5.8.11

Tenang sesaja

Salam,

Rasanya semalam adalah hari yang menenangkan untuk aku. Tak terkejar ke mana-mana. Buka apa? Hmm, aku beli ayam golek..Tetiba je tekak ni nak ayam golek, mengada kan..:) Lepas tu, aku masak sambal tumis telur puyuh dengan brokoli goreng je..Dah senang dan simple sesaja. Maaflah takde gambar menu pun..

Tido malam tadi pun pukul 1 pagi..Entah kenapa mata ni mengada takmo tido..Tapi aku dah set alarm hp pukul 4.15 pagi tu..Berangan, macam boleh bangun je waktu tu kan? Sekali..pukul 5 baru bangun..Aku goreng nugget je untuk mrhubby dan zarif..Dan aku, makan nasi semalam beria betul..Mrhubby pandang aku dan cakap, "macamanalah awak boleh makan nasi dengan lauk macam tu eh?" Huhu..Dan yang pelik, zarif makan seketul nugget je..Wahh, sangat ajaib..Nampaknya tido tu lebih penting dari makan, hehe..

Sekali lagi, hari ni dah hari jumaat..Masih lagi tenang, janganlah hujan macam semalam..Kain baju yang bersidai pun tak kering lagi tau..

Baru permulaan pagi, aku dah terfikir apa nak buka petang ni..hmmm..

Ok, nak buat kerja ni..Nak update meeting bos, fuhh..bulan puasa ni pun berderet-deret meeting, ntah apa-apa..Kesian diaorang..

# Baru last week, kecoh-kecoh pasal goalkeeper malaysia putus tunang, semalam baru tau perantara MHI Ally Iskandar yang comel tu pulak putus tunang..hmmm, dah takde jodoh kan.. #

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...