ni.

Haraplah urusan persekolahan anak-anak untuk hari esok berjalan lancar..Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...