29.6.12

Kisah mak dan oksigen

Sebelum aku mulakan entry ni, nak wish en bos aku, iaitu SRD a.k.a. suami pada blogger Kak Yus, Happy Birthday, semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Rentetan kisah mak aku yang sakit hari tu..Hari Selasa tu dia dah discharge dari wad. Sekarang ni ada kat rumah, dan alhamdulillah keadaan mak nampak lagi segar dan ceria.

Tapi bila dah balik rumah ni, mak kena buat treatment jugak. Bagi yang tertanya, mak aku ni sebenarnya sakit paru-paru. So, dia nak ambil oksigen tu dah tak sekuat macam orang lain yang sihat. Jadi mak kena bergantung dengan oksigen. Doktor advice yang mak kena ambil/sedut oksigen at least 16 jam (minimum) sehari kat rumah. 

Still mak boleh buat kerja macam biasa, tapi bila dia rasa macam penat or mengah ke, dia kena take a rest dan ambil oksigen. Therefore, kat rumah sebelum mak keluar hospital hari tu, kitaorang kena sediakan mesin oksigen dulu. Ok, kita nengok gambar yea..

ok, ni mesin oksigennya

Buat masa sekarang kita sewa dulu, sebab nak nengok keserasian mak gunakan mesin ni, so far so good. Insyaallah, kitaorang akan beli mesin oksigen ni, and it cost dalam RM 4K. So sambil-sambil mak nak lipat kain ke, nengok rancangan Ustaz Don , nengok Masterchef ke atau nengok sinetron kegemaran mak, dia kena pasang oksigen ni, mudah kan? Kalau nak mandi atau solat, tak perlu la guna ni..

So untuk nengok kadar oksigen dalam badan mak, kita guna ni pulak;



Ok, this indicator, abah kata nak ukur kadar oksigen dalam darah/badan..See, gambar di atas tu kadar oksigen aku. Benda alah ni macam sepit baju je, korang sepitkan kat ibu jari tangan, then tekan butang tengah tu, so dia akan keluar la bacaan macam kat atas tu.

Untuk orang yang sihat, bacaan oksigen mestilah 99. Kalau untuk orang yang tak sihat macam mak aku, bacaan oksigen mestilah dalam 96 gitu, so far bacaan oksigen untuk mak dalam 93 ke 95 gitu, kira oklah kan..

So, macam tulah kisah mak aku..Setakat ni dia ok je. Actually mak ni kuat semangat, maklumlah dia kan pesara nurse, so for certain reason dia tau macamana nak handle situasi dan dia sangat menjaga diri..Dan untungnya abah aku jugak kerja hospital so diaorang ni taulah bab-bab kesihatan ni semua kan..

Aku cuma berdoa supaya mak terus diberikan kesihatan yang baik, insyaallah aku serta adik beradik yang lain dengan abah sama-sama akan bagi support kat mak..Pastinya, setiap apa yang berlaku semua ada hikmah yang tersembunyi..Eh, terpanjang la pulak entry aku ni, sorry yea..

7 comments:

  1. Ibu awak perlukan smgt yg kuat dr anak2nya. Semoga Allah permudahkan urusan kamu sekeluarga!

    ReplyDelete
  2. Sebab mak kuat semangat itulah membantu kesihatan dia cepat pulih Huda. Kakak doakan moga mak cepat sembuh. Kakak rasa macam kenal pulak dgn mak Huda tau. Sebab kakak ipar kakak selalu sebut ada kawan nurse juga (sama-sama dah retire) duduk pulak satu taman...

    Kita aje belum ada peluang bertemu.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah mak akak makin ok..

    ReplyDelete
  4. semoga emak huda terus kuat dan cepat sembuh ya huda. Ada anak2 yang sentiasa menyokong dan mendoakan, dia pasti rasa lebih gembira...

    p/s: eh! ada ayat pembukaan untuk cik abang kita lah....hehe. Ingat akak sorang je mention birthday dia di blog...ekekek. Terima Kasih huda, dan terima kasih kerana selalu bantu dia di pejabat ya!

    ReplyDelete
  5. Mesin nilah yang saya cari utk Nuha. Boleh sewa ke? Mase memula Nuha nak discharge, kami risau kalau bacaan oksigen dalam badan dia rendah sgt. Merata kami cari mesin ni tp takde dijual pula kat farmasi..

    Semoga mak akak cepat sembuh ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuha sebenarnya sakit apa? Kata abah saya kat farmasi ada jual, tapi biasanya kena nengok katalog la..

      Delete
  6. semoga mak akak bertambah sihat yer...amin...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...