17.1.13

Badan letih | Supplement

Semalam badan rasa letih sangat, tido pun awal tapi sebelum tu dah settle kan segala kerja-kerja rumah semua siap lipat baju lagi..

Jadi ibu yang bekerjaya ni bukan mudah, balik rumah bukannya boleh lepak rehat macam tu je, sambung lagi buat kerja rumah non-stop sampailah settle segalanya. Mujurlah tempat kerja aku ni dekat (takdelah tekanan nak tempuh jam ke apa ke), mrhubby pun cikgu (balik awal) so adalah kelebihan kat situ. Dia pun boleh tolong-tolong buat kerja terutama bab gosok baju tu..

Kadang terfikir nak amik maid. Tapi bukanlah nak amik maid yang dok kat rumah ni. Rumah aku pun kecik, takdelah banyak mana pun kerja yang maid boleh buat. Cuma terfikir bila dah ada anak 3 nanti nak amik weekend maid..Ala setakat buat kerja biasa-biasa je, datang rumah sekali dalam seminggu (hujung minggu la) dalam 3 jam ok kot. Tolong-tolong yang perlu je. Ok kan?

Kepuasan bila kita boleh buat semua kerja sendiri tapi tulah kadang kena fikirkan kemampuan diri. Umur pun bukan makin muda, kerja lagi. Mak aku kata bila dah berumur 30-an ke atas ni kena amik supplement untuk tambah tenaga..Yelah memang betul pun, tapi aku ni memang liat sikit nak makan, bukan tak suka tapi malas. Tapi tulah tak boleh malas-malas sebab supplement tu penting dan perlu sangat untuk diri kita. Korang makan supplement apa? Cuba share..

Setiap hari aku cuba agihkan masa yang ada untuk semua orang walaupun adakala rasa tak mampu. Thanks untuk mrhubby, Zarif dan Zara sebab memudahkan tugasan di rumah setiap hari, hehe.

Aku mengaku yang aku cerewet, semua benda nak nampak kemas dan rapi, mujurlah mereka yang kat rumah ni faham dan boleh ikut rentak aku walaupun sukar pada mulanya, hehe..

Tiap -tiap malam Zara dah mula tido awal...

11 comments:

  1. pregnant kali ini akak ambil salindah, set dari sebelum bersalin sbb rasa penat selalu. Ni rasa ok sikitlah, kalau tak lagi letih je rasa...

    Supplement lain takde, ada gak makan vit c sebelum pregnant tu dan juga ambil EPO.

    betul lah huda, kalau tak tu mmg badan lagi rasa letih, akak yg surirumah aje ni pun rasa letih urus anak 4 orang tu dgn berbadan dua ni, huda kerja lagi lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya pun amik salindah jugak..Penat memang penat, tapi tulah kan lepas bersalin nak taknak kena ada supplement lain..

      Delete
  2. sy xamik apa² supplement kak..tp ramai yg amik EPO tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak muda lagi, hehe..Tulah EPO memang penting untuk perempuan sebelum ni akak dah ada tp sebab malas makan pun cam gitu2 je.

      Delete
  3. Kakak dah tua Huda memang banyak kena ambil. Macam-macam tapi itulah ada baca info bila ambil kalsium kena balancekan mesti ambil vitamin D - kakak dah cuak sebab katanya kalau ambil kalsium tak balance dgn vit D boleh akibatkan dapat batu karang. Nak ambil supplement kena dapatkan nasihat doktor juga. Huda boleh tanya mak Huda kan ex-nurse mesti dia tahu.

    ReplyDelete
  4. dulu tak terfikir nak ambil supplement...rasanya sekarang macam perlu pulak.....

    ReplyDelete
  5. saya ambil b complex dan shaklee. lps tu minum susu kambing jgk.

    ReplyDelete
  6. Kak Azie sekarang makan kolagen. Sebelum ni kekal setia ambil Spirulina, dan Evening Prime Rose. Vit C ikut mood.

    ReplyDelete
  7. Anak2 dah skolah ni, bagusnya dorang tido awal :)
    saya pregnant skrg amalkan susu kambing selain shaklee..

    Kenapa Shaklee pilihan saya

    ReplyDelete
  8. kak tak ambil apa2 pun..cuma minum khal..cuka kurma

    ReplyDelete
  9. memang makin berusiani rasa macam tak laratjer..
    dapat lak cam akak dah berumur anak kecik lagi kena keje keras lebih sikit kot...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...