31.8.11

Selamat semuanya..

INI STICKY POST ENTRY
CERITA TERBARU SELEPAS ENTRY INI YA..


Salam,

Seperti juga blogger-blogger lain, minggu ni minggu akhir, maka aku nak la jugak letak kad raya untuk kamu-kamu semua..:)

Selamat Hari Raya pada semua..Walaupun kita hanya kenal di alam maya sahaja, tapi rasanya ikatan persahabatan yang dicipta ini sangat bermakna..Terima kasih pada semua. Mohon maaf andaikata ada coretan aku kat blog ini ada yang mengecilkan hati kamu semua samaada secara sengaja ataupun tidak.

Raya ni aku akan balik kampung gak..Kampung di bandar yang lebih kurang 15 minit je perjalanannya, hehe..Tapi still aku ada kampung nak beraya di Melaka, Muar dan juga di Rengit Johor.

Dan biasanya raya pertama sampai raya keempat tu agak pack lah jugak. Incase kalau ada free time malam-malam tu bolehlah update se'entry' ke kan..Tapi kalau takde tu maaf jua la, hehe..

Aku ni kalau beraya, memang sakan betul..Yelah kan, peluang nak jumpa saudara mara tu bukan selalu, masa raya ni  jelah peluangnya nak bertukar-tukar cerita..

So, selamat berhari raya pada semua dan berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, sambil-sambil bergembira tu jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik..

Ha, lagi satu..jangan lupa hari kemerdekaan negara kita..Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-54. Moga negara kita terus aman dan makmur selamanya..AMIN.

30.8.11

Makan banyak-banyak di pagi raya


Salam,

Ini menu pagi ni di rumah mak abah aku..Biasa kitaorang makan sebelum solat raya. Alhamdulillah dah kenyang pun, tapi masih ada ruang lagi dalam perut aku ni, hehehe.

Raya pertama aku memang sakan sikit, sakan makan..Tapi dalam keadaan berpada-pada la, kang tak pasal-pasal aku sakit perut la pulak kan (check - buscopan, lomotil dan pil chi kit teck aun tak boleh lupa - ubat sakit perut laa..)..Segala ubat sakit perut harus ada kat rumah mak abah (dah diaorang kerja hospital mesti la ada kan ubat-ubat tu semua..)

Banyak-banyak hari, memang raya pertama je lah aku suka makan..Korang makan banyak tak??

~ Tak sabarnya nak beraya di kampung..~

27.8.11

Soulmate hingga ke akhir hayat

Salam,

Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan semalam. Terima kasih pada kawan-kawan di blog juga di facebook yang telah memberikan ucapan takziah. Jenazah sampai di rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari, sementara menantikan waktu solat jumaat.

Habis solat jumaat, barulah mula solat jenazah dan kemudian terus ke urusan pengkebumian. Semua urusan selesai sebelum pukul 4 petang. Alhamdulillah, dengan cuaca yang elok dan redup memudahkan segala-galanya. Untung arwah abah, meninggal dunia pada pagi Jumaat, di bulan Ramadan yang mulia ini.


Aku rasa arwah abah tenang dengan kehidupan di alam yang baru. Mungkin dia dah tak sabar nak jumpa mak, sapa tau kan? Takdir Tuhan menentukan segalanya..

Pastinya arwah mak dan abah adalah soulmate yang ditakdirkan untuk hidup dan mati bersama. Jarak 4 bulan tu taklah terlalu lama untuk diaorang bersama di alam yang baru. Doa aku semoga arwah mak dan abah tenang dan damai di sana..Kami semua redha atas apa yang berlaku.

Pastinya hari raya kali ni akan berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya..:(


26.8.11

Al-fatihah buat abah


Salam,

Pagi ni aku dapat panggilan dari kakak ipar bagitau yang ayah mertua dah meninggalkan kami semua pukul 6 pagi tadi. Dugaan hebat untuk mrhubby dalam tempoh tak sampai setahun, dua orang penting dalam hidup mrhubby pergi meninggalkan dia..Tambah lagi nak raya ni..:(

Mudah-mudahan roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Alhamdulillah mrhubby sempat jumpa arwah abah minggu lepas dan dapat luangkan masa dengan arwah. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segala ujian dan dugaan diberikan pada kami.

25.8.11

Cuba memupuk mood raya (2)

Salam,

Dah..aku tak kira korang bercuti lagi ke tak ke..aku nak gak letak entry..huhu, pasal aku belum bercuti lagi dan masih mengadap pc dan masih aktif membaca blog jadi harus ada entry baru kann..

Untuk memupuk mood raya lagi (ala-ala cam takmo beraya je ni), aku dan family gigihkan diri pergilah ke bazar parit raja. Ni bukan bazar ramadan tu okeh. Ni bazar jual macam-macam untuk hari raya. Jual baju, tudung, kasut, bunga api, kerepek, kuih raya, tshirt dan macam-macam laa..Tak terkata dahh..

Sepanjang 6 tahun duduk kat parit raja, ni lah pertama kali aku datang ke sini, sian kan.

Ok, nak amik gambar keseluruhan bazar tak mampu pasal pakai hp biasa jer..Lagipun orang terlalu ramai, gambar asik goyang dan tak cantik bila orang ramai lalu lalang..

So, gambar yang ada ni jer;

 bersungguh zarif nak try baju

t-shirt angry bird?

Serius pergi situ bukan nak beli apa-apa pun, saja nak nengok gelagat orang dengan nak pupuk semangat raya..

Tapi sebab sambil jalan-jalan, ternampak la pulak t-shirt angry bird, apalagi zarif sibuk nak pau aku ngan mrhubby..Aku takde duit, so pegi la ngendeng kat ayah dia kan, hehe..Dia punya over nak dapatkan t-shirt ni pasal si zara dah ada..apa laa, angry bird pengaruh budak kecik, :)

T-shirt ni kat bazar ni bersepah je orang jual, tapi nak cari saiz zarif tu jer..Nasib ada yang muat..Itupun ikutkan yang zarif beli ni saiz orang besar tau..bukan saiz budak-budak, huhu..

So, kesimpulannya - keluar bazar ni cuma bawak balik mercun pop-pop dan t-shirt angry bird je..Berhemah kan? Hehehe..

Waffles Gardenia

Salam,

Dah 25 ramadan. Dah cuti ke korang? Aku masih lagi setia di sini. Esok insyaallah masih lagi bekerja, serupalah dengan bos-bos semua..Ofis makin sunyi..

Tak tau nak citer apa, cuma nak tanya je..sahur apa pagi tadi?


Aku sahur ni jer..Aku ingat mrhubby beli waffles ni kat kedai, punyalah banyak satu beg plastik besar..aku pulak tak tanya dia..main amik je pasal aku dah ngantuk sangat malam tadi.

Sahur pagi ni, aku makan waffles ni je, bakar dalam oven pastu letak butter, nak makan cam gitu je pun boleh, takde hal. Dalam keadaan ala-ala ngantuk tak ngantuk, aku tanya mrhubby naperlah beli banyak-banyak waffles ni. Dia bagitau yang dia tak beli, tapi jiran sebelah yang bagi...

No wonder la..jiran sebelah ni kerja kat gardenia..Before this pun pernah dapat gak roti lain..Ni dapat waffles pulak..Aku tak pernah nengok lagi waffles ni kat pasaran, ke aku yang tak perasan pun tak taulah..

Ke korang dah beli dan dah makan?

Tapi kan semalam adalah hari rezeki la - dapat duit raya, dapat kuih raya, dapat kek, dapat coklat, dapat bubur lambuk, dapat waffles ni lagi...Terima kasih pada yang memberi, murah rezeki anda semua..:)

24.8.11

Ok...dah boleh raya sekarang..

Salam,

Hari ni umpamanya macam "Ok..boleh raya dahh, jom balik kampung.." ---- macam tu konon-konon perumpamaannya. Sebab ofis macam dah sunyi sepi, mesyuarat-mesyuarat penting pun dah takde..Tinggal get ready nak cuti je.

Dan hari ni rasa seronok jugak, pasal bos dah bagi kad raya beserta duit raya..Senyum lebar sikitlah, hehe..Nak balas tak eh kad raya? 

Mulai hari ni jugak, nak kemas rumah lah, mana yang patut didulukan dan dikemas, buatlah pelan-pelan, kalau tak kelam kabut nanti. Haihh, baju raya aku ni bila lah nak dapat, jiran sebelah rumah je buat..Haritu aku kata kat dia, petang raya pun boleh kak..Takkan dia nak bagi petang raya betul-betul? Ermm..

Oklah nak share gambar buka puasa hari kelmarin;

 mood makin malas nak masak
last-last makan KFC jer..

 puding roti je yang aku mampu buat

mrhubby nak sangat makan puding dengan aiskrim vanilla
tapi aku tambah lagi ngan kuah kastard..sedapp




23.8.11

Serabutlah..

Salam,

Hari ni je macam-macam benda berlaku..Boleh dikatakan semuanya tak menyeronokkan. Dari awal pagi sampailah ke malam.

Selagi boleh bersabar dan redha aku terima. Bertambah serabut dan kusut, sebelum isyak tadi, mrhubby terima sms dari abang dia mengatakan yang kesihatan ayah mertuaku semakin surut. Buah pinggang dah tak berfungsi dan hati semakin lemah. Doktor bagitau ayah perlu mulakan dialisis.

Aku tau mrhubby dah tak seronok, riak muka dia menggambarkan semua tu. Abang ipar minta adik beradik di sini melawat ayah di HKL dengan lebih kerap. Aku redha terima segalanya, dan pastinya mrhubby perlu lebih sabar dan redha untuk terima segala ketentuan Tuhan.

Terus terang cakap raya ni memang tak menyeronokkan untuk kitaorang. Sedaya upaya aku dan mrhubby sorokkan segala rasa tu dari anak-anak. Diaorang kecik dan tak paham lagi. Jauh kat sudut hati kitaorang, hanya Tuhan yang tahu.

Insyaallah kalau takde aral, hujung minggu ni akan ke HKL lagi. Dalam keadaan kusut macam ni, aku takmo dan malas nak fikirkan benda-benda remeh yang menyesakkan kepala otak ni.

Cubalah sebagai manusia, belajar untuk menghormati dan peka pada perasaan orang. Apatah lagi bila ada insan yang ditimpa musibah dan sebagainya. Tak rugi pun hormat orang lain, jadilah manusia yang merendah diri, insyaallah senang hidup di dunia dan akhirat.

Sedari dulu lagi, aku cuba ajar diri untuk belajar hormat perasaan orang lain, dan jugak mengalah meskipun pada orang yang lebih muda.

Terima kasih diucapkan pada kawan-kawan di blog yang sama-sama prihatin pasal kesihatan ayah mertua dan sentiasa mendoakan yang terbaik. Begitu jugak pada keluarga yang memahami keadaan kitaorang..

Takmo cakap apa lagi...Berfikir dan terus berdoa....Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..Kami redha ~

Al-Fatihah..

Salam,

Memula ingat nak buat entry lain, tapi bila dah baca kat blog mamazharfan pasal tu, terus tak jadik. Terus pulak aku masuk blog ini.

Al-fatihah diucapkan kepada arwah adik Dania Emelda Aqasha. Sedihnya tak terucap dengan kata-kata. Berat mata yang memandang, lagi berat bahu yang memikul.

Macam aku cakap, di saat kita sedang bergembira ada orang yang sedang berduka..Tak sanggup aku nengok gambar-gambar arwah adik Dania semasa hayatnya. Muka yang penuh riang sama macam anak-anak aku. Hati ibu mana yang tak terusik kan?

Diharap ibu kepada adik Dania bersabar menempuh saat-saat yang sukar seperti ini. Ada hikmah di atas apa yang berlaku. Hanya Tuhan Maha Mengetahui segalanya.

Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah pada adik Dania. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di dalam syurga dia ditempatkan..

Al-Fatihah..

OMG..Bencinya aku..


Salam,

Serius aku tak suka benda ni..TAPI korang janganlah risau..Virus ni bukan dari blog aku tapi dari blog orang lain (cuba korang klik bagi jelas sikit). Agaknya pagi tadi aku blogwalking so adalah ni yang menyinggah ke apa ke.

Aku ni bukanlah paham sangat pasal IT-IT ni..Insyaallah aku cuba remove kan blog dari bloglist yang aku dok singgah pagi tadi (sebenarnya aku nengok blog masakan pasal kuih-kuih raya jer..)

Masih dalam proses cleaning the virus..Kalau korang ada cara nak tolong aku please ya..Sangat dialu-alukan..

Aku rasa sapa bukak blog aku lalu Google Chrome akan nampak la benda alah atas tu..Aku try dari Firefox oke la pulak..Ermmmm...

Thanks to Kucingorengemuk pasal inform i..

FRIENDS

I have to remove all the bloglist for a while..Serius jangkitan malware mana ntah..Bila dah remove ni barulah ok..Ok tak? Ok? Haraplah ok yer..Ni pun aku try dari Chrome ni semata-mata nak pastikan dah bersih lah dari malware ni..

Cuba memupuk mood raya

Salam,

Masih lagi di ramadan ke 23..Alhamdulillah..

Semalam, rata-rata aku baca blog dan jugak status kawan-kawan di fb, semua mood sudah lari. Ada yang jasad je kat ofis tapi jiwa dah lari jauh ke kampung. Tapi aku masih lagi sama. Jasad dan jiwa masih lagi di ofis..Mungkin kampung dekat kot, hehe..Tak kisahla tu kan, paham sangat..Ni esok lusa ni dah ada yang cuti raya la ni kan..

So untuk memupuk rasa nak raya beria tu tapi dalam kadar yang sederhana..Petang semalam dah amik kerepek pisang dari member..


13 kg semua ni..

Eh, ni bukan aku punya semua ni..aku punya adalah 1 kg je ke 1/2 kg je kot, huhu..Lain ni orang punya, mak aku, adik-adik aku, kakak ipar aku ngan makcik aku...Kan ke ramai tu. Bukan senang nak dapat kerepek pisang tanduk ni..

Lagipun masing-masing selera lain-lain kan. Ada yang nak kerepek pisang tanduk yang panjang-panjang la, ada yang nak nipis la (tu aku ler), ada suka yang tebal sikit la, ada yang nak rangup la, masin la..hai, macam-macam selera kan..

Yang aku beli ni confirm sedap ni (pasal dah banyak kali aku makan ni), yang ni tak nipis sangat, tak tebal sangat - ngam ngam jer orang kata..Hehe..

Walaupun duduk kat Parit Raja (memang kawasan kerepek la), ingat senang ke nak dapat kerepek pisang tanduk ni..Susah tau, lagi pulak mahal..Percayalah..Ini pun aku tak beli kat Parit Raja, aku amik dari kawasan luar ni..

Kerepek raya aku bukan ni je, ada lagi bakal menyusul..Yang kerepek lain tu beli kat Parit Raja jelah..Aku lagi suka makan kerepek-kerepek dari kuih raya..

Korang suka makan kerepek tak? Kerepek apa?

22.8.11

Kenapa orang addicted ini?

 Berwarna warni..
zarif rambang mata bukan main lagi
dapatlah habuan dia kat sini


lepas tu dia hadiahkan sebatang pen kat aku
ibu yang baik hati ni bawak pergi kerja lagi..hihi

Telefon berbunyi..ring..ring..ring..

Salam,

Tetiba hari ni rasa cam sengal dan boring tahap apa ntah..Ni minggu depan nak raya ni, tapi kat ofis aku sumpah cam tak raya. Sunyi tanpa lagu raya dan mesyuarat demi mesyuarat tetap berlangsung cam tak raya gamaknya next week ni.

Kata fakulti kan..Terpaksa bersusah-susah sekarang, especially bagi staf akademik semua. Naik raya je nanti student dah masuk. Student baru ngan student lama lagi, so haruslah bertambah sibuk kan..

Lagilah pulak hari ni, officemate aku ada audit aset apa ntah sehari ni, aku ok lagi walaupun boring takde kawan kan..Pastu bos-bos aku pulak sibuk ada mesyuarat macam-macam. Yang tak best, bunyi telefon ni berdering-dering buat aku hangin..

Ko bayangkan..pasal aku secretary, so telefon aku ni special la nak dibandingkan ngan staf lain kononnya. Dan lagi best, kalau orang call bos pun, aku yang angkat dari phone aku jer.

So, berdering-dering la dari pagi tadi..Penat la aku yang mengangkat phone ni..Jawab phone officemate, jawab phone bos 1 dan bos 2, jawab phone sendiri..Amik message lagi..Dah meraban aku rasa..Pening kepala..huhu..

Nak jawab phone tu takmolah hilang fokus kan..Kang message suruh bagi kat bos 1 aku terbagi kat bos 2 payah la pulak kan..

Ni tadi, aku baru je jawab phone - pantang betul la kalau orang telefon ni suara ada slanga2 omputih ni..Cakap cam biasa cam orang melayu je tak boleh ke??? Haii, sabar jelah kan..

Cerita semalam

Salam,

Alhamdulillah sudah 22 ramadan, sekejap je masa berlalu kan..Serius aku letih sikit pagi ni. Sampai batu pahat semalam dari kl pukul 6.30 petang. Dapatlah buka puasa kat rumah mak..:) Sebenarnya buka puasa kat rumah la paling nikmat sekali..betul tak? Betul kann...

Sahur tadi aku gigihkan jugak bangun pasal nak makan, macam biasalah makan roti jer..Lepas tu sambung tido balik pasal berat je mata ni nak bukak, letih ohh..

Ok, pasal ayah mertua aku? Camana nak cakap ek? Ermm, dia memang kelihatan uzur, kesian..Aku tak nengok, mrhubby je yang pergi nengok. So tak taulah raya ni dia boleh discharge ke tak. Pasal doktor masih pantau lagi tahap kesihatan dia. Sama-samalah doa, moga dia cepat sembuh dan dapat balik ke kampung untuk beraya.

Tengahari semalam, lepas check out hotel, terus pergi Unit Nefrologi HKL, tapi mrhubby jelah yang naik wad, aku ngan kids duduk kat luar jer..Dekat sejam lebih oh, tunggu..Takpelah bagi peluang kat mrhubby kan..

Takut sebenarnya..Bukan apa, tau jelah kat KL kan..semua orang pun tak kenal dan nampak mencurigakan. Bila ada yang duduk sebelah cepat-cepat aku bangun..huhu..Teruk kan..

Takder, aku dah la risau zaman sekarang, orang dok culik-culik budak, merompak la, simbah-simbah asid..Nasib memang ada polis tunggu kat kawasan situ, tapi tetap takut dan berjaga-jaga jugak..

budak yang jakun dengan mesin air
paksa diaorang bergambar

see, jakun lagi
nengok air keluar kat bawah tu..haha
(simpang siur aku ikat rambut zara tu..huhu)

bergambar untuk menghilangkan kebosanan

21.8.11

Buka puasa pada 20 ramadan

 Ok, ini aku dan family..

Ini aku punya makanan, sedap..

Salam,

Alhamdulillah..Untuk pengetahuan semua, kitaorang ni berada di Kuala Lumpur. Waktu aku tulis entry ni aku masih berada di Kuala Lumpur. Mrhubby nak nengok ayah dia lagi di HKL..Insyaallah tengahari nanti kitaorang bertolak balik ke Batu Pahat Johor.

Gambar di atas adalah kitaorang yang berbuka di BBQ Chicken One Utama. Aku berbuka dengan adik aku Rai..Sebenarnya makan tu dah pukul 8 lebih. Before that buka biskut dan minum air masak je, solat dulu dan barulah makan-makan.

 zara dan adik aku

"kenapa ada kedai nama zara?"
"kenapa takde kedai nama kita?" - zarif

Insyaallah dah tinggal 9 hari lagi nak puasa ni, aku mengharapkan perkara yang baik-baik saja..Mudah-mudahan juga diberikan kekuatan untuk mempertingkatkan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan..Amin.

20.8.11

Fobia betullah..


Salam,

Serius aku fobia dengan semua benda alah di atas..Baru nengok dan belum guna lagi, tangan dan jejari dah berpeluh-peluh, apa la teruk aku ni..Terpaksa jahit baju yang tetas pagi tadi..Nasib sikit jer..Haiih, belum kena buat baju kurung lagi kan..

By the way, aku dari KL ni..Mrhubby nak nengok ayah dia yang masih warded di HKL..Tetiba aku sedih dan tak tau apakah perasaan nak menghadapi hari raya nanti..

The Power of Words




19.8.11

Menu buka puasa hari ke 18

Salam,

Menu semalam adalah nasi goreng sahaja..Simple kan? Tak cukup? Eh..cukup sangat bagi aku 4 beranak ni..

Tapi bila aku buat nasi goreng tu simple, mrhubby kata dia nak nasi goreng pattaya..Alahai, aku ni memang tak gemar pulak nasi goreng pattaya tu..Pasal kena bungkus dengan telur, plus aku tak pandai sebenarnya..

Aku punya nasi dengan zara takmo bungkus-bungkus..Mrhubby dan zarif je yang nak bungkus-bungkus ni..

Sesambil mrhubby nak bungkus nasi yang dah siap goreng tu, aku asiklah takutkan dan psiko-psiko dia..

"Eh, susah tau nak bungkus nasi tu, ingat senang ke..saya buat telur bungkus pun susah.."
"Eh, ingat senang ke nak lipat telur tu jadik bentuk segiempat?"

Ntah apa lagi aku bising-bising..Sambil aku bising-bising tu, siap tau dia punya nasi pattaya..Boleh pulak tu mrhubby bungkus nasi tu..Kira cantik laa...

Mrhubby kata, "B..amik la gambar nasi ni, boleh letak dalam blog awak.."

"Eh..takperlah..takper.."

Terus ada suara mencelah, "Eleh..ibu tu mesti jeles kan abah..pasal abah reti buat nasi goreng pattaya, dia tak pandai buat.." ----- zarif cakap ni.

Ek eleh..aku buat-buat tak dengar..(geram + jeles)


* Korang tau kan rupa nasi pattaya..so tak perlu ada gambar ok..:)






Ni kira tragedi ke malang tak berbau?

Salam,

8.10 malam tadi,

Sedang berbual-bual dengan mrhubby, tetiba...

"Abah...nengok tv ni ada keluar habuk.." Kitaorang berdua pun berlari la ke ruang tamu dan nengok tv sudah berasap-asap..

"Adik..tu bukan habuk tapi asap la.."

Seterusnya..OMG, tv aku sudah gelap gelita dan berasap-asap..Apakah ini? Seperti tajuk di atas..Of course la by that time mrhubby dah tutup plug dan cabut apa yang patut. Karang tv tu meletup tak pasal la pulak..

Adik zara adalah hero sebenarnya. Dia je sorang-sorang main kat ruang tamu waktu tu. Aku dan mrhubby kat bilik tengah. Abang zarif pulak dok sibuk mengadap laptop kat bilik depan..

Tindakan seterusnya?

Tak bolehlah nengok tv lagi..Kitaorang speechless, huhu..

Memanglah nak tukar tv tapi rancangnya tu tahun depan masa nak pindah rumah baru nanti, bukannya sekarang. Lagipun tak pernah la bercakap-cakap nak tukar tv ke apa ke depan tv lama ni kan..

So?

Ermm..cam nak kena survey la TV LED ke LCD ke, plasma ke flat screen ke atau kata senangnya tv yang leper tu..Haishh, ni baru nak survey eh..Dalam masa yang sama aku suruh jugak mrhubby hantar tv lama ni ke kedai betulkan..By the way boleh ke betulkan?? Dan mungkin mengambil masa yang agak lama..Entahla..

zarif dah cakap.."Ibu..belilah tv baru.." Amboi..ingat nak beli tv ni macam nak beli jajan ke?

The other side, aku sangat suka tv rosak..haha, takdelah sakit mata aku ni nengok zarif dok mengadap kartun je kan..:) Aku fleksibel ok je takde tv waktu sekarang, tapi ni nak raya, huhu..

Nengoklah camana...nengok dulu okeh..Naperlah ko nak rosak sekarang?????


18.8.11

Kadang, kita assume dia tak tau..

Salam,

Lagi sekali kisah anak-anak aku..Ntahlah bila diaorang dah semakin panjang akal, apa saja yang berlaku kalau boleh aku nak compile kan je kisah diaorang dan buat buku..Tapi tak sampai lagi la ke situ..So aku muatkan je kisah diaorang dalam blog ini..

Kisah malam kelmarin, bila si zara mintak ayahnya lukiskan dog..Dengan suara yang ala-ala sayu.."abah, boleh tak tolong lukiskan dog.."

"Lukis apa?" 

"Adik nak dog.."

Abah yang baik hati ni pun mula la melukis..Aku pun nengok la sekali..zara apatah lagi, memerhatikan dengan penuh teliti..

gambar pinjam google eh..

Masa tu mrhubby ni baru lukis part telinga okeh..Tapi dalam hati aku dah kata (eh, ni macam kucing je ni..- ni hati aku yang cakap eh..)

Dan aku berharap (rasanya mrhubby pun sama jugak) yang zara ni taklah tau kan..Harapnya dia tau lah yang mrhubby tu nak lukis dog..

Sekali tu...."ABAH NI LUKIS KUCING KE DOG???"

Terus mrhubby tergelak, aku apatah lagi..Padahal baru lukis telinga je eh..Apalaa mrhubby ni, nama je cikgu seni..lukis telinga dog pun salah..hehehe...

Tulah kan..ni aku nak cakaplah..aku selalu beranggapan yang anak-anak aku tu masih kecik lagi, diaorang tak tau apa-apa..ala, kalau nak tipu-tipu sikit pun apa salah nya kann..

TAPI aku silap...dan aku kena betulkan minded aku ni..Aku dah tak boleh lagi nak assume yang diaorang tak tau, hakikatnya diaorang lebih bijak dari aku...

Insaf dan muhasabah diri

Salam,

Pagi tadi layan ulangan rancangan Bersamamu TV3..Ishh, insaflah. Kadang-kadang kita kena nengok rancangan seumpama ini bagi muhasabah diri, ingatkan diri bahawa ada orang yang jauh lebih susah dari kita.

Yang aku tau ibu tu adalah ibu tunggal ada dua anak lelaki yang besar..Ibu tu boleh dikategorikan sebagai OKU sebab sebelah kaki dah kena potong kerana penyakit kencing manis.

Yang buat aku tersentuh dan terharu tu, ada orang bawak ibu ni dan anak dia makan kat KFC. Pengacara tu cakap, bagi orang lain mungkin makan KFC ni takde apa-apa pasal kita boleh makan bila-bila je, tapi bagi diaorang KFC tu makanan istimewa sebab diaorang tak pernah makan pun..

Ishhh..sungguh aku terharu pasalnya anak-anak dia tu dah besar panjang tak pernah makan KFC..Aku ni ada anak-anak kecik dah kenal dah segala makanan segera yang ada..Memang insaf la, betapa ada orang lain yang hidupnya lebih susah.

Teringat kat mak abah aku...serius tak pernah bawak kitaorang adik beradik ke fast food waktu kecik-kecik dulu.

Bulan puasa ni, sewajarnya kita kena lebih beringat dan jangan membazir. Di saat kita sibuk memikirkan apa menu nak masak, apa nak beli untuk makan, ada orang yang tak makan dan tak cukup makan..Malah ada yang mati sebab tak cukup makan..

Baca [INI] ---- Korang memang wajib baca..

Jom sesama kita menderma di [SINI]...Mudah-mudahan amalan yang sedikit dapat membantu mereka di sana..

layan pulak lagu ni, memang aku nangis.
ERTI HARI INI
(actually lagu ni khas untuk rakyat palestin)

Nafsu itu kuat menggoda..

Salam,

Rasanya banyak-banyak raya, inilah raya yang paling-paling save budget la aku rasa..Walaupun dapat bonus, tapi sedaya upaya aku cuba kawal duit. Kalau tak proses pengaliran tu laju, selaju air mengalir..

Ni aku citer untuk diri aku la..Selalunya aku mesti dapatkan satu beg dan kasut untuk diri sendiri, dah sejak dulu lagi memang aku gila kan dua benda ni jer..Tapi, tahun ni memang penuh kesopanan la...Memang sungguh aku mengawal nafsu yang membuak-buak tu..

Semalam ke bandar kejap..Sale sana sini jangan cakaplah..Rambang mata ni, huhu..Tapi aku memang dah tekad dan bulatkan hati, takmo beli apa-apa untuk diri sendiri, cuba belajar berjimat.

Yelah kan, mau tak berjimat, aku baru je beli beg akhir tahun lepas, molek lagi pasal baru berapa kali je pakai..Kasut? Sungguh berlambak kasut aku yang baik-baik dan molek lagi walaupun aku beli tahun lepas ke atau 2 tahun lepas..Tinggal aku nak lap bagi bersih dan kilat jer..

So rugi la kalau aku beli yang baru kan..Pasal aku ni jenis suka beli tapi jarang pakai..Banyaknya jadi perhiasan jerlah..

orang insuran tengah interview mrhubby

Scholl, salah satu jenama yang aku minat..Ala, bukan beli pun..Saja usha-usha kasut baru dan berangan-berangan try..Adik-adik aku kata kasut orang tua..Do I care?? Huhuhu..Serius aku dah tak boleh nak pakai heel lagi, sakit tumit..Mungkin dulu dah keterlaluan pakai heel kot especially time belajar, kata secretary kan..Grooming bagai..hahaha..

Sekarang pakai Scholl saja, serius selesa gila..Jalan jauh ke turun naik bukit ke tapi rasa very comfortable..Tapi raya ni takde kasut baru..Pakai je apa yang ada ok.

Korang banyak shopping ke??

17.8.11

# Wordless Wednesday 6

pokok tu senget la..

Cuba jawab, kategori sahur mana satu?

Salam,

Dah masuk 17 ramadan hari ni kan (Hari Nuzul Al-Quran)..Alhamdulillah masih mampu lagi berpuasa seperti biasa..:). Ok, walaupun dah lebih 2 minggu puasa tapi aku tetap nak tanya soalan ni..Haraplah korang boleh share  jawapan dengan aku..Saja suka-suka..

Korang ni kategori sahur yang macamana yea?

A. Memang kena makan nasi dengan lauk pauk yang baru

B. Tak kisah..panaskan je lauk-lauk lebih masa buka tu

C. Makan simple je kot cam roti ke, nugget ke dll

D. Tak sahur la..

E. Lain-lain

Cam aku ni patutnya memang kena makan nasi, tapi bila dah kawin ngan mrhubby ni, dia jenis yang simple so sahur kitaorang ni jatuh ke kategori C tu..Hari-hari dia sahur makan roti pun takpe. Tapi kalau bagi pilihan of course la aku pilih nasi dan lauk kan, tak kisah la balance lauk buka pun, janji nasi..

Tapi sekarang aku dah terikut dia pulak..Aku ni kira fleksibel la..Takkanlah aku nak makan nasi, pastu aku masak lauk beria untuk aku sorang kan? Biasanya lauk untuk buka tu memang habis time tu gak la..Jarang ada balance pun, hehe..

So, jawab eh..boleh gak aku tau jenis sahur korang..:)

16.8.11

Ha? Model?

Salam,

Harap korang tak boring la. Hari ni memang aku nak cerita pasal anak-anak jer. Sabar eh. Ok, ni kisah semalam lagi..Aku berbual-bual dengan anak-anak..

aku : zarif dah besar nak jadi apa?

zarif : kita nak jadi cikgu profesional..(dengan nada yang bersemangat gitu..)

aku : bagus zarif..:)

Tetiba ada suara mencelah, "adik nak jadi model.."

"Ha? adik nak jadi model?" Terkejut aku bila zara kata nak jadi model. Biar betul, mrhubby dah gelak besar dah..

"Ala dik..takmo lah jadi model..Jadilah doktor ok.."

"Taknak..adik nak jadi model.." 

"Model tu buat apa dik?" aku tanya lagi

"Amik gambar.." Ohh tidak..zara boleh jawab amik gambar tu..

"Oklah dik..cuba amik gambar macam model..bagi ibu nengok.."


ada gaya model tak? 
hehe..

Takper..zara kecik lagi, dia tak paham lagi kan..Takmo la jadi model (tapi kalau model muslimah tu oklah kan)..Ikutlah apa yang dia nak jadi dan dia suka bila dah besar nanti. Tapi biarlah kerjanya yang elok-elok kan..Mudah-mudahan..


Ber'chicken dance' versi zara

video

Salam,

Jom layan gelagat zara joget chicken dance malam tadi. Padahal mata aku ni dah layu sangat, abis tu nak pujuk dia nangis, tiba-tiba aku teringat chicken dance pulak..Kena sabar la layan karenah anak ni kan..

Maafkanlah dia yang tak berbaju tu yea..:) Kecik takper, comel lagi kononnya..Tetiba kalau dah besar tak berbaju pastu nak ber 'chicken dance' lagi, haaa..memang siaplaa!!

Bersungguh-sungguh ni tapi...

Salam,

Ini diceritakan semula oleh mrhubby pada aku yea; (Part zarif tu, kena baca dalam nada bersungguh-sungguh tau) - Ini kisah semalam yea.

zarif : Abah..nak tau tak kita memang puasa hari ni..

abah : Baguslah..

zarif : Kita langsung tak makan dengan minum kat sekolah, tak minum air paip kat bilik air....(dengan nada bersungguh-sungguh betul la..)

abah : Ha? Minum air paip? zarif minum air paip? Selama ni pernah minum air paip ke? (tanya tapi takla marah)

zarif : Abis kalau kita haus, cikgu bagi minum sikit je, tak cukup...

abah : Oh...jadi memang pernah minum air paip la eh?

zarif : Hehehehe.....



Mrhubby kata zarif bercerita kat dia memang bersungguh-sungguh sampai zarif tak sedar yang dia sedang meng'kantoi'kan diri sendiri pasal minum air paip..Yelah budak kan, bayangkan bila dia bercerita sampai terlepas cakap gitu..

Aku pun pernah minum air paip..huhh...

15.8.11

Isi cepat borang cuti, nak raya ni..

Salam,

Jom-jommm..kita isi borang cuti..Excited bukan main ni..Padahal cuti tinggal lagi 13 hari je ni, kena jimat-jimat..Nasiblah cuti raya tahun ni memang cantik..Cantik kan? Jatuhnya pada hari yang memang kena laa..Kena tu maksudnya akhir bulan, konon-konon poket tu penuh lagi la gamaknya..:)

Raya kan 30hb Ogos, jadi aku amik cuti rehat pada 29/8 (Isnin) dengan 2/9 (Jumaat). Mrhubby dan cikgu-cikgu lain dah mula cuti dari 26 Ogos kan? Aihh, jeles-jeles..(takpe, kampung dekat je kan..15 minit dah sampai).

Ingat nak raya je kan..31 hb Ogos tu terang dan nyata Hari Kebangsaan, perasan ke tak? --- perasan la, kalau cam tu aku nak cari baju ada kaler biru, kuning, merah dan putih la (nampak cam patriotik sikit ye tak?)

Nasib tau..nasib la aku dan mrhubby ni jodohnya memang dekat. Rumah parents satu taman, boleh jalan kaki jer, hehe. Time raya confirm tak gaduhla..Tiap-tiap pagi raya memang kat umah aku..Malam raya kat umah mak aku jugak..Tapi abis tolong-tolong kat umah mak aku, pergi pulak umah mertua aku..Best tak cam gitu? :)

Ok, dahh..nak bagi bos borang cuti ni..Confirm approve la..:)



Menu buka puasa 14 ramadan


Salam,

Sekali lagi...sebelum tu mintak maaf ye, pasal letak gambar makanan waktu-waktu macam ni. Ok, sekali lagi aku buat hidangan mihun goreng masam manis upon request dari mrhubby tercinta. Serius senang, dan mrhubby kata sedap...Aku ok jelah..Korang nak resipi? [KLIK SINI]

Dan lain-lain tu hidangan sampingan termasuklah air sirap limau yang kitaorang buat sendiri. Belasah jelah janji ada rasa. Tapi segala biji limau ke limaunya tak letak dalam tu, kitaorang tapis dulu. Kang ada lak anak-anak aku bising ada biji la apa la dalam cawan.

Anak-anak aku ni lain sikit. Kalau dah kata air minum, tak boleh kotor walaupun ada biji-biji ke apa ke. Haritu beli air epal, so diaorang jakun sangat. Berapa kali diaorang cuci cawan pasal kata air kotor. Aku pun pelik la kan..Rupa-rupanya serat epal tu (dah kata jus kan)..Sabar jelah kan..

Pening la..

Salam,

Ohh..dah ramadan ke 15 dah..Confirm, hari ni radio main lagu raya kan? Tapi aku masih takde feel lagi, huhu..

Sukalah orang kerajaan eh (especially yang kerajaan pusat), dapat bonus hari ni la..Aku? Kerajaan jugak tapi badan berkanun, so tak dapat bonus lagi, :(

**********

Ok, nak tanya ni, pernah tak korang yang ada anak berada dalam situasi yang macam aku alami? Ke aku sorang je macam gini?

"zarif kan dah besar, jadi zarif kena belajar mandi dan cebok sendiri.."

"zarif, jangan pandai-pandai nak lintas jalan sendiri eh..pimpin ibu ni, zarif tu kecik lagi"

"Cuba angkat pinggan dengan cawan ke dapur letak dalam sinki, zarif kan dah besar.."

"Jangan mengada-ngada nak ada akaun facebook ke apa ke eh, zarif tu kecik lagi.."


Pernah tak macam ni? Sekejap besar, sekejap lagi kecik..Aku yang nak cakap pun pening kepala, hehe. Tak pernah lagi zarif pertikaikan, dia follow jelah kan..Ni antara la..Yang part ada akaun facebook tu takdelah, aku saja-saja cakap kat dia, dia pun tak tau facebook tu apa..

Besar dan kecik ikut situasi, boleh ke cam gitu? :)


14.8.11

Sekilas & Lee Chong Wei tetap hero

sian kat zara
letih sangat balik dari carrefour semalam

Salam,

Walaupun Datuk Lee Chong Wei kalah tapi dia tetap hebat, game yang benar-benar hebat buat hati berdebar-debar..:) Belum rezeki lagi nampaknya..
Malaysia kena ada pelapis baru la, tak boleh nak harapkan Datuk Lee Chong Wei saja, lambat laun nanti dia pun akan bersara..

Lin Dan bukak baju dia semalam, cair u..haha..Seksi betul badan dia kan??

Dato' Siti Nurhaliza - Falling in Love






Once in a life time
An angel sweeps you off your feet
And everything I’m about
Disappears before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
It feels so familiar that I’m caught up in this fantasy
 
Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you
 
When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams
You’re taking me higher
When I hear you say my name
I’m trying to tell you
That I never want to let you go
 
Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

Over and over again
It plays out in my mind, I can see it clearly
You’ve given me something new to believe in
Come take me away
Oohhh (Come take me away)
Away
Come take me away
Away (Come take me away)
Away, away

(2x)
Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

(3x)
I’m falling in love

Love love.. with you..

* Wah..tetiba aku suka pulak Dato' Siti nyanyi lagu inggeris ni..Good job..:)

Suka kat mana?

Salam,

Alhamdulillah, hari ni dah pun 14 ramadan. Sekejap je kan dah nak masuk setengah bulan puasa..Confirm start esok lagu raya dah berkumandang..Infact kalau pergi ke kedai-kedai ataupun shopping complex pun dah start pasang lagu raya, tapi aku belum feel lagi la..Feel raya tak sampai lagi ni, ntah kenapa ek?

Dan setakat 14 ramadan ni aku masih lagi belum berbuka puasa di luar..Mungkin bukan sekarang, tapi sejak dari dulu lagi aku memang susah nak buka puasa kat luar la..Tak feel gitu, haha..Pernah la buka puasa kat luar tapi sangat jarang sekali.

Kenapa tak feel? Pasalnya kan aku selalu terfikir antara nak buka puasa dan nak sembahyang maghrib..Yelah kan, waktu maghrib tu kan pendek, karang tengah syok-syok makan tetiba waktu maghrib dah nak abis pulak kan..

Aku memang suka fikir susah jer. Pernah sebelum ni buka puasa kat luar, lepas tu aku terkejar-kejar balik ke rumah pasal nak sembahyang waktu tu time dah pukul 8.00 malam, tak syiok kan sembahyang maghrib dah lambat-lambat gitu..(alasan..cam takde surau ke masjid kat luar kan? tapi..aku lebih suka sembahyang kat rumah..)

Jadiknya disebabkan aku asik fikir susah je, maka baiklah aku berbuka puasa kat rumah jer. Lagi pulak ada budak-budak kecik yang memang tengah hyper active ni kan..Better buka puasa kat rumah lagi seronok..Nak makan bersepah ke apa ke, ha suka hati..:)

Korang suka buka puasa kat mana? Kat luar ke kat rumah?

13.8.11

Sama je dua-dua ni..



Salam,

Dua-dua pun sama je..Lepas balik terawih sama-sama dok dalam bilik mengadap game..Memang hantu game dua orang ni..Nasib la aku bukan dalam kelompok yang sama. Memang tak 'in' dalam jiwa la game-game ni semua, hehe...


Biar sekarang, bukan raya nanti

Salam,

Bulan puasa ni cuaca agak panas kan? Korang perasan tak? Lepas tu aku pun dengar la anak-anak kawan semua banyak yang demam..Yang masuk hospital lain, yang demam, batuk tak baik-baik pun ada jugak.

Dan petang semalam lepas balik dari taska aku perasan zara macam diam je..Hati ibu ni dah lain macam. Dah boleh agak macam nak demam jer..Kalau tak, becok semacam je mulut dia, ni tetiba senyap dan lembik jer..Balik rumah check suhu dah 38.3 darjah..Terus bagi makan ubat demam.

sian dia..
nasib tak meragam sangat malam tadi..


UPDATE

Pagi ni, dia bangun paling awal, alhamdulillah nampak macam ok. Lepas mandi lagi nampak segar sikit. Tapi aku masih berjaga-jaga. Yelah zara ni kalau nak demam main terkejut-kejut jer..Kalau nak panas tu, tetiba jer suhu tu terus naik..


Pada aku, kalau nak demam, biar sekarang..bukan time raya nanti..Aku doa biarlah raya nanti budak-budak ni sihat..Yelah kan, raya kan untuk kanak-kanak..Nengok diaorang sihat dan ceria, hati pun senang nak beraya ye tak?

Selamat berhujung minggu..













12.8.11

Bila kelam kabut mulalah...

Salam,

Takde apa sebenarnya..saja nak share cerita ringkas semalam pasal aku yang sangat kelam kabut nak balik tengahari kan..

Waktu nak balik tengahari tu, tetiba la pulak bos aku (no.2) dan Dekan duduk dalam bilik berbual-bual ngan aku dan officemate..Dalam masa yang sama aku nak balik, tapi control la dulu kan, takkan nak main terjah jer, malu la kan..Bos-bos duduk dalam bilik aku pulak sibuk nak balik..

Tak lama, mrhubby dah misscall kat telefon ofis..(Keadaan di dalam bilik masih lagi berbual-bual dengan bos, sambil mata menjeling nengok jam dinding..)

So, dalam keadaan bos-bos yang tak menunjukkan rasa nak beredar, aku pun hantarlah sms kat mrhubby cakap kat dia camni, "KEJAP EH, DEKAN NGAN DR X KAT BILIK...HARAP SABAR JAPP..SAYA NAK BALIK NII.." --- gitulah rupa sms aku pada mrhubby..Dan dengan confidentnya aku pun send..........

Sekali tu....sms tu send laaa tapi bukan kat mrhubby, tapi dekat bos yang duduk depan aku ni..hahaha..Padan muka diri sendiri..Gelabah gila aku..:)

Terus aku cakap, "Dr..hp dr kat mana? Saya ter 'send' message kat dr, harap dr delete eh msg tu, jangan baca tau.." Dekan sumpah dah gelak besar dah..

Aiyaakk, selama-lama jaga bos, rasanya ni lah pertama kali aku tersalah send sms..Malu kot..Nasib takde cakap yang bukan-bukan, kalau tak, bertambah malu jer...


Hidup nak senang tapi nak makan sedap

Salam,

Korang buka apa semalam? Aku ni kalau boleh nak makan sedap, lepas tu nak kerja senang..Kalau boleh nak beli yang murah tapi sedap dan berkualiti, haha..Memang tak dapat laa kan?

So, semalam dengan keizinan mrhubby maka aku masaklah ini saja;


Simple kan? Sumpah memang simple buatnya..Dan pastinya takdelah sesedap cam Pn. Nani (mak Hanis Zalikha) buat. Kalau boleh nak la jugak guna chopped tomatoes tu kan, tapi kat Parit Raja ni manalah nak cari? Nak chop tomato sendiri, hai laa, memang pemalas kan..

Aku masak guna bahan yang ada kat rumah je, lagi senang..Potong-potong bawang, potong tu, potong ni, campak itu ini, tiba-tiba...eh dah siap..Macam magic..:)

Selagi aku masak ahli keluarga tak sakit perut cirit birit, dan makan pulak bertambah-tambah, kiranya sedap la kan..hehe..

Hari ni nak buka kat umah mak jer..Wah pagi-pagi aku dah cerita pasal buka puasa ek..Sabar jelah..

Kalau dah namanya cikgu seni


Salam,

Hai zarif la zarif..Banyak-banyak waktu dari malam tadi, pagi ni sebelum pergi sekolah jugak ko cari abah ek..

Gambar sengaja digelapkan bagi melindungi muka mrhubby dan jugak zarif, hehehe..Nasiblah abah mahir nak buat kerja-kerja seni sebegitu..:) Kalau nak harapkan aku buat kerja seni cam gitu, alahai memang fail laa..tangan kayu gitu..


11.8.11

Suka baby

video

Salam,

Dah hari ni dua entry jer..Layan video ni, entah dari mana mrhubby jumpa video ni..Zara umur berapa ek? Aku pun lupa la..Ada 3 batang gigi je tu, comel je kan? :) Isshh, tetiba aku teringin nak baby, hehe..Serius aku suka baby..Memang la ada cabaran jaga baby, tapi serius ia sangat menyeronokkan..

Selamat berbuka puasa..Insyaallah hari ni aku buka spageti jer..


Bila mula pandai mengeja

Salam,

Wah selalu waktu ni, mesti dah ada 2 entry paling tidak kan..tapi sungguh kelemauan (ada ke perkataan ni?) hari ni. Ditambah pulak ada audit, ha lagilah..Tapi ni nak share jugak la..Tiap-tiap malam sekarang rumah aku agak riuh dan bising..Nak nengok tv pun tak senang..hehe..Kenapa?


Anak kesayangan aku sekarang ni dah pandai mengeja la..Dah boleh baca buku. Walaupun masih mengeja, tapi kian lancar la..So baca pulak kuat-kuat time aku tengah nengok tv. Suka ke tak, aku kenalah tahan dengar dia baca dan mengeja kuat-kuat, orang tengah excited kan..:)

Bila dah pandai mengeja ni, datang pulak masalah lain...Sekarang dah pandai pergi kat laptop, lepas tu pergi taip kat Google ------> U.P.I.N. I.P.I.N, part ni aku ok lagi..

Yang tak ok, pergi taip kat Google ------> G.A.M.E.S....ha, ni la yang aku tak tahan ni...nak sangat kan anak pandai mengeja...



10.8.11

Memasak dan beli di bazar ramadan

Salam,

Kesian kan..korang dah baca berita ni? Kalau belum, baik baca..Meh, klik [sini]. Sedih kan? Hmm, aku simpati dengan family diaorang..al-fatihah untuk adik Nurdini.

Pasal tu kan, aku rasa susah sikit nak pergi dan beli kat bazar ramadan. Tapi kadang terpaksa jugak pergi dan beli kat situ. Biasanya aku beli kuih-kuih la kan..

 kuih-kuih ni ok, sedap..
lagipun anak murid mrhubby yang jual

 roti john ni mahal
RM4.50 mahal kan? ke murah??
mrhubby kata last beli..


Kalau kita sebagai isteri dan ibu ni ada masa, kita masak la sendiri. Tapi kalau disebabkan kekangan masa nak buat camana kan? Faham sangatt..Boleh je nak beli kat bazar ramadan, tapi kena pandai pilih la..

Peniaga-peniaga pun janganlah nak untung semata, biarlah ikhlas dan makanan dijual tu bersih dan sedap..Dapat untung, hati pun senang, takdelah masalah keracunan ke apa ke, kan??

Selamat memasak dan selamat membeli..


Bila isteri bos call.......

Salam,

Terkejut aku bila ada isteri bos call pagi-pagi ni. Tapi bukan isteri bos-bos yang sekarang. Ni bos lain sebelum ni. Ingat pasal apa la tadi. Tapi pasal claim suami dia..Haii, sabar jelah. Ni mesti pasal bos tu selalu berurusan ngan aku, maka dia sebut jelah nama aku kat isteri dia kott..Nasib isterinya cakap baik-baik dengan aku..So aku dengan berhemahnya cuba la jawab sebaik mungkin.

Setakat ni tak pernah lagi la isteri-isteri bos call nak marah-marah tak tentu hala. Aku menjaga baik hubungan dengan semua orang..Seram jugak kan, kalau ada isteri bos call nak marah-marah. Yelah kan, hubungan dengan bos pun setakat di tempat kerja. Kalau ada sms pun pasal kerja jer. Takde lebih dari itu..Semua pun terikat dengan batas-batas yang dibenarkan.

Sebenarnya kan, aku sendiri segan kalau nak berbual lebih-lebih dengan bos..Kalau bos panggil nak berbual dengan aku ker, atau duduk depan aku je pun, aku dah tak keruan..Kalau boleh nak larikan diri je, hehe..

So, ada 4 bulan lagi je bos-bos ni dengan aku..Samaada kekal ataupun bertukar, kita tunggu jelah yea..

Tq..tq..tq..

Salam,

Aku nak wish rasa tq pada semua yang support blog ni dan sanggup baca blog aku..Jugak pada yang follow blog aku ni mahupun secara ikhlas ataupun tidak..I really appreciate it..Jugak pada semua pemberi komen..thank you guys..

Thanks a lot jugak bila Hamzah Ian (umpamanya macam Remy Ishak datang baca blog aku, hehe) sanggup komen di entry yang ini;


Yea..of course aku suka bila kamu-kamu yang popular singgah baca dan komen di blog aku yang biasa-biasa dan punya follower kurang dari 100 orang, hehe...

Thanks again guys!

I Believe - Irfan Makki feat. Maher Zain



When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

 You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe I believe, I believe I believe


Kalau nak dengar lagu ni kat blog aku ni lembap, korang bukak je kat youtube okeh, but serious, lagu ni memang best..sangat menenangkan..*

9.8.11

Me - few years back

standard 3 - TMS (Tengku Mariam School)
cuba cari aku 

Salam,

Gambar lama tu. Selongkar-selongkar dalam facebook terjumpa la pulak gambar ni. Ada la member tag kat aku tu. Alhamdulillah dalam facebook berjumpa balik hampir semua kawan-kawan lama ni. Gambar ni masa darjah 3 kat TMS Batu Pahat. Jumpa aku tak?

Aku pakai pinafore lagi masa ni. Mau taknya. Aku baru pindah dari jb ke batu pahat hujung darjah 2..Sebelum tu aku sekolah convent. Yelah kan, bila dah pindah batu pahat lepas tu tak penah g sekolah agama, tak retilah nak berbaju kurung or tudung..Tapi aku ingat lagi dengan arwah cikgu fatimah musa ni. Dialah yang galakkan aku dan kawan-kawan lain berbaju kurung dan bertudung..Sampai sekarang tak boleh lupa laa..Arwah cikgu fatimah ni memang bergaya. Hari-hari datang sekolah kitaorang tertunggu-tunggu. Sebab apa?

Sebab dia antara cikgu yang akan bergaya sedondon dari hujung rambut ke kaki termasuklah beg tangan sekali. Kalau merah, merahlah semua, kalau hijau, hijaulah semua..Teruja aku nengok tau..Memang macam model gitu..Alfatihah untuk arwah..

Tetiba lak time ni nak teringat-ingat kenangan lama..

Melatih puasa tanpa ganjaran

Salam,

Alhamdulillah dah masuk 9 ramadan dah..Start minggu sekolah ni zarif takmo bawak bekal makan dan air. Dia kata nak puasa, suka aku dengar walaupun aku tak la harap dia nak puasa sehari terus. Bukan senang nak galakkan anak puasa lebih-lebih lagi aku tak de letak sebarang ganjaran untuk dia. Aku takmo ajar dia puasa sebab ganjaran. Mrhubby pun tak galakkan. 

Semalam zarif kata dia minum air pun dah lewat. Oklah tu, pastu dia sambung lagi puasa (biasalah puasa budak kecik)..Petang bila pergi pasar ramadan, dia cakap yang dia dah boleh puasa. Aku pun nak amik hati dia, aku cakaplah, "Ibu nengok zarif punya perut macam dah kecik kann.." Dia pun suka la kan..Sesambil jalan kat pasar ramadan tu aku berbual dengan dia dan bagi semangat..


Zarif cakap lagi,"Ibu..kita rasa kan, kita dah boleh kalahkan nafsu laa.." Sebenarnya kan berbual dengan anak-anak ni seronok, lagi la aku suka psiko dia kan..Sebelum ni zarif pernah tanya aku, "Ibu, kenapa Tuhan tak kurung nafsu macam Tuhan kurung syaitan? Nafsu tu apa ibu?"

Ha, amik ko..Nafsu tu apa? "Nafsu tu kehendak.." Tapi budak kecik tanya, jadik sila la menjawab dengan versi budak kecik jugak, bagi dia senang faham..Aku ada terangkan lagi la maksud nafsu tu tapi dengan cara aku la.

"Zarif kena puasa tau..Puasa tu wajib, salah satu dari rukun Islam..Kita kena puasa bagi mengingati orang-orang yang susah, ramai lagi orang yang susah takdapat makan.."

"Senang kata macam ni la..zarif kena puasa, kena kalahkan nafsu..Macam zarif main bola sepak dengan pasukan lain, zarif kena kalahkan pasukan tu sebab zarif nak menang..Kalau zarif berjaya tendang bola masuk gol, macam tulah zarif boleh kalahkan nafsu.."

Eh..tu cara aku la nak psiko anak aku tanpa sebarang ganjaran..Kena sentiasa cakap..Aku bukan orang yang perfect..Zaman kanak-kanak aku pun bukannya betul jugak, ada je aku skip puasa. Tapi aku nak yang terbaik untuk zarif dan zara..






8.8.11

Terima kasih, murah rezeki hari ni..


Salam,

Syukran..syukran..Hari ni memang hari yang bertuah untuk aku..:) Kat ofis tadi, bos bagi air zam zam dan segala kurma serta kekacang..Lepas tu member dari ofis lama bagi tasbih, diaorang ni semua baru balik umrah..Lepas tu ada student baru balik program mobiliti di china pun bagi cenderahati jugak, terima kasihlah banyak-banyak..

Dan bertambah tak sangka, bila petang tadi sesambil blogwalking terbaca pulak pasal pemberian bonus pada kakitangan kerajaan. Ingatkan tipu pasal memang tak mengharap pun. Sekali bila check kat berita harian online, betul laa..Setengah bulan gaji pulak tu. Alhamdulillah..terima kasih banyak-banyak...

Murah betul rezeki hari ni..:)


Rangsangan sangat diperlukan..

Salam,

Tau tak? Hari sabtu haritu aku memang berharap sangat agar cuaca baik dan memuaskan. Lepas sahur je aku dah mulakan aktiviti - membasuh baju tanpa henti..stress ohhhh..Dan alhamdulillah, cuaca sehari tu memang sangat panas dan baik.

Bukan setakat basuh baju je, sidai baju pun ye gak..Pun bukan sidai baju je, lipat baju sekali okeh..Ya Allah, semua tu aku tak suka buat tapi kena paksa diri untuk suka. Paling azab nak lipat baju la..Boring oh kalau lipat baju tapi takde sumber hiburan..So, aku perlukan rangsangan untuk menggalakkan rasa suka nak lipat baju yang bergunung dan berpulau-pulau di atas katil tu..

Makanya, aku ter'tengok' kat astro first dah keluar la pulak filem-filem yang menarik yang aku tak nengok lagi. Dan, tangan yang gatal ni telah menghantar sms membeli filem-filem tersebut;



Fuhh, azab nak bayar bil nanti, huhu..Takper...so balik pada topik, bila dah ada rangsangan ni, barulah seronok sikit nak lipat kain kan? (Alasan sangat laa..)

Kalau korang tak nengok lagi dan berniat nak nengok, tapi takmo bayar bil mahal, boleh download je kat internet.

Tapi serius eh, memang aku lipat kain baju sampai habis..:) Dan dua-dua filem ni memang best sangat..Tolong Awek Aku Pontianak tu filem komedi ringan, best sangat..Filem Sekali lagi tu macam berat sikit tapi sedih, huhu...

Dan lagi best, pasal kain baju aku terlampau banyak disidai, sampai tempat penyidai baju aku dah patah - agak melampau kan (so boleh tau la tahap banyaknya baju aku), bukan sidai kat tempat penyidai baju jer. Aku sidai kat gate rumah, kat pagar kiri kanan termasuklah di pagar belakang rumah..

Kesimpulannya aku rasa aku adalah SUPERMAK!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...