30.10.14

Pengasuh ikat budak

Dah hari Khamis, yeaayyy..Esok cuti, Sabtu Piala Malaysia JDT vs Pahang, ei tak sabar nak nonton haha..Walaupun nengok kat rumah je tapi sokongan tak berbelah bagi ku beri untuk JDT...Kalau menang dapat cuti tak??? Cuti la, cuti la, cuti la, please TMJ..Berangan ok JDT menang, takpe kena positif, aku yakin JDT menang!!!

Eh, pagi ni baru bukak kosmo online dan fb baru terperasan berita pasal pengasuh yang ikat kaki tangan budak yang diasuh tu eh?? Apa dah gila ke? Hangin pulak aku nengok gambar tu walaupun dia blur kan muka budak tu tapi part yang kena ikat tu, ehhhhhhhh tak boleh terima ok..Dah kenapa??? ---- google gambar je ok :)

Itulah sebabnya aku macam nak berenti kerja je pasal nak jaga anak tau..Walaupun aku garang tapi takdelah sampai nak ikat macam tu, aku rasa pengasuh tu mental kot..Zaman sekarang ni ramai yang mental (walaupun hakikatnya nampak normal) pasal keadaan dan tekanan hidup..Kalaupun budak tu nakal sekalipun toksah nak ber ikat bagai..

Macam aku hantar si Aisyah kat taska tu kan, terus terang pengasuh kata perhatian kat anak aku no. 1..Kenapa no. 1? Sebab anak aku ni mengada, suka menangis, kang nangis lebih-lebih muka jadik biru, takmo campur dengan orang..Weh, banyak sangat perangai mengada si Aisyah ni tau..Kadang aku rasa bersalah pada pihak taska..Tapi pengasuh yang jaga tu selalu mintak pendapat aku, dan cuba sayang anak-anak taska sama macam anak sendiri..Kalau aku termarah anak aku pun, diaorang yang marah aku ok sebab dia takkan marah anak-anak taska tapi nak tegur anak tu mesti ada cara..

Tapi alhamdulillah Aisyah behave dah sekarang ni, dah campur orang, nangis dan mengada tu still ada lagi la, tapi so far so good..Logik la budak-budak kan ada macam-macam perangai, tambah kalau kita penat mau tak hangin (pengalaman diri sendiri) tapi kita kena tau camana nak amik hati budak..Nak jaga budak, semua orang boleh jaga, tapi jaga yang macamana? 

Pengasuh yang jaga anak aku ni sama macam yang jaga Zarif dan Zara tau, alhamdulillah baik dan terima kasih la sebab sudi jaga dan layan karenah anak-anak saya. Zarif tu dari kecik je sampai dah debab sekarang ni hehehe..Sampai sekarang pun semua mesra dan masih baik lagi.

Yang penting siasat la kenapa pengasuh tu ikat budak tu, tapi still pada aku memang tak patut, sangat tak patut..

28.10.14

Happy Birthday mrhubby

Selamat hari lahir kepada mrhubby tersayang..Aku nak amik gambar terkini dia pagi ni tapi takmo pulak, padahal harini dia hensem pakai baju pink lagi hehe..

Konon aku dah plan macam-macam semalam, nak amik video anak-anak wish birthday kat abah dia tapi tak jadik, nak buat kek tiramisu pun tak jadik (sebab anak-anak tak makan sangat), nak buat kek batik je (sebab itulah fav semua orang kat rumah ni) pun tak sempat sebab aku tak sihat malam tadi. Tekak semacam dan batuk-batuk sampailah sekarang ni, so totally out of mood la malam tadi, tido je yang best. Harini je kot baru buat kek batik, sabarlah ye tapi malam ni dia main futsal la pulak..

Weekend nanti saya masak nasi tomato k, untuk pengetahuan korang, mrhubby minat nasi tomato tapi sejak kejadian masak nasi tomato yang tak jadik masa baru kahwin sampai la sekarang ni tak pernah teringin pun nak buat nasi tomato tu, rasa cam trauma..Tapi dah nak dekat 11 tahun kahwin so rasanya trauma dah hilang kot hehe..

Ni gambar awal tahun

Selamat hari lahir untuk abang, 3 tahun lagi jejak 40. Semoga terus kekal muda dan kekalkan perut yang tak buncit, haha. Diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu. Me and kids love u always, happy birthday..





27.10.14

Perihal haritu, semalam dan harini

Minggu ni adalah minggu peperiksaan untuk Zarif, ibu doakan semoga Zarif berjaya dalam peperiksaan. Untuk sekolah rendah periksanya mula hari ni tapi sekolah agama mulai esok sampailah Khamis nanti...

Ibu tau Zarif boleh buat (walaupun sebenarnya dia banyak main huhu)

Zara punya exam pulak minggu depan so memang minggu ni dan minggu depan memang minggu belajar dan ulangkaji tapi tau jelah kan namanya budak, kalau suruh belajar tu hmmmm....

Amboi bukan main eh ber headband bagai...:)
Lepas snap gambar ni je abis ditariknya..

Ni kelmarin sambil nengok JDT vs Felda United, nak jadik apa ni??
Yang tolong bersihkan abang dengan kakak dia la, nasiblah dah boleh harap..

Aku memang in love betul dengan roti ni tau, beli kat kafe ofis je..
Dahlah rotinya lembut, sedap pulak butterscotch tu, yummms..


Awal kan aku sampai ofis hari ni, tu pasal boleh update blog awal hehe
Orang pertama bukak pintu ok..


Dah datang awal tu, mehlah makan sekali bekal ni, hehe..
Sambil edit gambar, sambil update blog, sambil check email, sambil check wasap hehe..
Settle semua baru boleh mula buat kerja tak gitu?? :)


Sekian untuk entry hari ni, terima kasih la sudi baca entry bukan-bukan hari ni...Aku doakan untuk anak-anak korang mana yang mula exam hari ni semoga semuanya dipermudahkan dan anak-anak kita semua dapat jawab soalan dengan baik yea..Amin.













26.10.14

Sedondon dari BBLUVSME

Sakit mata tau nengok web ni..Kenapalah menggugat diri ni?

Tau tak aku tak boleh tahan nafsu kalau macam ni? Godaan tu terlalu kuat tapi masih lagi boleh kawal lagi sekarang ni, belum beli lagi..Baru cuci mata je, harap la design ni tak abis lagi..Kalau abis pun harap la dapat restock mahupun buat design baru..



Dengan Zara dulu ada la sekali pakai baju kurung sama..Lepas tu tak pernah lagi sebab kalau asal raya je mak aku mesti belikan baju untuk cucu perempuan so memang tak pernah la aku dengan dia sedondon..

Tapi aku tertarik dengan baju kasual dari BBLUVSME ni sebab aku memang suka yang kasual ni dari pakai baju kurung huhu...

Takpe..takpe, insya allah kalau dah beli nanti aku up entry ya - aku, Zara dan Aisyah sedondon..Wah feeling glam gitu haha..Kalau Zarif nengok mesti dia akan kata, jangan nak gedik boleh tak? Zarif tak payah nak jeles sangat la, padahal dia selalu banyak sedondon dengan mrhubby sebab sama-sama big size, hehe..

Oklah sekian untuk entry ringkas di hari Ahad ini --- aku kerja weiii..

25.10.14

Yeayyy JDT ke final Piala Malaysia 2014

Eh, tetiba la pulak aku nak update di tengah malam ni kan. Yelah JDT dah menang dan layak ke final Piala Malaysia tu yang gigih nak update sekarang.

Berdebar tau nengok game tadi, aku predict game 2-2, tapi dalam hati aku nak sangat JDT menang, nasiblah menang 3-1 tau..Kira hadiah kahwin untuk TMJ la kan..Tapi kan, tak tau nak suka ke tak eh sebab walaupun layak ke final Piala Malaysia, ada beberapa orang player JDT tak boleh main final nanti, so terselit la gak rasa sedih tu..Ref ni tak baik tau buat cam tu, huhu..

Takpelah insya allah JDT mesti boleh bila jumpa Pahang nanti, kena buktikan walaupun kehilangan beberapa player tapi kita mesti boleh buat yang terbaik, harap JDT menang yea! 

Suka sangat tadi nengok Che Puan Khaleeda datang sama nengok bola dengan TMJ. Oh yea satu lagi aku nak sentuh sikit ni, macam-macam komen aku baca pasal isteri TMJ. Tak patut betul la diaorang komen yang teruk tu..

Kena ingat eh, jodoh tu kan Tuhan yang tentukan, ingat kalau muka cantik, cantik ke perangai semua? Dah TMJ suka takyahlah nak pertikaikan rupa ke apa ke kan..Dah namanya JODOH..Kita baru je masuk tahun baru hijrah kan, so takyahlah nak kutuk mengutuk, kan ke dah bukak buku baru so cubalah kita niat yang baik dan cakap yang elok-elok. Semoga jodoh TMJ dan isterinya kekal berpanjangan ke akhir hayat, AMIN.

Oklah tetiba banyak pulak nak dibebel malam ni. Sanggup aku tak buat cookies malam ni sebab nak nengok bola JDT je, nasib menang tau. 

Dah esok budak-budak nak naik sekolah, so nak kena tido dah ni...

Sekian, tq sudi baca!

23.10.14

Kisah nama dan makna

Tahniah kepada blogger comel molek Yuyu Zulaikha yang telah selamat melahirkan anaknya pada 10 Oktober lepas. Comel baby nya, geram nengok.

Malam tadi baca fb Yuyu dapat tau nama baby dah ditukar dari Luke Muhammad kepada Habib Muhammad setelah mendapat pandangan dari ustaz. Nama dan makna yang sedap, mudah-mudahan Habib akan terus membesar sebagai anak yang sihat dan soleh yea..

Bila baca kisah Yuyu tukar nama anak ni teringat kisah nama anak sendiri..Iye nama anak kedua aku Zara (Permaisuri) Afina (Yang Memaafkan). Teruja dapat baby girl aku memang dah excited nak guna nama Zara sebab suka pada nama Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim Davidson (isteri Raja Dr. Nazrin Shah). Aku bayangkan kalau nama Zara tu mesti la cantik dan lembut je macam Tuanku Zara tu (nengok betapa berangannya aku kan?)

Tapi terus terangla Zara ni memang bayi yang mudah diserang sakit demam dan macam-macam lagi. Klinik dan hospital dah macam rumah kedua dah. Dan mak aku pernah la suruh aku tukar nama, katanya nama Zara tu berat la apa la, tak terbawak anak aku tu, huhu..

Aku ni pulak jenis yang eh, takkan la kot...Susah la nak percaya benda-benda tu semua. Tapi takdelah Zara ni memanjang sakit je sampai aku tak boleh buat apa, tapi kalau dalam sebulan demam tu bukan sekali la..So pasrah dan redha je la kan..Masa tu pun aku takde mintak pandangan ustaz so memang teguh gitu nak guna nama Zara tu sampailah sekarang ni kan..

Alhamdulillah lepas umur dua tahun Zara makin sihat dan makin bijak. Syukur pada Tuhan. Tak taulah kenapa aku memang nak sangat nama Zara tu, sebab aku rasa macam cantik kot haha...Lepas tu perangai Zara pun macam princess la, berangan tak tentu hala macam aku gak masa kecik-kecik. So far ok je nak jaga Zara ni tapi kuat merajuk pun cam aku gak.

Yang pasti semua anak aku namanya memang mula dengan Z, tak tau kenapa aku suka dengan Z. Kesian diaorang nak kena tunggu sampai akhir masa nak periksa ke interview ke apa ke kan..Pasrah jelah ye anak...Zarif walaupun start huruf Z tapi dia selamat sebab ada Muhammad kat depannya.

- Muhammad Zarif
- Zara Afina
- Zahia Aisyah

Adik aku lagi lah senang..Anak dia dua orang nama semua pendek belaka satu perkataan je;

- Nasya
- Nuha


Sekianlah entry aku untuk hari ni...

21.10.14

Cari sumber sahih | JDT kalah 4-3 jer..

Jujurnya aku tak suka orang yang suka forward gambar atau pun berita yang tak sahih kat media social ni..(esp fb la). Sebelum nak forward please siasat dulu dari sumber yang sahih. Mostly kalau aku terima apa je berita yang mencurigakan aku terus check kat twitter atau mana-mana suratkhabar online (biasanya mstar atau berita harian). So please la, pada sesiapa yang nak share do check yea jangan main sebarangan share takut boleh menimbulkan fitnah kalau tak betul.

Ok hari ni aku rasa ngantuk dan macam penat la pulak (asal bos takde mesti nak ngantuk, cuba kalau bos ada, hehe). At least malam tadi aku dapat tido lena walaupun JDT kalah dengan Felda United, tapi kalah melawan, insya allah Sabtu ni boleh menang hehe..Baik 4-3, kalau 4-1 mau nangis aku huhu..JDT please do the best ya, korang kena menang Sabtu ni, kalau menang dan masuk ke final tu dah dikira hadiah perkahwinan untuk TMJ tau (TMJ nikah Jumaat ni)...So make sure menang tau!

Bijak sangat kan dia ni?

Tolonglah budak kecik sorang ni, makin la panjang akal..Geram pun iye jugak. Ni aksi petang semalam memang spontan dia buat depan aku dan mrhubby. Dia ingat dia stuntman ke apa, tak padan kecik hehe..

Tiap hari aku memang nak balik awal sebab tak sabar nak jumpa budak kecik ni tau, hilang stress bila jumpa dia, puas dapat gomol-gomol dan dengki dia haha...Tapi dia bukan makan saman pun, lagi ditegah lagi dia buat...






20.10.14

Cookiesjer

Kecoh betul isu anjing sekarang ni kan, dah jadik viral kat fb dan lain-lain. Pada aku haram tetap haram. Boleh pegang dalam kes tertentu dan darurat je. Memang pelik sangat sekarang ni, dah tak tau nak beza benda yang halal dan haram...Malas nak ulas lebih-lebih, sebab korang boleh je baca kat internet dah banyak dah ustaz dan orang perseorangan ulas, masing-masing ada pendapat sendiri dan aku pun sama..

Dah jom cerita pasal lain;

Malam tadi aku rehat buat cookies, setelah berhari-hari asik buat choc chip cookies lepas tu rasa malam tadi nak rehat tapi tak rehat gak sebab tangan gatal nak buat banana choc chip muffin pulak..Lama tak buat muffin, so dapat la beberapa cup dah abis pun..Kejap je kan..Kalau buat cookies tu nampaklah jugak bayangnya walaupun laju jugak tangan yang amik dan masuk mulut..:)

See kesedapannya sampai menjilat jari ok..

Malam ni sambil nengok JDT lawan Felda United sambil adun la untuk cookies tu. Buat ada stok nanti jual la kat kawan-kawan, boleh buat makan-makan masa cuti Deepavali hehe...

Macam aku cakap aku buat ni suka-suka je, ala buat-buat tambah duit gula-gula..Kebetulan aku memang peminat coklat dan peminat choc chips so aku buat la..Kalau beli kat kedai tak puas makan, mahal pastu sikit hehe..Tujuan aku buat nak bagi orang happy, sambil makan sambil tersenyum puas gitu hehe...


 Amboi siap sticker gitu ok..
Instagram : Cookiesjer (tapi aku belum buat lagi akaun tu)


Sebelum ni aku buat saiz kecik tapi orang yang order semua nak saiz botol besar ni so aku buat la untuk diorang..Alhamdulillah yang penting customer suka, sebab bukan senang nak puaskan hati customer. Mesti ada kurang sikit here n there tapi oklah, not bad hehe..

Buat masa sekarang aku buat choc chip dulu cookies lain nanti la dulu sebab choc chip ni biasanya all time favourites..

Oklah itu jer..Sekian tq sudi baca!









16.10.14

Gunting rambut & dan perkembangan Aisyah

Dari sebelum puasa lagi aku tak gunting rambut dak kecik Aisyah ni, nak g kedai asik tak pegi-pegi last-last aku gunting je rambut dia hari Ahad ke Isnin haritu...Gigih sangat tau sebab aku memang tak pernah gunting rambut dia ni...

Ikutkan mrhubby tak bagi aku guntingkan sebab dia tau kan aku akan buat tak senonoh tapi aku dah tak tahan rambut depan dia dah panjang sampai nak tutup mata so guntingkan je laa..

See comel je kan, dah macam mangkuk rambut tu hehe
Ala rambut dia cepat panjang so takde hal la..

Aku takmo rambut dia pendek sangat nanti dah macam boy, gini kan nampak cam siuman je nampak la cam gegirl...Tapi cam muka budak nakal pun ada gak huhu..

Tapi sehari lepas gunting rambut boleh pulak dia demam...


Tapi sekarang alhamdulillah makin baik, demam kejap je, merengek nak berdukung je, tapi sehari jelah..Nasib la ada abang dengan kakak yang baik hati boleh layan si adik yang dok meragam jer.

Kalau tanya apa perkembangan Aisyah sekarang ni di kala usia 1 tahun 4 bulan..

- Setakat panggil ibu (tapi hujung je la bu..), bah (abah) tu bolehla..
- Pantang nampak kucing
- Pantang nengok orang bukak peti ais
- Pantang nengok orang minum air guna straw (dia nak jugak)
- Susah nak share benda dengan orang (especially makanan dengan air la)
- Suka makan
- Suka mengamuk tak tentu hala kalau ada benda yang dia tak puas hati
- Suka playground atau theme park (suka sangat main slide)
- Suka diurut
- Sampai sekarang takmo minum botol susu kat rumah, so pasrah je laa

Pagi ni pulak aku baru perasan dan check buku merah, aku patutnya bawak Aisyah checkup 27/8 hari tu sampai la ni aku tak pegi pun huhuhu..Aku ingat terus datang masa umur dia 1 tahun 5 bulan untuk injection nanti..Takpelah sat nanti aku telefon klinik, suka hati aku je kan..


Ni video malam tadi, dia dok menyakat abang dia yang tengah tido, sibuk tabur bedak konon cam nak urutkan abang dia..
Tapi lepas dari tu abang dia boleh bangun dan mengamuk macam monster terus dia takut nak dekat dengan abang dia lagi (tak masuk dalam video)..

video


Sekian tq sudi baca! Yeay hari ni hari Khamis, esok dah cuti dan hari ni dah gaji (tapi tak syok gaji awal so buat tak tau je la)

15.10.14

Cabar diri & MUET

Entah kenapa aku terasa macam nak amik MUET tahun depan. Aku bukanlah terror sangat tapi English antara fav subject aku. So saja nak cabar diri nak nengok boleh dapat band berapa..

Aku tau isu MUET ni hangat diperkatakan sejak pembentangan bajet 2015 minggu lepas. Well aku kerja kat universiti so aku tau sangat macamana payahnya la student nak dapat band 3 (sem lepas) untuk grad baru-baru ni..

Aku ni memang faham English tapi bab cakap tu takdelah fluent sangat tapi bolehla..Rasanya berkat abah aku ajar dari dulu sebab tulah aku dan adik beradik takde masalah dalam English. Nak faham English takde cara lain melainkan membaca, buat latihan dan bercakap.

Serius aku pun tak cakap English kat rumah, tapi bolehlaa..Kalau bab baca pun aku lebih suka baca buku melayu sama jugak kalau nengok drama ke movies memang yang melayu la aku utamakan..:) Sebab tulah anak-anak aku takdelah terror English, semua ikut aku yang layan cerita melayu jer..Tapi diaorang faham la English tu..Oh ye lagi satu aku memang cukup pantang bila anak-anak aku nengok kartun tukar bahasa melayu..Pantang tau aku dengar Sofia the first tu cakap melayu, Mickey Mouse ke ataupun Hi 5 ke semua dalam bahasa melayu..No way ok..Biar tak faham tapi itulah proses belajar nya..

Tapi sejak isu MUET terus aku rasa seram la pulak..Masih tak terlambat, nak didik anak-anak ni, maklumlah kan, dalam hal ni aku takmo harapkan cikgu semata-mata ataupun lecturer ke, sebab sebagai ibu bapa kita pun kena mainkan peranan.

Contoh terdekat macam anak sedara aku, baru 7 tahun tapi English memang bagus. Memang adik aku banyak mainkan peranan didik anak dia. Tapi aku akui la memang aku pemalas sikit so aku rasa nak kena ubah la..

Bukanlah nak suruh anak speaking tak tentu hala sampai abaikan bahasa kita sendiri, at least seiring ok..Fleksible pun yea gak, takde masalah kalau berhadapan dengan apa situasi yang memerlukan kita bercakap dalam English mahupun Bahasa Melayu.

Pada adik-adik kat universiti tu yang rasa isu MUET ni membebankan janganlah fikir macam tu yea..Walaupun gred band tu dah dinaikkan tapi cuba cabar diri..Yea tau untuk graduan benda tu macam nampak menyusahkan (takut nanti kalau tak dapat band yang sepatutnya tak grad pulak kan) so kena usaha dari sekarang. Kita fikir yang positif je ok.

Mungkin dari segi pengurusan MUET pun kena ada perubahan kot especially bab listening (sebab ada student pernah mengadu kat aku yang bila bab learning tu diaorang tak dengar sangat), kan ke bagus kalau ada penambahbaikan yea tak?

Insya allah fikir yang baik-baik, usaha dan doa, mesti boleh. Tapi kalau asik merungut dan cakap tak boleh, memang tak boleh la jawabnya..Be positive!!

Teringat dulu masa zaman sekolah abah aku jenis beli paper NST dan paper melayu yang lain, tapi kitaorang ni lebih teruja capai paper melayu dari NST tu..Sian NST tu memang abah aku jelah yang baca..Eh aku baca gak tau, tapi gitu-gitu je la hehe..Lagi satu korang rajin-rajinlah baca Readers Digest yea..

Tq sudi baca!

14.10.14

Buatlah side income kalau nafsu membeli tu besar

Aku sebenarnya kan pasrah je nak menghadapi tahun depan walaupun aku tau kerajaan akan mula melaksanakan GST. Dan aku sedar banyak perubahan dalam hidup akan berlaku mulai tahun depan (walaupun dah mula terasa sikit-sikit dari sekarang).

Apalagi la aku nak cakap dan nak buat kalau itu kerajaan yang nak buat, hakikatnya aku rakyat bawahan je. Bersyukur sebab aku dan mrhubby masih lagi bekerja dan punya rumah sendiri. At least aku dah ada rumah sendiri, walaupun kena potong banyak, rumah tak berapa besar tapi aku bersyukur ada tempat perlindungan dan harga rumah pun bukan main mahal giler sekarang..Bersyukur sebab jarak rumah dengan ofis dan sekolah anak semua dekat..So apa lagi aku boleh cakap melainkan bersyukur seadanya.

Aku pernah baca ke dengar Dato Dr. Fadzillah Kamsah cakap - dalam zaman sekarang ni, kita tak boleh nak jimat semata je (celah mana nak jimat lagi aku pun tak tau..) tapi kita kena tambah pendapatan jugak..Harga makin naik, kalau itu keperluan takkan la nak jimat je yea tak..Suka tak suka pun kena beli jugak..The best thing is tambah pendapatan. Buatlah apa je bisnes, insya allah ada rezekinya yang penting ada pendapatan, tu pasal aku jual cookies hehe..At least adalah duit sikit kan..Orang kita ni walaupun harga naik, tapi kuasa membeli tu tetap ada - nafsu besar cam aku jugak, huhu..So kalau suka shopping haruslah tambahkan pendapatan kan??? Tapi bila dah nak buat side income memang kita kena berkorban masa..Yang penting kena ada kerjasama dan pandai menguruskan masa..Kalau tak memang huru hara ok, mana nak uruskan anak, suami, makan minum, bisnes lagi, customer, kerja ofis, mana nak uruskan bos (cam aku yang secretary ni kan), tu belum masa dengan Tuhan lagi..Takkan nak kejar duniawi je, tapi lupakan Tuhan kan? Rezeki yang kita dapat pun Tuhan yang tentukan..


Aku ada member (penolong pembantu tadbir) anaknya 7 orang, dia boleh menyimpan seribu atau mungkin seribu lebih sebulan,..Dia dan suami memang pandai menyimpan, berjimat dan hati kental dari shopping-shopping macam aku ni, huhu..So tak kisahlah gaji berapa pun memang takde masalah pada dia..Aku selalu jadikan dia role model dan selalu tanya pada dia macamanalah nak ikat nafsu yang suka membeli ni...Benda yang tak perlu pun dah nampak macam keperluan huhu..Dia takde pun kisah pasal fesyen ke, makan luar, online shopping ke dan apa-apa laa..Apa yang ada pada dia memang mencukupi..Yang penting keperluan asas cukup, memadai dan duit cukup untuk keperluan diri dan keluarga.


Boleh je nak jadik cam kawan aku tu- tak kisahlah gaji korang 2500 ke 25000 ke tapi kalau berjaya kunci nafsu dari nak membeli yang bukan-bukan, insya allah cukup je..Tapi terus terang aku tak boleh jadik cam kawan aku tu..Sebab nafsu membeli aku tinggi so aku kena carik duit lebih..

Setiap orang ada cara macamana nak menyimpan dan menangani masalah kewangan so aku harap mulai tahun depan aku dapat menambah pendapatan dan mengawal kewangan dengan baik..At least aku pun dah mulakan langkah pertama untuk mulakan side income..Ada lagi perancangan hujung tahun ni, harap semua dipermudahkan.











13.10.14

Posing dengan payung

Ok hari ni seawal pagi update untuk korang yang tersayang, eceh mengada sangat ni..Tajuk entry dah kenapa posing dengan payung? Hehehe, teruskan membaca yea..

Khamis lepas aku terlibat dengan majlis di fakulti, biasalah masa tu dah nak dekat waktu konvo memang ada macam-macam majlis (majlis konvo masih lagi berlangsung dan hari ni hari last). 

Alhamdulillah majlis kat fakulti selesai dengan jayanya..Habis majlis mestilah sesi makan yea tak?

Lapar tak?? Sedappp..

Habis makan dan settle semua, gigih ajak anak-anak pergi pesta konvo, saja nengok-nengok je masa tu, banyak betul booth yang jual baju, tudung, shawl, ohhh rambang mata tau..

Lepas dah abis round semua booth (padahal tak abis round semua pun pasal tak larat), aku ajak diaorang pegi library pulak..Gigih tau semata-mata nak bergambar dengan props payung...Payung??
Ha nengok ni..

Tak kisahlah baju sekolah pun kena paksa posing :)

Ha ni lagilah pakai baju ala kadar dan baru bangun tido pun kena paksa posing

Teruja katanya..


Cantik kan...Aku orang yang takde seni so aku amik gambar direct je cuba kalau orang berseni mesti hasilnya berbeza. Yang pasti budak-budak konvo tahun ni puaslah nak bergambar...:)


Sekian tq sudi baca!


12.10.14

Biskut hangit - tak semuanya indah


Kadang-kadang tak semua yang kita impikan akan jadik kenyataan. So pasrah jelah yea..Ini malam tadi tengah sibuk membakar cookies sekali terbau hangit, so terima la dengan hati yang redha..

Tengahari nya aku buat ayam panggang so suhu tu aku dah adjust dekat 200 darjah. Bila malamnya aku nak bakar cookies aku lupa nak adjust (cuai biasalah kan..), sekali bila dah terbau hangit selamat laaa...

Yelah kan, sama jugak dengan hidup ni, tak semuanya nampak indah je, adakalanya kita kena terima kekurangan dalam kehidupan tu yea...

Sekian..

10.10.14

Cubaan bagi botol susu Como Tomo

Ha get ready nak dengar bajet jap-jap lagi..Tapi aku takde pun nak harapkan apa-apa, kita dengar je la..Aku sibuk buat cookies haha, alhamdulillah ada permintaan dan macam aku cakap, aku pun buat ikut kemampuan.

Oklah jarang betul aku nak update hari Jumaat tapi sebab aku rajin maka aku update la..Iklan nuffnang tu dah melambak maka tunjuk rajin la sikit update blog, hehe..

Ni ha aku nak cerita masalah aku sejak lahirkan budak kecik ni tak selesai sampai sekarang. Umur dah dekat setahun 5 bulan tapi still taknak botol susu..Kat taska aku bagi botol gak tapi dia ni hisap main-main tau tak, kira macam gigit-gigit je puting botol tu. Confuse aku, dia ni tau hisap botol ke tak? Cakap jelah botol apa yang aku tak beli? Dari yang murah sampai la ke mahal, puting pun sama gak..Sampai aku dah fobia nak beli lagi sebab dia memang menolak..

Tau tak kalau mrhubby amik aku balik kerja je, Aisyah akan terus terjah aku dan nak bf macam sehari tak minum langsung...Memangla bagus bf kan tapi nya kalau taknak terus minum botol memang payah la aku nak buat kerja lain..Dah aku pun kena dok baring sekali dengan dia kat katil sampailah dia puas betul-betul..Kalau time aku penat memang syiok la sebab aku boleh tido sekali haha..Tapi kalau time aku nak buat kerja lain memang leceh sikit..Kang kalau aku bergerak sikit je terus dia melalak macam apa je...

Sehari sebelum raya haji haritu aku tergerak nak beli botol baru..Walaupun aku tak tau la dia nak minum ke tak, tapi aku gigihkan jugak nak beli...

Sebelum tu aku ada google jugak la jenis-jenis botol susu dan puting yang ok dan boleh in la dengan budak yang macam Aisyah ni kan..

So hasilnya aku pun beli la botol susu Como Tomo..Weiii harganya seram sikit la tapi demi anak kan..Masalahnya botol susu murah pun aku dah beli pun sama gak yea..So kali ni aku pasrah dan redha gitu.

Botol cantik tau kaler pink :)
Kalau aku ni kecik harus teruja nak hisap botol ni..

Nengok tu Soft Hygienic Silicone tau

Tapi masa mula-mula dapat dia punyalah teruja tak bagi orang lain pegang pun botol ni..Aku dah cam happy gila ok macam ada aura la dia nak hisap botol ni hehehe..Senang la aku nanti..

Tapi apa yang diharapkan tak kesampaian ok..Serupa je dengan nasib botol-botol yang lain...Tapi sebab harganya mahal sampai sekarang aku masih gigih lagi bagi dia botol ni, tak kiralah apa cara sekalipun aku akan pastikan dia minum gak guna botol ni...

Dia cuma suka nak gigit-gigit je, ermmmm..
Why oh why Aisyah??? Why???

Korang ada idea tak? Hishhh pelik betul la anak no. 3 ni.. Anak yang lain ok je minum botol yang sorang ni payah betul tau..Aku kalau boleh nak dia ni fleksible cam anak-anak aku sebelum ni, direct feed dan botol pun boleh takde hal..

Sekianlah coretan untuk hari ni..Tq!

9.10.14

Bila anak banyak bertanya

Alhamdulillah dah Khamis pun. Tapi tak dapat balik awal petang ni sebab ada majlis fakulti so redha la kena balik pukul 5 tapi takpe, demi tugas...
Sabtu ni pulak mrhubby sekolah sebab ada majlis graduasi, nengok budak-budak sekolah sekarang untung tau siap ada majlis graduasi bagai dah macam nak konvo ok.. So masa untuk keluarga tinggal esok jelah..

Hujung minggu memang masa untuk keluarga so kena plan nak buat apa ek..Maybe nak bawak main kat padang kot..Nengoklah keadaan dan harap cuaca pun ok yea..Minggu ni confirm Parit Raja sesak sikit sebab ada majlis konvokesyen (dah tentu ada pesta konvo yea), tiap tahun aku memang tak lepaskan peluang ke pesta konvo..Ala kadang bukan beli apa pun saja jalan-jalan cuci mata..Kalau ada benda best dan murah cuci duit sekali la jawabnya hehe..

Ada satu hari tu dalam minggu ni lepas solat maghrib, Zara tanya banyak soalan kat aku...Sekarang ni dia mulut kepoh sikit dan memang banyak tanya la..Kalau korang nak tau masa kecik Zara ni jenis pendiam dan lambat cakap..Ingat versi mrhubby stok pendiam rupanya kepoh macam aku jugak haha..Setakat ni semua anak-anak aku kecoh cam aku takde yang pendiam pun macam mrhubby hehe..

Yang sorang lagi tu buat hal sendiri jer..

Antara yang ditanya,
"Ibu, kenapa setan takmo tunduk pada Nabi Adam?"
"Kenapa masa kecik orang tu baik dan dah besar dia jadik jahat?"
"Kenapa cikgu adik kadang-kadang suka marah tapi kitaorang takde buat apa-apa?"

Sebenarnya banyak lagi soalan dia tapi aku dah lupa la pulak...Gitulah bila ada anak yang dah mula petah tanya soalan..Aku cuba layan dan jawab ikut kemampuan. Tapi kan aku memang suka orang yang banyak tanya sebab kadang aku pun suka tanya dan suka jawab soalan hehe..


Lepas dari sesi menjawab soalan tu, si adik dah mula nak buat perangai nak mengamuk, apalagi kakak pun mula la gunakan kepakaran dia nak pujuk si adik;

Ha adik akan tenang bila diurut, hehe..
Sebenarnya semua orang pun akan rasa tenang bila diurut kan?? :)


Sekian coretan untuk hari ini, tq sudi baca!

8.10.14

Biar murah...

Pernah tak korang ada perasaan macam rambang mata nak beli barang-barang yang branded harga yang mahal tapi bila dah beli, end up korang bukannya nak pakai barang yang mahal tu, yang murah jugak dicari..Biar pun murah yang penting selesa kan???

Aku selalu macam gitu tau, kadang suka beli yang mahal sikit (bukan mahal beribu) contohnya kalau kasut tu harga dalam 100 lebih, punyalah teruja gila..Perasan macam kalau mahal tu dah kira hebat..Tapi bila pakai rasa biasa-biasa je..Sekali bila beli yang harga 30rm punyalah sedap selesa pakai macam taknak bukak je kasut tu..

Aku selalu kena macam tu so aku tak suka...So pengajaran kalau aku dapat kalau nak shopping aku kena sangat berhati-hati, amik masa dan bersabar walaupun hakikatnya aku tak boleh sabar dan malas nak jalan banyak kali..Sebab tu kalau nampak yang best je cepat je aku sambar..Malas tau nak tilik satu barang tu lama-lama dan pergi banyak kedai. Tapi since dah kena macam tu je kan, aku cuba ajar diri untuk lebih bersabar bila shopping dan bertabahlah untuk round kedai banyak kali untuk cari something yang worth it dari segi harga dan bagi kepuasan pada diri sendiri...

Pengajarannya mahal tak bererti best, biar murah yang penting selesa!

Sekian...

Cerita Raya Haji 2014

Fuhh blog pun macam terabai, nak sangat update semalam tapi memang tak sempat. Minggu ni macam kelam kabut tapi hari ni aku cuba update sebab aku rindu kat korang! Hujung minggu ni adalah majlis konvokesyen universiti aku so agak kelam kabut sikitlah padahal aku tak bertugas pun tapi tetap sibuk urus macam-macam perkara.

Raya haji tahun ni aku rasa raya haji yang paling best sebab adik beradik aku balik kecuali yang no. 2 tu jelah sebab dia baru bersalin kan..Tapi hari Isnin lepas, mak abah aku ikut adik-adik aku balik KL sebab nak nengok cucu baru dia tu, maybe dua minggu kot kat KL tu.

Tahun ni pun takde buat korban, insya allah kalau ada rezeki tahun depan nak buat, semoga dipermudahkan.


Susah betul nak nengok diaorang main sama-sama macam ni
Umar dan Aisyah (beza umur 5 hari je)

Ni baru balik nengok lembu dikorbankan (ada 5 ekor lembu)
Serius diaorang berani, sampai sekarang pun aku tak pernah nengok lagi

Sebenarnya bila raya haji ni takde apa pun yang kitaorang buat sangat melainkan makan dan kaum lelaki pegilah tolong melapah ke atau buat apa yang patut..Tapi sebab takde buat korban maka takde apa sangat la nak dibuat..

Petangnya kitaorang pergi la ke rumah kakak ipar untuk makan-makan lagi..Entah berat aku naik berapa kg la agaknya sebab memang makan dan makan je la hehe..Tapi takde gambar makanan pun aku letak..

Aku kalau dah namanya perayaan gini memang takde istilah diet, makan selagi boleh cuma aku sangat berhati-hati nak makan rendang (sebab pernah ada bad history berkaitan rendang kecuali rendang yang mak aku masak la..).


Ni pakcik, makcik dengan anak sedara..:)
Zarif tu aku dah bawakkan baju lain, baju tu jugak dia nak pakai - fav baju kononnya

Tido keletihan gayanya macam dok melapah lembu je hehe

Sekianlah cerita raya haji aku yang tak seberapa sangat melainkan rasa happy sebab majoriti adik beradik semua ada walaupun ada yang tak sihat, tapi aku happy sebab bukan senang semua nak balik dan berkumpul sama-sama..Lagi gembira bila nengok abah dah mula sihat beza sangat masa raya haji tahun lepas..

Terima kasih sudi baca!









6.10.14

Lembu lari di Batu Pahat



Batu Pahat: Penduduk dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bentara Luar di sini, gempar selepas tiga daripada 14 ekor lembu untuk dikorbankan melompat daripada lori yang diparkir di masjid itu sebelum berlari menghala ke pusat bandar. 

Dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, tiga lembu itu disedari melompat daripada lori sebelum orang ramai yang berada di masjid berkenaan cuba menangkap tiga haiwan itu.
Ketiga-tiga lembu itu berlari ke arah bandar dan menyebabkan orang ramai terkejut sebelum dua daripadanya berjaya ditangkap di Jalan Mohd Khalid dan Jalan Shahbandar di sini.

Ahli Jawatankuasa Program Masjid Bentara Luar Nordin Mohamad berkata, selepas berjaya menemui semula dua ekor lembu, pihaknya terus menyembelih seekor daripada haiwan berkenaan yang termasuk ke dalam longkang di Jalan Mohd Khalid manakala seekor lagi dibawa semula ke masjid menaiki lori. 

"Kami menggunakan khidmat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengesan seekor lagi haiwan itu yang masih hilang sehingga jam 6 petang dipercayai berada di dalam semak di kawasan Tasik Merdeka," katanya.

Sumber berita : Harian Metro


Serius aku baru tau berita ni petang semalam, dalam sejarah ni. Mujurlah aku takde kat jalan raya ni kalau tak naya je nampak lembu lari kat tengah jalan hehe..Lembu lari jalan bertentangan pulak tu huhu..Tak taulah seekor lembu lagi yang dikatakan hilang tu dah jumpa ke belum.

2.10.14

Test market - choc chip cookies

Entah tak tau sejak bila minat nak baking ni menjadi-jadi..

Bukanlah pro sangat tapi boleh la..Sekarang ni aku tengah sibuk buat choc chip cookies. Dan bolehlah untuk sesiapa yang berminat nak order.
Minggu ni masih lagi dalam proses tester maybe sampai minggu depan kot..:)

Tapi aku tak buat dalam bekas besar seadanya saja macam dalam gambar ni - kuantiti cookies nya dalam belasan la. Sebab nama pun part time takut tak mampu nak buat dalam bekas besar lagi satu aku suka saiz macam ni sebab just nice je, hehe..

Alhamdulillah semalam dah ada first customer tapi dia nak ambil petang esok, member aku jugak..Takpe, kita mula slow-slow.

Buat cookies ni laju je orang kat rumah makan, belum sempat penuh balang asik abis je, fav Aisyah jugak ok.

Baru nak cuba bakat - 016-7931644


Sekian, tq sudi baca!

1.10.14

Cucu yang keenam

Alhamdulillah bertambah lagi cucu mak abah aku menjadikan keseluruhan cucu semuanya 6 orang - 2 lelaki dan 4 perempuan..See, ramai perempuan dari lelaki hehe..

Tahniah pada adik aku yang kedua Mai yang telah selamat menjalani operation petang semalam dan melahirkan seorang baby perempuan yang comel..

Welcome to the world Baby N - 30/9/2014

Meh kenal dengan cucu mak abah aku yea..

Muhammad Zarif (cucu pertama - 9 tahun)
Zara Afina (cucu ketiga - 6 tahun)

 Nasya (cucu kedua - 7 tahun)

Umar Daniel (cucu keempat - 1 tahun lebih)

 Zahia Aisyah (cucu kelima - 1 tahun lebih)
Dia ni lahir 5 hari selepas Umar


Dan cucu keenam mak abah macam gambar kat atas sekali tu la..:) Alhamdulillah dikurniakan anak sedara yang comel dan bijak..Rasa meriah dan seronok bila ahli keluarga dah makin bertambah.

Tunggu la adik laki aku pulak tahun depan, mana tau bertambah lagi hehe..
Sumber gambar Nasya dan Umar : Instagram adik aku





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...