27.3.11

e'M@K (Ekonomi Menjana Aspirasi Keluarga)

Salam,

Tengahari semalam aku tertengok rancangan Apa Kata Wanita. Selama ni tak penah tengok, entah semalam sebab tertengok ditambah pulak isu menarik, buat aku melekat depan tv hampir sejam. Tetamu rancangan Datuk Maznah Hamid (The Iron Lady), tak kenal? Ok, pegi google atau pun pegi kat facebook cari nama MAZNAH HAMID..Confirm korang kenal.

Mereka membincangkan tajuk Kerja Dari Rumah. Tajuk best kan? Sebenarnya kan, kerja dari rumah ni sesapa pun boleh buat tapi more focus la pada mereka yang takder kerja tetap, ibu tunggal, ataupun ibu-ibu yang punya anak ramai tapi susah nak keluar bekerja. 

Sapa-sapa yang rasanya takder kemahiran dan kurang kemampuan, boleh layari portal e'M@K untuk dapatkan maklumat lanjut. Program e'M@K meliputi pelbagai kerja-kerja kreatif yang dilaksanakan sepenuhnya dari rumah dengan pendekatan elektronik (internet/web/blog/facebook) sebagai media promosi dan pemasaran.

Antara petikan kata-kata Datuk Maznah Hamid yang aku suka semalam adalah;

"Bila kita ada kemahiran tertentu dan nak mulakan perniagaan dari rumah ni, 30% kita perlu membuat produk, 60% melakukan pemasaran dan mencari pelanggan manakala 10% lagi adalah melakukan kerja-kerja pentadbiran"

Beliau berkata lagi apa yang berlaku pada masyarakat sekarang adalah 60% mereka asyik membuat produk dan tidak membuat marketing dan tiada pelanggan. 

Jadik pada mereka yang punya kemahiran tu, jangan lupa cari pelanggan okeh.

Sama je istilah nya dalam berblogging ni, bila kita ada blog, yang penting adalah mencari pembaca..pembaca tu yang penting..Macamana nak ada pembaca? Kena promosikan blog..Ye tak? Macam Ben Ashaari selalu ajar tu..:)

Bagi mereka yang nak tau pasal e'M@K, sila layari www.emak.com.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...