Tau tak? Hari sabtu haritu aku memang berharap sangat agar cuaca baik dan memuaskan. Lepas sahur je aku dah mulakan aktiviti - membasuh baju tanpa henti..stress ohhhh..Dan alhamdulillah, cuaca sehari tu memang sangat panas dan baik.
Bukan setakat basuh baju je, sidai baju pun ye gak..Pun bukan sidai baju je, lipat baju sekali okeh..Ya Allah, semua tu aku tak suka buat tapi kena paksa diri untuk suka. Paling azab nak lipat baju la..Boring oh kalau lipat baju tapi takde sumber hiburan..So, aku perlukan rangsangan untuk menggalakkan rasa suka nak lipat baju yang bergunung dan berpulau-pulau di atas katil tu..
Makanya, aku ter'tengok' kat astro first dah keluar la pulak filem-filem yang menarik yang aku tak nengok lagi. Dan, tangan yang gatal ni telah menghantar sms membeli filem-filem tersebut;
Fuhh, azab nak bayar bil nanti, huhu..Takper...so balik pada topik, bila dah ada rangsangan ni, barulah seronok sikit nak lipat kain kan? (Alasan sangat laa..)
Kalau korang tak nengok lagi dan berniat nak nengok, tapi takmo bayar bil mahal, boleh download je kat internet.
Tapi serius eh, memang aku lipat kain baju sampai habis..:) Dan dua-dua filem ni memang best sangat..Tolong Awek Aku Pontianak tu filem komedi ringan, best sangat..Filem Sekali lagi tu macam berat sikit tapi sedih, huhu...
Dan lagi best, pasal kain baju aku terlampau banyak disidai, sampai tempat penyidai baju aku dah patah - agak melampau kan (so boleh tau la tahap banyaknya baju aku), bukan sidai kat tempat penyidai baju jer. Aku sidai kat gate rumah, kat pagar kiri kanan termasuklah di pagar belakang rumah..
Kesimpulannya aku rasa aku adalah SUPERMAK!!
akak, awek aku pontianak tu best jugak..zakiah dah tengok dah..kikiki..Hati-hati ia mungkin mengeletek perut anda..kihkihkih
ReplyDeletengeh ngeh ngeh..ku langgan yg paling murah je yang ;p
ReplyDeletetu pun encit papa dah bising nk potong..nak pakai unifi next year..
kite semua memang super mak..hebak kan! hehehe
amboi sampai patah sidai baju tuh...dasat...
ReplyDeletezakiah-kan, memang kelakar kann..
ReplyDeletepinkymomma-kita pun sama tapi tangan tergatal amik filem dari astro first..huhu
papamifz-ha tulah pasal, betapa beratnya baju-baju yang saya sidai..