31.8.11

Selamat semuanya..

INI STICKY POST ENTRY
CERITA TERBARU SELEPAS ENTRY INI YA..


Salam,

Seperti juga blogger-blogger lain, minggu ni minggu akhir, maka aku nak la jugak letak kad raya untuk kamu-kamu semua..:)

Selamat Hari Raya pada semua..Walaupun kita hanya kenal di alam maya sahaja, tapi rasanya ikatan persahabatan yang dicipta ini sangat bermakna..Terima kasih pada semua. Mohon maaf andaikata ada coretan aku kat blog ini ada yang mengecilkan hati kamu semua samaada secara sengaja ataupun tidak.

Raya ni aku akan balik kampung gak..Kampung di bandar yang lebih kurang 15 minit je perjalanannya, hehe..Tapi still aku ada kampung nak beraya di Melaka, Muar dan juga di Rengit Johor.

Dan biasanya raya pertama sampai raya keempat tu agak pack lah jugak. Incase kalau ada free time malam-malam tu bolehlah update se'entry' ke kan..Tapi kalau takde tu maaf jua la, hehe..

Aku ni kalau beraya, memang sakan betul..Yelah kan, peluang nak jumpa saudara mara tu bukan selalu, masa raya ni  jelah peluangnya nak bertukar-tukar cerita..

So, selamat berhari raya pada semua dan berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, sambil-sambil bergembira tu jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik..

Ha, lagi satu..jangan lupa hari kemerdekaan negara kita..Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-54. Moga negara kita terus aman dan makmur selamanya..AMIN.

12 comments:

  1. selamat hari raya & maaf zahir batin, orang batu pahat :)

    ps: tapi blog awak ada malware lah pagi ni, just fyi

    ReplyDelete
  2. slmt ari raya yang..mohon maaf di atas sgala keterlanjuran slama ni..walaupun hanya di alam maya :)

    makan sempret igt ai k hehehe

    ReplyDelete
  3. @kucingorengemok selamat hari raya jugak & maaf zahir batin..yup, thanks a lot bagitau, i terpaksa remove all the bloglist, hope ok..

    ReplyDelete
  4. @PinKy MoMMa yes, betul tu..selamat hari raya jugak..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya huda....

    akak pun kalau raya sakan selalunya...hihi

    Jemput ke rumah nanti ya....:)

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya juga..

    http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html

    ReplyDelete
  7. amboi bukan main lagi kad raya dia yer...:)

    ReplyDelete
  8. Salam kenal..dan selamat hari raya...;d

    ReplyDelete
  9. salam kemerdekaan di hari lebaran ye...

    ReplyDelete
  10. salam kemerdekaan di hari lebaran ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...