Setiap pagi aku akan rasa fobia bila nak kejutkan Zara bangun dari tido. Boleh dikatakan setiap hari dia memang meragam. Kadang dia menangis, merengek, dan macam-macam karenah dia buat setiap pagi bila nak ke sekolah.
Memanglah aku admit dia manja, anak perempuan lagi kan. Tapi tulah pasal, bila dah terlebih manja ni lah padahnya. So aku tak boleh nak layan sangat kehendak dia. Mungkin Tuhan nak duga kesabaran aku waktu mengandung ni maka aku muhasabah diri untuk jadi lebih penyabar dan tabah melayan Zara. Mujurlah si abangnya Zarif sangat mudah serba serbinya.
Dari cara lembut sampailah cara yang paling tegas aku layan Zara. Kalau dia nangis sekalipun aku tetap tinggalkan dia kat tadika. Sebenarnya dia memang takde masalah pun kat tadika ni sebab dia ada kawan baik dari taska yang sama-sama sekolah kat situ. Tapi tulah dia meragam waktu pagi je, kalau balik sekolah tu ok je.
Disebabkan rasa fobia tu, aku rasa lama sangat nak menunggu dari hari Isnin ke Jumaat. Kalau boleh macam "cepatlah hari Jumaat.." Dan kedatangan hari Sabtu dan Ahad pulak kalau boleh aku nak "pause" hari tu jangan bergerak cepat sangat ke Isnin, huhu.
Mungkin ni dugaan yang Tuhan nak bagi pada aku. Setakat ni aku masih bersabar, tapi kalau aku dah penat, aku serahkan kat mrhubby untuk settle kan semuanya. Mujurlah mrhubby ni penyabar..Haraplah dengan kedatangan baby nanti akan mematangkan Zara untuk jadi seorang kakak..:)
Kata orang, budak2 yang nak dapat adik memang banyak ragamnya. Sabarlah. :)
ReplyDeleteOh ye la kakcik kenapa saya tak terfikir kan..kalau kita mengandung katanya memang anak meragam..
DeleteHaah, pengasuh umar dan ammar pun ckap macam tu..kata org nak dapat adik ni anak buat ragam..Ammar maintain je, umar plak yang banyak ragam...
Deletemungkin zakiah kurang bg perhatian kat umar kot..
semalam nampak akak kat shell bp..:)
Awak, org kate....anak klu nak dpt adik, mmg manjanya lebih dari biasa tau....
ReplyDeleteMoga awak dan family baik-baik saja ya?
Betul la kan fara..saya langsung tak terfikir hal tu..Yelah ni semua nak menduga saya sebenarnya.
DeleteMungkin jugak, kadang dia tido lambat tapi dia memang ada masalah nak tido malam tak macam abangnya. Kalau tido awal pun tetap meragam, hmm. Tapi kena bersabar la kan.
ReplyDeleteanak2 mmg macam2 kerenahnyer...
ReplyDeletetakper leh sabar kena sabar..
tapi kena gak bagi cara supaya jadi lebih mudah..
nanti fobia berpanjangan lak..
ko anggap je zara tuh yana jenis susah bangun pagi n mmg kena byk bersabar. haha
ReplyDeletesabar kak..sabar..maybe sbb nk dpt adik kot perangai dia gitu..
ReplyDeleteMacam kata kata kakcik kakak pun percaya itu Huda. Tapi bila adik dah keluar dia akan berubah. Tunggulah. Ini biasalah Huda.
ReplyDeletekak huda.. jgn kata akak.. Queen sendiri sdg hadapi perkara yg sama... lg2 Queen mmg dah sarat skrg ni kan... Ammar pun boleh tahan juga byk ragamnya setiap pagi bila nk ke sekolah... kdg2 xnk mandi.. bila xnk mandi haruslah di lap2 aje badannya dan pakaikan baju.. dah siap pakai baju tup2 dia kata nak mandi.. mmg sgt menguji kesabaran kan kak... dah la pg2 biasanya kita kejar masa nk ke pejabat lg.. anak buat hal lg.. tp apa boleh buat.. bersabar la dlm melayan kerenah anak2 ni.. InsyaAllah keluar je adik nnt automatik dia ok..
ReplyDeletesama macam kak aya menghadapi kerenah Umar dulu...dia akan buat hal setiap pagi , sampai di tadika akan menangis, tarik2 tudung kak aya..pendek kata setiap pagi ada drama depan tadika...time balik dia sangat ok...makan masa jugak la untuk dia ok..kalau selepas bercuti panjang, dia akan buat perangai macam baru2 masuk tadika...
ReplyDeletesabar la banyak-banyak...lama-lama nanti dia ok la tu.
Anak manja memang susah nak ubah rutin dengan mengejut. Kena banyak sabar..
ReplyDelete