19.1.12

Habit ke?

Khamis sudah..Esok jumaat, next week cuti, yeay..

Nak citer sikit dan tanya, adakah anak-anak korang semua punya habit yang pelik? Macam Zarif n Zara la ni aku nak share..

Diaorang ni memang ada habit yang pada aku pelik laa..Mula-mula aku rasa biasa-biasa je, tapi sekarang aku rasa cam luar biasa, hehe..

Zarif kalau sebelum tido, dia mesti nak main siku abah dia, tak dapat abah dia punya siku, amik aku punya siku pulak..Mesti nak pegang-pegang, main-main kat siku baru dia boleh tido.

Yang Zara lagi la pulak..Mesti nak pusat aku..Main-main kat pusat dan baru boleh tido. Dengar macam kelakar kan..Serius, aku rasa mula-mula macam biasa je, tapi lately ni dah macam teruk pulak. Zara kalau tak dapat pusat aku, menangis-nangis menjerit-jerit kata nak pusat, nak pusat...Lawak ok..So, bila dia nak tido tu, aku terpaksa baring la sebelah dia..

Yang zarif pulak kadang bukan masa nak tido je, tak kiralah kalau pergi berjalan ke, kalau dapat pegang siku kitaorang tu macam tak boleh lepas, macam syiok je..

Ada ke anak korang cam anak-anak aku ni?

29 comments:

  1. peliknya hobi zara dan zarif..tak boleh dibiasakan hobi nie..

    ReplyDelete
  2. heheh..sy dulu suka main cuping telinga uwan sy..rindu pd arwah

    ReplyDelete
  3. Anak2 kakcik rasanya tak ada pulak tabiat macam tu... :)

    ReplyDelete
  4. kelakar... memang macam2 peel budak2ni... anak sayapun ada/..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelakar pun kak, kadang geram pun ye gak..

      Delete
  5. adik2 zakiah dulu sorang nak tidor kena main telinga arwah ayah, dan yang bongsu nak kena gosok belakang..

    tapi tak "kronik" cam zara..nak pusat, nak pusat..hihi...

    Umar pulak ada habit tak bagus..suka gigit kuku...zakiah tak pernah potong kuku dia, sebab bila nak potong dah bersih dah...selalu tanya umar kenapa dia gigit kuku..Umi tak bagi cukup kasih sayang ke?? Sebab sindrom anak kurang perhatian suka gigit kuku..Tapi rasa cam dah bg perhatian dah..huhu
    tak cukup gamaknya..:)

    ReplyDelete
  6. zara memang kronik..sibuk nak pusat..oh anak-anak akak setakat ni takde yang gigit kuku lagi..sebelum dia gigit kuku zakiah pergi ketip dulu la..

    ReplyDelete
  7. Aydin lak klu nak tido, mst nak gentel BCG sy. Hahahaha. Mcm ne tuh?

    ReplyDelete
  8. hehehe mcm2 budak2 ek..tapi mmg le kdg2 ada habit pelik2 budak2 nie..sarah biasalah ngan bebear dia (sheep) dia nak tido kena gentel2 ekor bebear tu..selebihnya normal jek..bacakn buku cerita etc..

    tapi bab zara mmg pelik hahahahaha

    ReplyDelete
  9. slm perkenalan...singgah sini n follow...

    citer pasal anak ni mmg mcm2 ragam kan...

    ank sulung sya suka kopek kuku..asal kuku pnjang sket..yg ade garisan putih tu..mmg dia akan kopek..kdg2 sampai berdarah..mmg susah nak tgk kuku dia ade yg putih tu..kuku dia mmg rapat ke isi...
    kuku kaki pon sama..jarang sgt sya berpeluang potong kuku dia...

    ReplyDelete
  10. ekekek anak2 akak semua ada habit dik .. rasanya semua budak ada koot

    yg sulung suke pegang tangan bila nak tidoo , yg anggah suke gentel sikuu dan paling lucu yg bongsu tuu suke gentel tepi baju setiap kali nak tido dan menyusu ..

    sib baik dia suke gentel tuu baju dia sendiri .. kalau baju akak huhuhu

    ReplyDelete
  11. adeh...fengsan woo... kalu takat siku tu ok kot.. tp tang pusat tu.. adeh..adeh...

    tak boleh tahan la.. klau watnya g umah sedara mara, dia mintak tak pusat tu??hehehe

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  12. dgr mmg mcm pelik.. tapi anak2 mmg selalu ada habit tu.. anak akak pun dulu mesti nak pegang ibu jari akak atau hubby bila nak tido, klu bangun malam pun tak payah minum susu, hulur jari utk dia pegang pun dia dah boleh tido semula.. akak pun tak ingat mcm mana habit tu boleh hilang sendiri..

    ReplyDelete
  13. anak aku si abang tu dulu habit main nipple daddy dia..habit sampai besar...kalau tak, tak leh tdo...adoi la...tapi satu hari tu, kami buat plan, kalau teruskan habit tu, dia kena tido kat luar rumah...terus takut...ekekek...sampai sekarang dah tak buat dah...

    ReplyDelete
  14. habit yg pelik juga tu. dulu ada anak sedara izan pun suka gentel kening di abaru boleh tido. skrg ni dah besar tgk dia masih main2 lagi kening dia...cuma pandai cover lah...

    macam2 habit pelik anak2 ni kan...

    ReplyDelete
  15. sorry huda. Akak gelak besar baca entri huda ni. Anak2 akak takde pulak peel pelik mcm ni, tp arif mmg suka main pusat dia sendiri kalau nak tido.

    ReplyDelete
  16. @intan morsalin salam kenal..oh sangat pelik gitu..macam-macam kan peel anak ni..

    ReplyDelete
  17. @ieda aah kan kak, nasib suka gentel baju dia..hehe

    ReplyDelete
  18. @Sumijelly kadang kalau keluar rumah g pasar pun dia suka-suka nak tarik baju pasal nak pusat kita, kan ke pelik tu..

    ReplyDelete
  19. @Hanis Azla wah gitu ke..tak payah minum susu? senang kerja kan..

    ReplyDelete
  20. @wahida haha, ni lagi pelik, sabar jelah kan..nasib dah berenti..

    ReplyDelete
  21. @Izan Ishak gentel kening ke? aishh, first time dengar ni..

    ReplyDelete
  22. @~ yus ~ takpelah kak, kalau nak gelak, tapi bila dah baca komen2 kat sini, budak2 ni memang ada peel diaorang sendiri la..pegang pusat sendiri takper, ni pegang pusat orang lain..:)

    ReplyDelete
  23. errrr so far xdelah habit mcm ni.. anak Queen just bantal busuk je yg dia nak kalau nak tido... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...