8.10.14

Biar murah...

Pernah tak korang ada perasaan macam rambang mata nak beli barang-barang yang branded harga yang mahal tapi bila dah beli, end up korang bukannya nak pakai barang yang mahal tu, yang murah jugak dicari..Biar pun murah yang penting selesa kan???

Aku selalu macam gitu tau, kadang suka beli yang mahal sikit (bukan mahal beribu) contohnya kalau kasut tu harga dalam 100 lebih, punyalah teruja gila..Perasan macam kalau mahal tu dah kira hebat..Tapi bila pakai rasa biasa-biasa je..Sekali bila beli yang harga 30rm punyalah sedap selesa pakai macam taknak bukak je kasut tu..

Aku selalu kena macam tu so aku tak suka...So pengajaran kalau aku dapat kalau nak shopping aku kena sangat berhati-hati, amik masa dan bersabar walaupun hakikatnya aku tak boleh sabar dan malas nak jalan banyak kali..Sebab tu kalau nampak yang best je cepat je aku sambar..Malas tau nak tilik satu barang tu lama-lama dan pergi banyak kedai. Tapi since dah kena macam tu je kan, aku cuba ajar diri untuk lebih bersabar bila shopping dan bertabahlah untuk round kedai banyak kali untuk cari something yang worth it dari segi harga dan bagi kepuasan pada diri sendiri...

Pengajarannya mahal tak bererti best, biar murah yang penting selesa!

Sekian...

5 comments:

  1. Huda perasan tak ada iklan sabun - mahal tak semestinya baik dan murah tak semestinya tak baik (lebih kurang macam itulah)..

    ReplyDelete
  2. betul..pilih lama2 pun tak pe..tak rugi duit yang keluar..selalunya beli kasut dan beg la jadi macam tu..dah bawak balik umah baru rasa nyesal sebab beli..

    ReplyDelete
  3. betul lah yang murah tak semestinya tak elok kan... so kena pandai pilih yang mana sesuai

    ReplyDelete
  4. Sy klu bab baju, mmg klu boleh cri yg murah. Hahahah! Sy ni cheapskate sket tau. Even baju anak pun, sy beli yg murah2 je. Mcm t-shirt Aydin (bkn t-shirt basahan tapi t-shirt bt jalan2), sy beli 3 lai RM50. Murah, kan? Jdk kesayangan sy lak tu. Huhuhu! Bju sendiri, lglah. Klu boleh, nak yg selai RM10. Cuma bab kasut je, sy pnh ada experience beli murah tp slalu x thn lama. Klu kasut, mg sy tak kedekut beli mhl2 sket janji thn smpi 2-3 thn. Kasut yg sy pki skg ni dr zaman mengandungkan Aydin lg. Msh lasak dan selesa pki.

    ReplyDelete
  5. Lya bab mcm ni akn pilih y berbaloi.. iaitu murah n bkualiti. Biar cap psr mlm pom

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...