Mungkin bukan aku sorang yang mengalami masalah macam aku. Untuk pengetahuan anak aku yang bongsu, Zara memang agak sukar untuk makan. Dibandingkan berat badan dia dengan abangnya Zarif memang jauh sekali la..Berganda-ganda bezanya..
Bukanlah aku nak Zara ni gemuk tapi aku nak dia punya selera makan, sebab aku rasa Zara ni macam 'petite' sangat..:) Mungkin juga sebab dia perempuan, jadi selera tu kurang dari abangnya..
Sebelum ni, mungkin aku agak culas bagi dia makan atau terlalu ikut kata dia..Kalau dia kata dah kenyang, aku pun ok je..Takdelah beria aku nak panggil dia dan suap makan. Tapi sekarang, aku memang PAKSA DAN SUAP dia makan..Yea, memang aku PAKSA dia makan, walaupun dia kata dah kenyang..
Bukanlah dia makan banyak terus dia membesar dan meninggi. Yang pentingnya sumber dan zat makanan tu. Sebab tulah Zara senang dijangkiti penyakit berbanding abangnya. Mungkin kurang nutrien yang berkhasiat dalam badan.
Bagi mereka yang punya anak yang bermasalah untuk makan macam Zara, sebagai ibu kita kena work hard sikitlah. Cuba tanya apa yang anak suka makan, dan olah makanan tu jadi sesuatu yang menarik untuk dia makan. Memang penat sebenarnya kan, nak-nak lagi bagi mereka yang bekerja, tapi demi anak, kita memang kena berkorban..
Dan lagi satu, belajar untuk psiko. Itu adalah salah satu ilmu yang aku rasa semua ibu harus ada. Aku memang suka psiko budak. Yea, aku tau setiap anak berbeza perangai, tapi sebagai ibu kitalah yang kena mencorakkan dia. Hanya kita yang tau perangai sebenar anak kita..
Kalau nak lagi best, ajak anak kita tu masak sekali, bukannya suruh dia masak atas dapur gas tu, tapi ajak dia main-main dengan bahan-bahan dan tools untuk memasak. Mungkin kecah sikit la dapur, tapi sambil memasak, sambil kita bagitaulah kepentingan makananan yang berkhasiat untuk dia.
Insyaallah lama-lama anak yang susah makan tu, mesti nak makan. Macam aku terangkan kat atas tadi, sebagai ibu kita kena work hard sikit yea..
Good luck!
Nice tips huda...:)
ReplyDeleteakak kalau nak anak makan banyak, mmg semua akak suap, kalau mereka makan sendiri, mmg sikit aje makannya, lauk pun tak mahu amik.
Tapi kalau akak suap, lauk apa pun dalam tu, semua mereka bedal...huhu
kawan akak nama anak dia zharfan ngan zara macam lebih kurang lak... anak akak senang nak makan apajer janji leh makan... tapi yang pasti nasi kosongjer pun dia boleh makan....
ReplyDeletehuda .. sarah pun cam zara..dah le susah nak makan..fussy lak tu..kdg2 bawa g makan kat luar pun fussynya Ya Allah!!!...
ReplyDeletebab sama2 masak tu mmg selalu buat tapi selalu gak dia masak pun tak mkan..so now nie mmg ikut apa dia nak makan..dan suapkan..
biasalah budak kecil.. mmg sush nk bg makn.. same goes to my son.. kdg2 kena paksa dia mkn baru dia nak mkn.. kdg2 nasi langsung xnk makan.. just mkn biskut dgn keropok aje.. risau juga kdg2 tu...
ReplyDeleteanak akak yg kecik pun susah sgt nak makan.. mmg kena paksa.. utk tarik selera masakkan makanan yg dia suka..
ReplyDeleteagaknya org yg nama zarif ni mmg abam2 la kan...hero sy pun zarif jugak..cmtu jugakla montelnya
ReplyDeleteAnak kakak kalau hari sekolah susah makan tapi kalau cuti hmmm.... asyik ada saja plan nak makan sedap...
ReplyDeleteDulu anak kakak masa umur Zara selalu dipantau juga kalau tak memang susah Huda...
tips yg bagus ni huda...
ReplyDeleteanak2 izan pun bukan jenis yg pemakan sgt. lagi2 abg muhaimin. taoi kalau makan bersuap yg bertiga kecik ni mmg laju aje lah. sayur pun semua dimakannya...
nice tips :)
ReplyDeleteSaya pulak kalau saya yang suap, mulalah dia memilih, tapi kalau dah letak siap2 dlm pinggan, sayur semua dia mkn hehe. Tapi still, agak memilih lah..kwn2 pon ramai yang ade anak susah mkn/picky eater. Tapi Alhamdulillah kami dah jumpa solution yang senang dan nutritious. Kami just bagi Mealshake Shaklee..sedap pon sedap, masuk dlm susu pon boleh. Silap2 maknya pon tumpang sekaki kalo dah jadi smoothies tuh hehe
kelebihan soya non GMO/anak susah makan?/rahsia rawat anak sembelit/nutrisi lengkap untuk anak/ kepentingan protein untuk anak/ soy as milk booster for bf mom/anak anda obes?