Salam,
Aku tertarik dengan artikel dari berita minggu hari ni..bagi sesapa yang baca paper hari ni, mungkin dah tau, tapi bagi yang tak baca, aku nak share kat sini je..ok.
Aku tertarik dengan artikel dari berita minggu hari ni..bagi sesapa yang baca paper hari ni, mungkin dah tau, tapi bagi yang tak baca, aku nak share kat sini je..ok.
1:5 RAKYAT MALAYSIA BERISIKO JADI GILA
Hmmm..agak menakutkan jugak..Kita terus baca ringkasan dari berita ni yea..
7 PUNCA UTAMA MASALAH KESIHATAN MENTAL
- Sejarah hidup pahit atau tragedi seperti kehilangan orang yang disayangi
- Banyak mengalami krisis hidup seperti masalah perhubungan atau perceraian
- Mengalami konflik keluarga
- Banyak mengalami cabaran hidup yang sukar
- Rendah harga diri (self esteem) dan kurang kemahiran daya tindak (coping skills)
- Keadaan sosioekonomi seperti masalah kewangan, kemiskinan, tiada kemudahan asas atau tempat tinggal sesak
- Berlaku keganasan dalam persekitaran
- Faktor Genetik

LANGKAH MENCAPAI KESIHATAN MENTAL YANG BAIK
- Cara hidup sihat termasuk diet seimbang, melakukan aktiviti fizikal spt bersenam, berehat dan cukup tidur
- Mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta menetapkan sasaran atau matlamat hidup yang boleh dicapai
- Belajar berfikir positif
- Belajar cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bijak
- Berkongsi masalah dengan ahli keluarga atau rakan yang boleh dipercayai
- Belajar menangani kritikan dengan baik, kawal kemarahan
- Merancang masa dengan baik agar tidak mengalami tekanan keterlaluan, tahu membuat keutamaan dalam perancangan
- Di pihak masyarakat, terapkan nilai agama dan moral dalam kehidupan, tidak mempunyai prasangka terhadap orang lain
PERBEZAAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PENYAKIT MENTAL
- Kesihatan mental lebih kepada masalah hubungan dan komunikasi yang membabitkan tahap keyakinan diri seseorang serta berpeluang sembuh dengan hanya berjumpa pakar kaunseling
- Masih berisiko menghidap penyakit mental sekiranya tidak dirawat
- Berdasarkan kajian, individu mengalami gangguan fungsi dan tekanan berterusan selama dua minggu boleh dianggap mengalami masalah kesihatan mental dan berisiko menghidap penyakit mental

No comments:
Post a Comment