24.3.11

Kalau tak membebel tak boleh ke?

Salam,

Aku penat hari-hari macam ni. Sebab apa? Sebab kena membebel..Perempuan kan terkenal dengan bebelannya..

Kadang dah niat pun dari bangun tido, nak jadik ibu yang baik, takmo bebel-bebel..buat pening kepala je, tapi niat hanya niat saja..camana tu? Camana nak mengatasi masalah yang suka bebel ni? Kalau tak pot pet kat suami ngan anak sehari memang tak sah la..

Pagi semalam elok-elok je mood aku, tapi telah di 'spoil' kan oleh si zarif.. Boleh terus masuk keta dengan selambanya dan sampai betul-betul depan sekolah..Lepas tu dia baru perasan yang ketayap dia boleh tertinggal kat umah. Mau aku tak hangin? Dia suruh balik umah amik ketayap, kalau tak cikgu nak pakaikan dia tudung..Eii, sakit jiwa tau, nasiblah sekolah satu taman dengan umah..

Lepas tu malam tadi, ada kerja sekolah, dia ada kerja mewarna, aku dah cakap bebaik suruh warna, ala tak banyak pun..aku teman gak la, TAPI buat perangai, mengantuk la apa la..ha kenalah lagi bebel ngan aku..Aku takmo bising-bising, tapi bila dia buat perangai tu, ha amiklah kena bebel ngan aku lagi.

Pagi ni, mood aku ok lagi..Masih lagi berniat tak mau bebel-bebel ni kan, tapi zarif buat perangai lagi. Boleh pulak nak bawak stapler ayah dia pergi sekolah. Sekolah tadika nak buat apa bawak stapler? Dah dia bagi alasan, nak stapler buku yang atuk dia belikan la, bla..bla..bla....

Aku suruh dia simpan balik stapler tu. Yelah, budak tadika bawak stapler, kang kalau kat sekolah ter 'stapler' tangan kawan-kawan kan, dah jadi satu cerita pulak..Itupun zarif sambil nak simpan stapler dah buat muka dah, cam nak gaduh pulak ngan aku..

Masuk keta kena bebel lagi. Mencabarnya hidup sekarang ni..Rasanya mrhubby dah lali dah..Dia jenis pendiam, ha bab nak bebel-bebel ni serah jelah kat aku..huuhhh.
 

2 comments:

  1. kesian zarif dengar bebelan mamanya hehe..

    ReplyDelete
  2. Nak buat camana amy, terima jelah..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...