17.8.11

Cuba jawab, kategori sahur mana satu?

Salam,

Dah masuk 17 ramadan hari ni kan (Hari Nuzul Al-Quran)..Alhamdulillah masih mampu lagi berpuasa seperti biasa..:). Ok, walaupun dah lebih 2 minggu puasa tapi aku tetap nak tanya soalan ni..Haraplah korang boleh share  jawapan dengan aku..Saja suka-suka..

Korang ni kategori sahur yang macamana yea?

A. Memang kena makan nasi dengan lauk pauk yang baru

B. Tak kisah..panaskan je lauk-lauk lebih masa buka tu

C. Makan simple je kot cam roti ke, nugget ke dll

D. Tak sahur la..

E. Lain-lain

Cam aku ni patutnya memang kena makan nasi, tapi bila dah kawin ngan mrhubby ni, dia jenis yang simple so sahur kitaorang ni jatuh ke kategori C tu..Hari-hari dia sahur makan roti pun takpe. Tapi kalau bagi pilihan of course la aku pilih nasi dan lauk kan, tak kisah la balance lauk buka pun, janji nasi..

Tapi sekarang aku dah terikut dia pulak..Aku ni kira fleksibel la..Takkanlah aku nak makan nasi, pastu aku masak lauk beria untuk aku sorang kan? Biasanya lauk untuk buka tu memang habis time tu gak la..Jarang ada balance pun, hehe..

So, jawab eh..boleh gak aku tau jenis sahur korang..:)

5 comments:

  1. salam ramadhan miss, terima kasih kerana selalu singgah ke blog ayu. rasa di hargai..

    ayu pilih A, sebab en zalie dr dahulu mmg akan makan nasi, lauk pauk baru...
    so, berbuka tiada nasi.. bersahur dgn makanan baru..
    tak apalah.. kalau ikut ayu jenis tak kisah.. tapi kasihan pula dgn en zalie...

    so, tiap2 hari sebelum nk tidur ayu akan potong sayur dan siang bahan2 mentah.. bangun dh senang, tinggal nak masak jer

    ReplyDelete
  2. @Citarasa Rinduan takper, kita mmg suka pergi blog ayu, :) oh..kira sahur dengan lauk baru la ye, mesti sedap kan..makan lauk panas2..

    ReplyDelete
  3. Jawapan A & B..Boleh ke?
    Kalau berbuka tak makan nasi zakiah bangun awal sikit untuk masak nasik dan masak2 simple je. Bulan puasa ni nafsu makan tak kuat. KAdang-kadang sahur dengan nasik dan ikan goreng pun dah best..:)

    ReplyDelete
  4. pilihan B. Kalau masak waktu buka tu, memang awal2 dah simpan semangkuk untuk sahur. Kami mesti makan nasi untuk sahur, lauk tak kisah apa. kalau lauk terhabis, goreng telur pun jadi...hehe

    Tp biasa mmg ada lebih untuk sahur....

    ReplyDelete
  5. saya C, tapi sebab ikut deris, combo A dan B... kadang tu, masak untuk sahur masa masak lauk buka, time sahur panaskan je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...