Cuaca yang ala-ala panas dan redup petang ni buat aku mengantuk tambahan pulak takde apa yang boleh dikunyah-kunyah..:)
Oklah aku cuma nak tunjuk ubat yang aku kena makan setiap hari, kata ibu mengandung kan.
Folic Acid dah semestinya. Yang Iron Tablets ni memang aku kena makan jugak nak-nak lagi bila Hb dah rendah kan. Kalau tak silap masa dulu pil nya besar sikit tapi sekarang dah kecik sikit. Tapi oklah suka ke tak memang kena telan jugak, demi anak dalam perut ni kan.
Nurse bagitau nak makan Iron Tablets ni mesti 2 jam selepas sarapan atau 2 jam sebelum sarapan. Biasanya aku nak sarapan dulu lepas 2 jam baru makan pilnya. Reason makan 2 jam sebelum / selepas makan adalah nak memastikan badan kita dapat menyerap zat-zat besi tersebut.
Mujurlah aku ni jenis senang nak makan ubat so takde hal sangat cuma kadang-kadang malas je, hehe.
untuk kesihatan baby dan ibunya sekali kan.... semoga sihat selalu .... seronoknya die nak dapat baby...
ReplyDeleteEh, dpt byk ubat eh? Klinik sini bg obimin je...tak taulah maybe skg ni obimin dah tak dibagi free kot?
ReplyDeleteJgn lupa mkn ubat ya...
ReplyDeleteubat ni wajibla ibu mgandung mkn.. uk baby gak kan... ;-)
ReplyDelete