12.6.12

Berhenti di luar

Semalam memang langsung tak dapat nak blogwalk ke blog korang tapi hari ni keadaan lebih tenang dan harapnya dapatlah membaca entry korang semua, :) Terima kasih pada yang sudi datang gak baca blog ni semalam.

Pagi ni cuaca alhamdulillah, so bermula hari ni (sepatutnya semalam tapi sebab hujan so dimaafkan), semua ibu bapa tak dibenarkan menghantar anak-anak ke masuk ke dalam sekolah (means dengan kenderaan). So kitaorang pun hantar Zarif kat luar sekolah je, betul-betul depan gate sekolah.. Memang betul tak boleh masuk ler sebab guru besar dia tunggu betul-betul kat gate tu, berani mak bapak nak ingkar masuk jugak kat sekolah. Zarif beria cakap, "berhenti la kat luar depan gate tu, kita nak salam guru besar ni.." -- guru besar didahulukan ok --

Bukan setakat guru besar tapi ada la dua, tiga orang guru lain yang dok tunggu kat gate tu. Dan aku ternampak adalah sorang guru perempuan tu pegang kamera, amik gambar parents yang hantar anak di luar kawasan sekolah, so aku cakaplah dengan mrhubby, "Oh, dia amik gambar la, mungkin cikgu tu ada blog kot.." Hahaha, suka hati aku je nak assume gitu..Kata mrhubby, bukannya nak masuk blog, tapi diaorang nak buat report  atau masuk majalah sekolah.:)

Takdelah, sekarang ni asal aku nampak orang amik gambar start la fikir mesti nak masuk dalam blog, macam Zarif dan Zara selalu cakap, "Ibu amik gambar ni nak masuk dalam blog eh?"

Ok, nak buat kerja sesambil blogwalk ni..

Pssst, korang nengok Masterchef Selebriti semalam, banyak sangat ler dramanya, yang aku tak tahan tu seluar Azwan Ali boleh terlondeh, adoiii...


13 comments:

  1. hehe..sy pun selalu fkr cenggitu kak,amik gmbr nk msuk dlm blog..

    ReplyDelete
  2. kalau di sekolah mak zakiah di langkawi a.k.a sekolah zakiah juga, mereka memang sediakan kawasan khas menunggu supaya parents dan murid boleh keluar masuk...

    setiap pagi ada cikgu bertugas jaga pintu pagar sebab ada gak parents hantar anak dr luar je..setiap balik tengahari ptg, pun ada cikgu jaga pagar dan lalulintas...sekolah tu besar dan ramai muridnya...

    jadi keadaan lebih teratur...lebih selamat juga sebab cikgu leh pantau anak murid..mana le tau ada kes culik ke, langgar lari ke....

    ReplyDelete
  3. anak2 pun dah tahu perangai ibunya ..
    bila amik gambar je untuk masuk dlm blog ...hehehe

    ReplyDelete
  4. serius guru besar tu ye

    kat sekolah anak kak ati
    guru besar suruh cikgu2 bergilir tunggu
    budak2 yg lewat dtg sekolah bukan pengawas..hihi lawak :)

    ReplyDelete
  5. hehe..saya pun sekarang ni, sikit-sikit ambik gambar..blog punya pasal..hehe

    haha..tergelak-gelak tengok seluar azwan ali terlondeh..-__-"

    ReplyDelete
  6. yg tak tahan zarif nk salam guru besar tu hahahaha

    ReplyDelete
  7. kelakarlah baca statement Zarif tu...hehe.

    Akak pun selalu fikir gitu, tangkap gambar je mesti sbb nak masuk blog atau fb...hehe.

    Part yg suaR dia terlondeh tu mmg tak tahan kan, gabungan merah dan hijau lak tu...adeh...hahahahah

    ReplyDelete
  8. Hahahaha....guru besar didahulukan eh? Kelakarlah statement nie.

    ReplyDelete
  9. guru besar tunggu dengan rotan tak ??

    ReplyDelete
  10. dah keluar arahan kenalah ikut kan huda.. he..he.. akak pun selalu gitu.. suka ambil gambar kononnya nak masuk blog tapi blog akak jarang sgt ada gambar.. ha..ha..

    ReplyDelete
  11. Kak huda...sbnrnya semua sek kt msia dah kena buat mcm tu...cikgu tggu dpn gate... Nama program tu SEKOLAH PENYAYANG DAN GURU PENYAYANG.. Cikgu tu ambik gmb mayb nak masuk majalah sek dan buat report program.. Sek kite dah lama buat..jadi tak terkejut bila di arah kementerian suruh tggu pelajar waktu pg..:-)

    ReplyDelete
  12. Kalau sekolah anak kakak depan gate pun tak boleh. Boleh hantar di pondok bas tepi pagar sebab di situ pun ada pintu masuk. Siap dua tempat lagi Huda. Hujan pun tak basah sebab ada laluan yg berbumbung..

    ReplyDelete
  13. hehe... pandai dah zarif cakap ibunya amik gmbr nak masukkan dlm blog ye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...