7.1.13

Bila terkena urat simpul

Salam pagi Isnin. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang AJL 27 malam tadi. Walaupun hakikatnya aku tak nengok keseluruhannya disebabkan dah tido awal, hehe.

Sejak semalam aku discover something pada diri aku since pregnant ni. Ermm, rasanya pregnant yang sebelum ini takde berlaku macam ni tapi beza dengan kali ni. Apa dia? Yup aku ada urat simpul atau nama lainnya Vena Varikos dekat kaki...Tau apa tu urat simpul?

Lebih kurang macam ni ler;

Sumber Google

Walaupun tak banyak sangat urat simpul tu tapi ia berlaku dia kedua-dua belakang kaki aku. Setakat ni takdelah sakit ke apa biasa je tapi rupanya memang tak cantik la kan..

Untuk dapatkan kepastian tentang urat simpul ni maka aku pun google;

Bayi anda yang sedang membesar, plasenta (uri) dan uterus (rahim) anda menekan salur darah pada bahagian pelvik anda. Ini termasuklah salur darah besar (vena kava inferior) pada bahagian kanan badan anda.

Salur darah utama ini terpaksa bekerja keras. Ia menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah dan kebanyakan organ dalam pelvik dan perut. Tekanan yang diterima oleh vena kava inferior membuatkan lebih sukar bagi darah dari kaki anda untuk pulang ke jantung.

Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak darah mengalir di seluruh badan anda ketika ini dan hormon progesteron pula merelakskan dinding salur-salur darah ini.

Kesemua ini membawa maksud salur darah pada kaki anda lebih berkemungkinan untuk membengkak. Urat simpul adalah biasa dalam kehamilan, tetapi ia akan beransur baik selepas anda bersalin.


Ok, bagi sesiapa yang mengandung dan mengalami keadaan urat simpul ni macam aku bolehlah terus membaca di http://www.babycenter.com.my/a1053034/urat-simpul-vena-varikos. Harap keadaan ini bersifat sementara jelah yea.

Sekarang pun aku dah mula ambil produk Salindah dan harap semua pun ok saja..:)


9 comments:

  1. ada kwn sy tu kena gak cenggini kak.. pastu jd mcm kekal.. timbul je urat dia.. seram tgk

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak..
    alhamdulillah, zakiah tak pernah kena lagi sejak 3 kali mengandung ni..minta2 tak kena la..akak pun sama..:)

    ReplyDelete
  3. Preggy mommy mmg selalu kena. Org kate, kurang zat besi. Alhamdulillah...sy cume kena sekali ms preggy dulu. Tp klu urat timbul tu....scary gak dgr kan? Aduhaiii!

    ReplyDelete
  4. skrg ada nampak sikit2 urat warna biru..moga tiada apa2...

    ReplyDelete
  5. aku x pernah kena mcm ni...mcm scary je aku tgk nok...

    kalau sapu minyak, dia hilang x?

    aku harap ko ok2 ye nok...

    ReplyDelete
  6. izan pernah kena sekali dua masa pregnantkan kembar dulu. mmg sakit.

    ReplyDelete
  7. owhh.. lya x pnh alami mcm ni... harap ura2 ni akan hilang nanti

    ReplyDelete
  8. Sy skg mengandung ank ke 2, ,sy mengalami urat timbul atau urat simpul,buruk sy tgk kaki sy,sakit jika ditekan,harap hilang lah lepas bersalin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...