20.1.12

Sembang kosong

Semalam bersembang jap dengan salah seorang staf;

Aku cakap kat dia yang sekarang ni kalau pagi cuaca panas tetiba petang hujan la pulak. Dia bagitau, biasanya kalau nak sambut Chinese New Year (CNY), seminggu sebelum tu mesti akan hujan..

Ni dia yang cakap, mengikut kefahaman orang cina, hujan lebat mesti akan turun seminggu sebelum CNY sebab konon-konon dewa dia nak bersihkan bumi..So, orang cina memang suka hujan sebelum CNY.

Aku yang dengar staf tu bercerita pun macam "Oh, ye ke?" Serius baru tau, ala nama pun sembang kosong kan..

Dia kata lagi, samalah macam orang Islam, kita sambut raya mesti ada anak bulan..Kalau orang Inggeris mesti nak ada salji (sambutan Krismas pada 25hb tu kononnya adalah waktu peak salji turun dengan banyaknya..)

Dia kata lagi, kalendar orang Islam ikut bulan, kalendar orang Cina ikut cuaca, kalendar orang Inggeris ikut musim..

Ohh...ok..

Nama pun sembang kosong kan...but it's ok to know that, hehe...

5 comments:

  1. Hmm... tapi setiap tahun musim tertentu akan datang pada masa yang tepat dan sesuai ..

    Bersesuian dengan masa dan paksi ketika ia berada..

    Kerana Bumi mengambil masa selama 365dan 1/4 hari untuk mengelilingi matahari..

    Itu sebab jika calculation itu tepat... Maka tepat laa masa dan tarikh itu juga musim masing-masing....

    ReplyDelete
  2. buat tambah pengetahuan kita ye huda..

    ReplyDelete
  3. ader gak dgr pasal nih.. kebetulan je kot.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...