8.10.14

Cerita Raya Haji 2014

Fuhh blog pun macam terabai, nak sangat update semalam tapi memang tak sempat. Minggu ni macam kelam kabut tapi hari ni aku cuba update sebab aku rindu kat korang! Hujung minggu ni adalah majlis konvokesyen universiti aku so agak kelam kabut sikitlah padahal aku tak bertugas pun tapi tetap sibuk urus macam-macam perkara.

Raya haji tahun ni aku rasa raya haji yang paling best sebab adik beradik aku balik kecuali yang no. 2 tu jelah sebab dia baru bersalin kan..Tapi hari Isnin lepas, mak abah aku ikut adik-adik aku balik KL sebab nak nengok cucu baru dia tu, maybe dua minggu kot kat KL tu.

Tahun ni pun takde buat korban, insya allah kalau ada rezeki tahun depan nak buat, semoga dipermudahkan.


Susah betul nak nengok diaorang main sama-sama macam ni
Umar dan Aisyah (beza umur 5 hari je)

Ni baru balik nengok lembu dikorbankan (ada 5 ekor lembu)
Serius diaorang berani, sampai sekarang pun aku tak pernah nengok lagi

Sebenarnya bila raya haji ni takde apa pun yang kitaorang buat sangat melainkan makan dan kaum lelaki pegilah tolong melapah ke atau buat apa yang patut..Tapi sebab takde buat korban maka takde apa sangat la nak dibuat..

Petangnya kitaorang pergi la ke rumah kakak ipar untuk makan-makan lagi..Entah berat aku naik berapa kg la agaknya sebab memang makan dan makan je la hehe..Tapi takde gambar makanan pun aku letak..

Aku kalau dah namanya perayaan gini memang takde istilah diet, makan selagi boleh cuma aku sangat berhati-hati nak makan rendang (sebab pernah ada bad history berkaitan rendang kecuali rendang yang mak aku masak la..).


Ni pakcik, makcik dengan anak sedara..:)
Zarif tu aku dah bawakkan baju lain, baju tu jugak dia nak pakai - fav baju kononnya

Tido keletihan gayanya macam dok melapah lembu je hehe

Sekianlah cerita raya haji aku yang tak seberapa sangat melainkan rasa happy sebab majoriti adik beradik semua ada walaupun ada yang tak sihat, tapi aku happy sebab bukan senang semua nak balik dan berkumpul sama-sama..Lagi gembira bila nengok abah dah mula sihat beza sangat masa raya haji tahun lepas..

Terima kasih sudi baca!









5 comments:

  1. semua x sihat kan sis,sy pon xbape nk sihat.lama pulak demam,dgn cuaca yg x elok ni.nasib makan still selera.hehehe

    #BW sambil klikklik IKLAN nuffnang!

    ReplyDelete
  2. Raya haji sy aritu pun mmg keje mkn jelah. Bkn ada aktiviti pun. Huhuhu!

    ReplyDelete
  3. Aisyah & Umar tu main ada cakap-cakap ke Huda?
    Main sama-sama tapi nak berbual masing-masing tak pandai lagi kan..

    ReplyDelete
  4. Lya raya ni plig sempoi.. xde pkai bju raya pom. Nk jln rya pom x smpt

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...