17.1.12

RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

"Ibu, RMT tu apa?" tanya Zarif

"Hari tu, kita dengar cikgu panggil budak-budak RMT pergi ke kantin.."

"Zarif, pergi kantin tak? Jangan pergi tau..Zarif bukan budak RMT..Kalau cikgu nengok badan Zarif pun, memang Zarif tak boleh dapat RMT tu.."


RMT @ Rancangan Makanan Tambahan Sekolah


RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:
  1. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
 
Sumber rujukan : sini

16 comments:

  1. aku bekas murid yg tersenarai dalam RMT masa skolah dulu...pling best bila dpt susu coklat dlam kotak tu..tp selalu skit perut lpas minum :P

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak ambik tau pasal RMT ni.. baca n3 Huda ni teringat pula zaman sekolah dulu. Kawan2 yg dapat RMT semua anak orang susah dan ramai yg kuruss cekeding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pasal saya kata anak saya zarif mmg tak layak sebab badan dia macam terlebih zat..

      Delete
  3. Anak kakcik bawa duit belanja (sekolah rendah) RM4 untuk setengah hari - memang nak kena hambat dengan cikgu la kalau pergi ambil RMT tu! (mak dia belanja pun tak sampai banyak itu untuk sehari suntuk!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya duit belanja kak cik..apa dibeli tu? saya pun duit belanja mmg kurang dari tu..

      Delete
  4. dulu walau pun bukan budak RMT. Pernah gak mkn. sebab cikgu suruh abiskan takut membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..kalau ada lebih tak salah kan, dari makanan terbuang..

      Delete
  5. dulu masa sekolah dari darjah 4 smp 6 saya dpt RMT ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. queen pun dapat jugak eh..bersyukur atas nikmat Tuhan bagi kan..

      Delete
  6. mak zakiah dulu cikgu rmt..dapat gakla rasa air kotak tu..selalunya dapat kalau dah dekat2 nak expired..sedap..:)

    ReplyDelete
  7. oh ye ke? dah nak dekat expired? tak sakit perut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ok je..hihi..mungkin sebab baru dekat2 belum expired lagi...hihihi...

      Delete
  8. hehe. Kelakar baca statemet huda pasal badan zarif. Budak dpt rmt semua keding ya?

    ReplyDelete
  9. terus teringat zaman sekolah dulu bile baca entry ni :)

    ReplyDelete
  10. izan pun masa sekolah dulu antara yg dpt RMT... kadang2 daku skip2 je nak pegi kantin sbb malu...huhu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...