12.1.12

Patuh atau tak kisah laa...

Korang jenis yang macamana bila melibatkan produk makanan yang ada tarikh luput ni..Tak payah pergi jauhlah, kita amik roti sebagai contoh..Sebab kebanyakan orang akan beli roti kan..

Roti kan ada tarikh luputnya. Katakanlah dah sampai tarikh luput tu, tapi still ada balance roti tu lagi, korang akan patuh pada tarikh tu (kira takmo makan roti tu lagi) atau tak kisah laa, takde hal (boleh makan lagi)..So yang mana satu korang?

Kalau aku kan..ermmm...aku depends la, kalau sampai tarikh luput tu kan, aku akan pegang dulu roti tu, nengok dah berkulat ke tak, pastu aku siap cium bau roti tu, kalau aku rasa ok, aku makan je, hehe (tapi make sure roti tu ok lah, jangan dah berkulat pun nak telan..). Tapi sekarang, belum sampai tarikh luput lagi, roti cepat betul abis...

Tu baru roti, belum produk-produk makanan lain..Aku sebenarnya agak particular sikit bila melibatkan tarikh luput ni, hehe. Setiap kali nak masak, entah berapa kali aku dok nengok tarikh luput baik kat kicap, sos ke dan apa2 jelah yang ada tarikh luput tu...

9 comments:

  1. kalo bab roti, kek tgk ada kulat ke x.. mcm huda tulis tu la.. tp kalo makanan dlm tin tu kalo tarikh dah luput mmg xkn guna dah...

    ReplyDelete
  2. Klu roti tu, sy simpan dlm peti ais. Tp yg lain2, sy patuh.

    ReplyDelete
  3. takut nak makan kalau dah habis tempoh...

    ReplyDelete
  4. Kalau roti, selagi tak berkulat ibu Yusuf okey je.. cuma biasanya kalau lebih 2 hari mesti dah buang.. :D

    ReplyDelete
  5. Akak sama mcm huda, kalau roti tu, tgk dulu berkulat ke tidak, kalau rasa ok lagi bedal je, tp biasa kalau baru sehari lepas tarikh luput ok lagi roti tu, tp kalau benda lain biasanya buang terus..hehe

    ReplyDelete
  6. selalunya kalau produk macam roti manufacturer akan letak awal tarikh luput dia..tak ingat apa nama term dia..

    zakiah kalau dah tarikh lupu zakiah tengok dulu keadaannya..kalau boleh makan, buat roti bakar atau goreng..klu dah kulat masuk tong sampah la perginya..

    selalunya roti pun letak peti ais sebab takut lambat habis..tapi so far cepat je abi..:)

    ReplyDelete
  7. kalau roti..wlaau dah lebih expired date tapi saya akan tengok kalau takde kulat..saya makan.

    tapi kalau makanan dalam tin..saya akan teliti betul..dah expired memang saya akan buang dalam tin.

    ReplyDelete
  8. tAP I wUmING AKan terus buang atau bagi burung...He..he..he..

    ReplyDelete
  9. Salam, my hubby sgt particular bab2 mcm ni,kdg siap pesan tgk lgi.tp if roti dah expired even elok lagi mmg akan terus buang.coz mmg dah ada bakteria nya,just be careful ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...