23.8.11

Cuba memupuk mood raya

Salam,

Masih lagi di ramadan ke 23..Alhamdulillah..

Semalam, rata-rata aku baca blog dan jugak status kawan-kawan di fb, semua mood sudah lari. Ada yang jasad je kat ofis tapi jiwa dah lari jauh ke kampung. Tapi aku masih lagi sama. Jasad dan jiwa masih lagi di ofis..Mungkin kampung dekat kot, hehe..Tak kisahla tu kan, paham sangat..Ni esok lusa ni dah ada yang cuti raya la ni kan..

So untuk memupuk rasa nak raya beria tu tapi dalam kadar yang sederhana..Petang semalam dah amik kerepek pisang dari member..


13 kg semua ni..

Eh, ni bukan aku punya semua ni..aku punya adalah 1 kg je ke 1/2 kg je kot, huhu..Lain ni orang punya, mak aku, adik-adik aku, kakak ipar aku ngan makcik aku...Kan ke ramai tu. Bukan senang nak dapat kerepek pisang tanduk ni..

Lagipun masing-masing selera lain-lain kan. Ada yang nak kerepek pisang tanduk yang panjang-panjang la, ada yang nak nipis la (tu aku ler), ada suka yang tebal sikit la, ada yang nak rangup la, masin la..hai, macam-macam selera kan..

Yang aku beli ni confirm sedap ni (pasal dah banyak kali aku makan ni), yang ni tak nipis sangat, tak tebal sangat - ngam ngam jer orang kata..Hehe..

Walaupun duduk kat Parit Raja (memang kawasan kerepek la), ingat senang ke nak dapat kerepek pisang tanduk ni..Susah tau, lagi pulak mahal..Percayalah..Ini pun aku tak beli kat Parit Raja, aku amik dari kawasan luar ni..

Kerepek raya aku bukan ni je, ada lagi bakal menyusul..Yang kerepek lain tu beli kat Parit Raja jelah..Aku lagi suka makan kerepek-kerepek dari kuih raya..

Korang suka makan kerepek tak? Kerepek apa?

7 comments:

  1. @akue cuba baca betul-betul, kerepek lain bakal menyusul..ptg ni kot aku g cari..sabar jer ok..huhu

    ReplyDelete
  2. Kakak tak raya pun suka kerepek pisang. Kerepak ubi sira pedas pun kakak suka. Ada lebih poslah ke JB. Hahaha....

    ReplyDelete
  3. aduhhh sukanyer kerepek pisang tu..kalau dah makan tak leh berenti!
    kena cari ni teringinnnnnn ;)

    ReplyDelete
  4. @Kakzakie kan kak, memang pun tak raya pun boleh makan kerepek pisang..hehe

    ReplyDelete
  5. @PinKy MoMMa tulah pasal..kerepek pisang memang sedap..cepat cari kerepek tu..

    ReplyDelete
  6. Sume jenis pun suke. Kerepek pisang, kerepek bawang, kerepek ubi.. Nyum..nyum..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...