21.3.11

Cerita seorang isteri dan ibu

Salam,

"Kejap je hari isnin.." Oh..itu bukan dialog aku eh. Pada aku tiap-tiap hari sama je. Itu dialog mrhubby ataupun senang kata kebanyakan cikgu yang dah bercuti hampir seminggu akan berkata macam itu. Tak percaya ke? Percaya je lah...:)

Masa sekarang memang cepat berlalu. Cuti sekolah seminggu pun macam tak terasa kan. Nasiblah aku bukan cikgu, kalau tak sama je liat nak memulakan kerja..hehe. Semalam dan hari ni tiba-tiba aku jadik manusia yang rajin (harus puji diri sendiri).

Ingat aku nak mengadap je blog 24 jam? Aku ni isteri dan ibu dua anak lor..Tak menang tangan melipat baju semalam, basuh baju, menyidai, menyiang ikan dan ayam, memasak, mengemas...fuhhh..penat rasanya macam nak patah pinggang, tapi aku puas buat semua untuk keluarga sendiri kan..:) Tahniah untuk diri sendiri, kekalkan prestasi..:)

Malam amik masa rehatkan diri, nengok MENTOR dan TRILOGI CINTA (citer ni wajib nengok, rosyam terbaiklah..). Sambil nengok tv tu, gigihkan jugak nak menghabiskan baca suratkhabar especially tentang berita gempa bumi dan tsunami kat Jepun tu kan..ingat aku tau pasal artis je? Semua pun kena tau gak la..dah la aku kerja campur dengan orang-orang bijak pandai, jadik aku pun kena la tunjuk pandai kan..

Dan pagi ni bangun awal..sebab dah niat nak buat nasi goreng cina untuk diri sendiri dan anak-anak tercinta..Hmm..


Tapi nasinya macam terlembik sikit..takper, kira halal je eh..
Ok lah..itu je nak citer sebenarnya..Nak buat kerja dah ni, selamat bekerja untuk semua..:)




2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...