24.3.11

Ohh, ohh, jeles dan sakit jiwa..

Salam,

Perasan tak eh, kalau dulu2 orang berlakon kan, yang jadik mak pada 3 orang anak atau 5 orang atau lebih la anak dia, mesti muka ala-ala dah tua, lepas tu macam selekeh dan selebet je..

Tapi perasan tak sekarang, kalau orang buat drama or filem, orang yang jadik mak-mak orang ni, walaupun ada anak ramai, tetap cantik, nampak muda lagi bergetah gitu...Kadang-kadang rasa macam, "eh tak logiknya..anak ramai tapi muda je, kalau nak tipu tu agak-agak la kan..?" (kadang-kadang aku fikir cam gitu gak..)

Dan sekarang kita kena tolak jauh-jauh persepsi sebegitu..betul..tak semestinya ada anak 3 atau 5 atau lebih dari tu kita mesti nampak selebet dan nampak tua..Tak percaya..? Infact kalau dah ada anak remaja pun, kita boleh bergaya umpama kakak pada anak-anak kita..Tak percaya lagi?

Ha, cuba nengok blog miamanis ni..Kak Linda wife pada cousin aku. Dan sesungguhnya aku jeles pasal anak dah 3 tapi badan solid molid, lagi kurus dari aku, macam orang tak kawin pun ye gak..Waaaa..aku jeles..Lagi satu cuba nengok blog model 80-an, mak pada Hanis Zalikha, anak dah 6 tapi Pn. Nani punya badan maintain je, dan muka nampak muda gitu..

Dan menambahkan kejelesan serta sakit jiwa, aku dok belek2 majalah KELUARGA terbaru (cover Eja dengan anaknya). Ohh, kenapalah mereka ni nampak cantik2 belaka jugak nampak kurus?

 Norliza Mohd Zain
Pembaca berita TV3..cantiknya body dia..

 Rosma dengan anaknya..
Kurus kan?

 Eja yg memang maintain..

Datin Norlin Ismail
Bekas Pramugari dan Usahawan..

Argghh..jeles-jeles..See, tak semestinya ada anak ramai tapi tak boleh cantik kan? (Kecuali eja ngan rosma la..anak baru sorang kan..)

Marilah kita sesama mengemaskan diri meskipun anak sudah berderet-deret..(Aku anak dua je perut dah muncit..benci tau..grrr).

3 comments:

  1. dengan aku kau jeles tak hahahahaha

    ReplyDelete
  2. dengan aku kau jeles tak hahahaha

    ReplyDelete
  3. Jeles jugak..huhu, takper lepas ni aku pakai PB..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...