4.1.13

Adab Memilih Nama Anak

Mengetahui bahawa nama yang bakal diberikan kepada anak akan sentiasa memberi kesan kepada anak sepanjang hidupnya. Boleh jadi nama yang tidak sesuai dan tidak elok yang dinamakan itu akan menyebabkan si anak menghadapi pelbagai kesusahan, kurang senang dan tidak selesa dengan kehidupannya.


Menilai nama yang bakal dipilih dari pelbagai sudut seperti kesesuaian nama itu sendiri dan keelokan maksudnya serta mudah untuk disebut.


Memilih nama yang disepakati oleh kedua-dua suami dan isteri. Pada dasarnya, memberi nama anak ialah hak seorang ayah menurut syarak. Hal ini disebabkan bahawa nama anak tersebut akan dinisbahkan kepadanya. Namun demikian sangat digalakkan si ayah agar melibatkan sekali si ibu dalam urusan memilih nama anak.


Memilih nama yang baik maknanya menurut syarak dan bertepatan dengan sebutan yang betul dalam bahasa Arab. Maka adalah sewajarnya kepada ibu bapa agar meminta nasihat daripada seorang yang alim dan arif dalam ilmu agama dan Bahasa Arab sebelum memberikan nama kepada anak yang baru lahir.


Petikan dari : Majalah Al-Ustaz Isu No.09


4 comments:

  1. Akak dah cr nama ke belom..Saya ingat nk standby juga nama perempuan walaupun dah tau gendernya lelaki..hihi..mana tau kuasa allah kan..kita ni kadang2 khilaf..:)

    mmm, ape nak boh eh..nama perempuan ni..:)

    ReplyDelete
  2. Oh, ya...sy lupe awak sdg preggy skg ni. Heee~

    ReplyDelete
  3. Betul. Biarlah nama yang baik. Bila kita panggil dia, macam doa yang baik juga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...