18.1.12

Bila orang berbudi..

Situasi 1

"Akak, ni buah limau saya bagi akak.."

Aku yang sedang kusyuk menulis terkejut bila seplastik buah limau dihulur pada aku.

"Ni, untuk sapa?" tanya aku lagi untuk dapatkan kepastian

"Untuk akak la..akak banyak tolong saya..so ini untuk akak.."

"Thank you ya, Happy Chinese New Year.."



Situasi 2


Seorang pelajar perempuan datang dari Pulau Pinang (kalau tak silap) nak jumpa bos untuk rayuan kemasukan ke universiti. Since last week dia call aku, beria nak jumpa Dekan. 

Mulanya aku minta pelajar tu fax atau pos surat rayuan je memandangkan dia duduk jauh, tapi sungguh-sungguh dia sendiri nak datang ke universiti. Oklah, aku on je dan aku set kan appointment dengan Dekan..Dan, hari appointment, Dekan tak ada sebab ada hal lain, maka aku refer kan pelajar tu pada bos yang lain..

Habis perbincangan diaorang, pelajar tu masuk jumpa aku dan ucapkan terima kasih sambil salam dan cium tangan aku..
Sungguh...aku terkejut, belum pernah lagi ada pelajar yang salam dan cium tangan aku..


**********


Yup, mungkin pada orang lain, takde apa-apa, tapi pada aku ia sangat memberi kesan. Apa saja yang aku buat, tak pernah mengharapkan balasan. Sungguh aku ikhlas. 

Bekerja di universiti dan terpaksa melayan karenah pelajar yang pelbagai memang mencabar diri. Tapi kena ingat, pelajar itu client kita. Selagi boleh layan, layankan ajelah. Aku selalu ingatkan diri yang aku punya anak-anak yang makin membesar, satu hari pun mereka akan masuk universiti.

Dan aku sendiri pun pernah bergelar pelajar. So sedaya upaya aku takmo menyusahkan pelajar walaupun aku tau pelajar zaman sekarang tak sama macam zaman aku belajar dulu..





4 comments:

  1. tu la lain org lain cara nye kan...tp alhamdulillah bab limau tu kira rezeki la kan... (^__^)

    ReplyDelete
  2. cikgu yg baik akan dikenang sepanjang hayat pelajar tu..insya Allah

    ReplyDelete
  3. betul tu...keje tu satu amanah...tak mengharapkan balasan pun...tapi kalau ada yg kenang budi kita tu satu bonus la kan...


    bestnya dapat limau...

    ReplyDelete
  4. betul la sis.. yg penting niat kite ikhlas.. tp kalau org dh memberi terima jelah.. x baik menolak rezekikan.. hiks..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...